Friday, May 27, 2011

Hani, apa lagi ammie mampu buat?

Assalamualaikum w.b.t


Lepas bercerai ni memang saya ada hajat untuk buat sesuatu


Sesuatu yg boleh buat saya gembira


Buat saya boleh mulakan hidup baru dengan ceria


Dan lupakan semua kenangan sedih pahit yg sedia ada


Saya sentiasa cuba dan cuba sesuatu yang baru


Apa yang mampu saya lakukan utk lupakan semua ni saya akan cuba sebaik mungkin


Dan perkara paling mampu buat saya lupa semuanya .....


adalah dgn menyibukkan diri dengan kerja...kerja...kerja


Kebetulan kerja saya pun sibuk dulu kini dan akan dtg


Lagilah dengan RCI Teog Beng Hock, pastu kematian Sarbani dan kerja semasa ni....


Tapi ada sesuatu yang membuatkan saya asyik berfikir dan rasa terganggu


Bila saya pandang hani..... rasa sayu dan empathy sangat dengan dia


ada saatnya saya mampu menitis air mata


Banyak peristiwa berlaku antara kami berdua akhir-akhir ini yg buat saya rasa sgt bersalah


Bukan maksudnya merasa bersalah kerana ambil keputusan untuk bercerai


bahkan saya rasa hani pun dah dapat terima hakikat perpisahan ini


Tapi apa yang membuatkan saya rasa bersalah ....


cuma kerana saya tak dapat nak bahagiakan dia sepenuhnya lepas bercerai ini


Saya akui yang saya boleh penuhi segala aspek kebendaan (ikut kesesuaian)


Kalau itulah yg kurang bagi dia


Saya boleh penuhi masa2 lapang dia dgn menyogok pebagai aktiviti


Tapi ada sesuatu yg saya xmampu buat...hingga buat saya rasa sedih


Saya masih tak mampu menggantikan tempat ayahnya,


tak mampu mainkan peranan yg pernah dimainkan ayahnya


Jika anak2 lain perlukan ayah mungkin atas sebab ayah mereka ada, mereka boleh dapat macam2 benda yg diinginkan


Ayah bawak jalan, ayah belikan permainan, ayah bantu buat itu, bantu buat ini


Ayah belikan barang2 yg dikehendaki


Ayah tunaikan semua permintaan yg anak2 hendakkan


Saya perhatikan pendekatan anak2 lain banyak bergantung pada ayah atas faktor kebendaan


Dan mungkin atas faktor tempoh masa yg ayah habiskan dgn anak trsbut menyebabkan situasi jadi begitu


Kalau itulah keadaannya saya sbg ibu kepada hani takde masalah utk buat benda sama pada dia.....


Saya mampu  ambilalih peranan itu seadanya


semua kebergantungan seseorg anak pd ayah saya sbg ibu boleh cuba mainkan peranan tersebut


Tapi dlm kes hani dia tak bergantung langsung pada faktor kebendaan


Dia tak harapkan ayahnya datang boleh bawak dia jalan2


Dia tak pernah minta ayah belikan dia apa2 barang yg dia hendakkan


Atau tunaikan apa yang ayah2 lain biasa buat, bawa ke taman, bawa ke kedai


Semua tu sejak umur 3 tahun ayah dia tak mampu nak buat semua benda tu sebab ayah dah stroke


sangat kesian dengan Hani, kecik2 lagi ayah dah jadi OKU...tp tu tak jadi masalah pd peringkat ini


bahkan sebelum umur 3 tahun pulak, memang takde aktiviti begitu sebab ayah sibuk kerja, sibuk dgn bini, anak2 sana, sibuk keluar dakwah....


Bila fikir sekarang, saya sedar apa yang ayah dia tawarkan dan mainkan peranan dalam hidup dia selama ni sangatlah minima (kalau banding dgn ayah2 lain)


Yg boleh dan mampu ayah dia buat adalah bawa ke surau solat jemaah


Itupun hani akan duduk solat diruangan wanita sebalik tabir


Paling2 dia hanya mampu bawak hani makan di mamak...atau kedai2 yg ada pelayan atas faktor OKU


Itupun jarang sangat sebab selalunya saya akan ada sama


Tapi ada beberapa perkara yg walaupun peristiwa itu kecil bagi saya besar kesannya pada jiwa Hani


Dan pada saya apa yang paling terkesan dalam hati hani saya rasa adalah waktu2 nak tido


Ayah akan peluk dia


Ayah dia akan borak dengan dia, gurau dengan dia dan saya


Minta laporan2 tertentu dari hani....dan bagi nasihat juga


dan saat makan, Hani selalu akan disuap oleh ayah sebab kami selalu makan dalam dulang bertiga....


