Sunday, May 1, 2011

Dilemma sungguh

Assalamualaikum w.b.t


Saya ni kalau takde masalah yang mendesak takde bercerita kat blog


Saya tengah kat kampung ni


Tengahari tadi saya balik sini


Asalnya dilemma tak pasti nak balik kampung


Tapi pagi2 mak si yaya dah called kata nak ambik yaya


Saya pun terus buat keputusan nak balik kg


Rupanya dalam perjalanan nor call saya katanya dah sampai Alor Gajah


Kebetulan pulak saya baru nak masuk tol Alor Gajah


Sekali dalam perjalanan kat lebuh AMJ berhenti kat satu traffic light


Yaya tiba2 menjerit2 panggil ibu ibu


Panjang jodoh dia dgn ibu dia


Kereta saya betul2 bersebelahan dgn tempat duduk ibu dia dlm ekspress


Bila saya bukak tingkap suh yaya lambai


Mak dia pun terpandang kan yaya


Yaya apa lagi melompat2lah dia


Gembira bukan kepalang


Saya called nor suh dia bgtau driver bus stop dan turun



Saya malas nak ambik dimelaka central


So dapatlah awal sikit yaya jumpa mak dia


Terus eksyen dpt jumpa ibu


Saya pun tanya punya tanya rupanya dah ada org yg nakkan yaya


Satu pasangan dah 6 tahun kahwin


Takde anak dan tak sabar2 nak bela yaya


Dapat ni terus dia nak bagi yaya pada org tu dan diorg dah standby


Nak buat hitam putih supaya yaya diambil terus


Bila saya dengar macamtu


Terus rasa kesian pada yaya


Macamanalah dia nak membesar dicampak sana sini


Dan saya pun terfikir macamanalah emosi dia nanti


Dapat pulak mak ayah angkat dia bekerja


Tak salah saya kerja JPJ


Mesti yaya sukar mengawal emosi


Dan mungkin dia dihantar ke pengasuh agaknya


Dan pastinya yaya akan terus hilang dari salasilah keluarga


Haruskah saya halang penyerahan yaya???


Kalau saya halang maksudnya sayalah yg kena bela yaya terus


Dan mampukah saya cabar diri saya untuk terus bersabar?


Jika saya sahut cabaran ini sayalah yg kena berubah


Sediakah saya berubah sepenuhnya-bersabar dan hadapi segalnya?


Jawapannya hanya saya yg boleh beri!


Sejujurnya gerak hati saya memang saya sayang nak lepaskan yaya


Sayang sebagai seorang ibu saudara dia


Sayang kerana saya rasa allah memang hantar yaya utk saya


Dan yaya dtg disaat saya betul2 bermasalah dlm rumahtangga


Saat masalah berada pada tahap paling crucial


Tapi kerana kehadiran yaya yg dtg dgn pakej masalah dia yg sungguh mencabar


Saya terlupa dengan semua masalah saya


Baru saya sedar kehadiran yaya tepat pada masanya dan besar hikmahnya


Hidup kami penuh warna warni


Walaupun kadang-kadang warnanya kelam dan pekat


Dan adakalanya warna merah dan ceria


Tapi ternyata warna warni itu memberi makna dan nilai tambah dalam hidup saya


Sehingga warna ini berjaya menutup warna hidup saya yang paling kelam


Dan sesungguhnya saya terpaksa akui


Bahawa kehadiran yaya memberi suntikan kebaranian utk saya buta keputusan


Keputusan utk saya menjadi ibu tunggal <-- kputusan yg selama ini saya xberani lgsg ambil!!!


Dgn adanya yaya saya bertambah yakin bahawa hidup saya xakan sunyi


Saya harus berterima kasih kepada yaya (hanya skrg bila terdetik nak lepaskan dia saya memikirkan secara serius hal ini)


Haruskah saya terus jaga yaya


Sebenarnya tulus ikhlas dari hati saya tak mampu nak buat keputusan ini


Saya nak pulangkan pada pembaca blog saya untuk bantu saya buat keputusan


Tapi saya boleh bagi senario


bayangkan lagi 20 tahun dr sekarang


Saya dapat bayangkan bahawa yaya akan jadi somebody


Paling minima saya agak bila2 yaya ni boleg jadi cikgu


Kalau lebih sikit usaha saya tak nafikan entah2 dia akan jadi doktor


Yerlah dalam ramai2 murid 4 tahun


Yang mak ayahnya background kerja elok2


Tapi yaya yang datang dari keluarga susah


Mak bapak berantakan dan latarbelakang hidup yang huru hara


Namun dikalangan semua dia yg paling menonjol


Itu menunjukkan dia memang bijak, cuba kalau dia dtg dr ltrbelakang yg ok


Pasti dia akan jadi jauh lebih baik


So kawan2 bagilah pandangan anda sejujurnya


Saya menunggu pandangan anda!


