Saturday, May 14, 2011

Naik pangkat & Khidmat Cemerlang

Assalamualaikum w.b.t



Kita perlu yakin, setiap ujian tu ada hikmahnya


Cuma kita tak sabar,kan?


Macamtulah saya....


Saya masih ingat setiap cabaran yang berlaku dalam hidup saya


Mula2 kawin dengan suami orang walaupun tak pernah minta begitu


Lepas tu dapat pulak madu yang sangat2 perlu skill yang tajam untuk menandinginya


Tentu faham apa maksudnya kan?


Melawan secara psikologi


Then dapat pulak suami yang takut dengan isteri pertama


Yang beriya2 jaga hati Aza sedangkan saya macam hapa2 dibuatnya


Malangnya saya pulak terlampau biarkan diri dianiaya


Sampailah satu tahap saya pasrah jer....


Tapi dalam hati mencari2 apa hikmahnya saya diuji


Tak putus2 ujian datang dalam hidup saya


Bukan sahaja hidup saya pada masa itu, malah hidup sebelum2nya


Zaman remaja juga banyak cabarannya


Dan tahun lalu, kedatangan Yaya menguji lagi


Kehadiran yang tiba2 itu benar2 menguji tahap kesabaran


Tapi kini saya mengerti


Saya faham bahawa dalam setiap ujian itu


Allah hendak meningkatkan darjah kesabaran kita


Sebelum Allah beri ganjaran selepas kita berjaya mengatasinya


Akhirnya saya sujud syukur


Hari ini saya boleh mengatakan bahawa hikmahnya ada


Mungkin ini baru permulaan


Dan mungkin ini hanyalah sebagai tanda kebesaran Allah


Pada hari jadi saya itu saya menerima surat kenaikan pangkat


dari penguasa kanan, dinaikkan ke Penolong pesuruhjaya


Sykur alhamdulillah


Walau naik pangkat lewat sedikit atas kecuaian tidak ke PTK akhirnya naik juga


Seminggu sebelumnya saya mendapat surat terpilih untuk anugerah khidmat cemerlang


Makanya saya sangat bersyukur di saat ini Allah memberikan sesuatu yang boleh buat saya tersenyum


Dan mungkin ini rezeki sempena korban saya sudi menjaga dan membela yaya


Sedikit yang saya beri tapi berganda saya dapat ganjarannya


Makanya bersyukurlah Salwa....



Wassalam

4 comments:

Amir Syafiqah said...

Tahniah Salwa di atas rezeki dr Allah. Apa cerita pasal yaya?

MA said...

Alhamdulillah Salwa, I am very happy to hear all the good news dan paling I happy dengar is Salwa dapat nampak apa yang tersirat dan tersurat dalam setiap ujian dan cabaran. Instead of mengeluh dan merintih kenapa Allah pilih kita utk semua ujian ini, kita patut bersyukur kerana banyak ganjaran Allah nak beri, bukan takat harta duniawi sahaja.
Congratulations, Salwa.

dayangbest said...

Tahniah!!!!
See, more good things will come ok!

Zareda Norman said...

ya bersyukurlah salwa, sesungguhnya setiap kejadian pasti ada hikmahnya yg tersembunyi. Banyyak sabar dan tawakal.. ujian Allah itu tidak sia sia..

tahniah atas kenaikan pangkat dan APC.. semoga terus sukses lagi di masa hadapan.. lupakan segala kenangan pahit yg lampau.. melangkahlah dengan seribu lagi kejayaan di hadapan..