Terima kasih.













L










Wassalam

9 comments:

dayangbest said...

Sedih plak dayang baca
Bg dyg kan

Pro:
Beban akak dah makin kurang dgn xde pak hj
Maybe skarang akak rasa lega skit kalau jaga yaya dan tahan karenah dia
Lgpun kalau betul org tu ambik yaya
Mungkin yaya dah terpisah tak jumpa dah mak dia
Kalau org tu plak jenis abaikan yaya plak camne?

Con:
Perangai yaya tak berubah
Akak maybe makin sibuk lepas ni
Nanti makin tension plak ngan yaya

Sedih plak
Ingatkan yaya balik ngan mak dia
Tak sangka rupanya nak bagi org lain plak

Hanisumayyah said...

Dayang, tulah akak dah cakap macam2 mak akak pun sama. Nak salahkan dia 100% pun xboleh coz kita xduduk dalam tempat dia. Tengoklah macamana. Akak fikirkan secara mendalam mlm ni. Harap esok lebih tenang utk akak buat keputusan.tq atas pandangan dayang.

Mutiara said...

Sedih saya dengar berita ni. Bila dah ada hitam putih, kemungkinan yaya tak lagi akan dapat berjumpa saudara mara bapanya sehingga dewasa.
Saya cuma doakan semoga keputusan yg diambil akan membahagiakan Yaya.

Hanisumayyah said...

Saya pun sedih dan nak tak nak kena juga berkorban. Mungkin ada hikmahnya.

Cool said...

begini la kak wa..Akak dah mencuba yang terbaik dengan Yaya.

Akak banyak bandingkan Yaya dengan Hani.

Expectation akak pada Yaya terlalu besar.

Pendapat saya, serahkan yaya pada ibunya. Terpulang pada dia menentukan arah hidup anaknya.

Kalau kak wa betul2 memerlukan seorang anak, baik akan memohon bayi-bayi yang ada kat pusat jagaan.

Boleh di bentuk dari awal ikut acuan akak.

Hanisumayyah said...

Jiji,


Akak cakap akak dah cuba yg terbaik utk Yaya, hakikatnya belum ji, akak mencuba apa yg terbaik pada pandangan akak jer, sebanranya yg terbaik utk dia akak tak cuba langsung lagi...


now akak duduk dan fikir semula. Bukan yaya dan bukan mak ayah dia perhitungan akak, tapi akak fikir dari sudut lain, utk jangkamasa panjang.


Ada sebab Allah hantar yaya pada akak, kalau dulu hj sidek jadi pemerhati akak, kali ni sebenarnya kehadiran yaya mampu mengawal bentuk tindakan dan perbuatan akak.

Dalam maknanya tu, buat masa ni biarlah akak jer yg simpan rahsia kenapa Yaya perlu ada disisi akak (pada akak Allah beri tus esuai sangat dengan kehendak akak, cuma akak tak terfikir hikmahnya sampai ke tahap tu)


Dan yaya masih dengan akak, segalanya kembali normal

Irfa said...

sedihnya..ingat mak yaya ambik nak jaga rupanya ada yag menanti.
kalau betul nak bagi balik yaya pd mak dia utk org lain..doa semoga yaya di jaga dgn baik .. itu je

Cool said...

Saya nampak yg surface je kak, saya menilai pon ikot satu sudut.. tp frankly, saya berharap akak dpt bentuk yaya.dan saya yakin akan mampu beri yang terbaik utk dia.

Luna said...

saya dah terlambat bagi komen.ntah di mana yaya sekarang.tapi mungkin juga pasangan yg nak ambil yaya mampu beri lebih baik insyaAllah