Saya selalu perhati yang ayah dia akan offer untuk suap dia....entah tak tau kenapa tp selalu begitulah keadaannya


Dan saya yakin saat2 itulah hani punya ikatan perasaan yg sgt kuat dgn ayahnya


Dan ikatan inilah yg masih mengikat hani...mengikat kuat perasaan, kenangan dan tautan itu tak mampu saya leraikan


Dan saya masih gagal buka ikatan ini....


Saya amat sedih...saat menaip ni pun saya menitiskan air mata...sayu sangat bila kenang semua tu...


Apatah lagi hani ada tergolek tido depan saya ni....


baru saya sedar yang kebergantungan hani pada ayah adalah 100% atas dasar perasaan


yang saya yakin saya tidak akan mampu selama2nya menggantikan peranan tu


saya yakin kebergantungan perasaan ini tidak diganti dengan apa2 pun yg bersifat kebendaan


Walaupun tidak semua keadaan dia teringat ayahnya


Tetapi bila saat dan ketika ingatan tu sampai....


samaada bila saya marah dia (atas faktor yg saya rasa wajar marahkan dia)


Atau bila saat dia rasa teraniaya dan terpinggir atas sebab kehadiran yaya


Adakalanya ada situasi kehadiran yaya mengancam hani....(yg ini sukar saya jelaskan, nanti saya buat entry khas)


Juga saat2 biasa yang saya tak jangka selalunya masa nak tidur


Dia akan mengangis secara sembunyi


Kalau kena marah pulak lain keadaannya, mula2 nangis biasa tp makin lama makin kuat sayu dan tersedu2


Saya boleh kesan dari intonasi dan cara tangisan dia...kalau ingat ayah dia akan menangis lama, peluk bantal peluk kesayangan dia dan dia akan tutup muka dengan bantal dan menghadap dinding


Itu keadaanya yang saya dapat kesan....


Tangisan mendayu2 dia tu boleh buat saya 'gila' memikirkannya


Boleh bikin saya menangis sama


Boleh buat emosi saya terbawa2 berhari2 dan akan menitis airmata


Bila terkenang nasib hani


Tanpa bertanya khabar berita takde call hani malah takde sms pun


Saya rasa sebagai ayah dia sangat kejam pada Hani


Ikutkan saya nak top upkan ajer, kalau alasan takde credit


Atau saya sms 'bahasa'kan dia dengan bahasa yang boleh buat dia pun rasa bersalah dan jadi sedih macam saya


Tapi isunya saya sangat malas nak berhubung semula, saya malas nak ada hubungan lagi walaupun sekadar saya ber sms


Saya hendak maju terus, tak nak menoleh kebelakang langsung


Saya hendak cari bahagia dengan cara saya....bersama Hani dan Yaya


Tapi bila hani sampai mood ingat ayah dia


Memang saya xmampu kata apa!!!


Wassalam

10 comments:

Mutiara said...

I can feel and understand the feeling both you and Hani are going through. However, look at the brighter side, all of us went through the same situation in our lives. I felt like i was shipped away to a boarding school at a young age. I understood, it was for my future well being, but being a kid, I missed my family. At least Hani has a mother with her all the time. So, in my opinion, she will sail through this rough water just like all of us did at one time or another.

Pnut said...

kasihan hani.. memendam rasa, ayahnya tak patut langsung, takkan tak nak amik tau hal hani kot.. dia anak bersepah, tp hani tu ayahnya sorang, takkan dia tak boleh faham?? bongok betul.

tak pa la Wa, saya yakin, Hani akan kuat dan tabah, percayalah, kekuatan tu akan datang sendiri.. dengan bantuan awak..

P/s kat area rumah saya ada satu kedai jahit ni, memang puas hati jahitannya mmg cantik, husband saya suka, pasal dia cerewet, tp last year kami anak beranak tempah kat dia, husband puas hati.. tp nak kena cepat, katanya awal bulan 6 tak nak amek tempahan dah.

(orgnya lelaki yang menjahit, tp kita bg baju contoh je, kemas keja dia)

oren said...

mintak hani jek call ayahnya..itu antara hani dan ayahnya..

Ummi said...

betul cakap oren, ini antara hani dan ayahnya, perasan budak bukan boleh di main-main, jangan bagi mereka memendam perasan, kesan dalaman susah nak lihat :(

MA said...

Masa saya dulu, saya tolong dialkan untuk anak-anak bercakap dgn bapak diorang kerana my kids masih belum pandai "uruskan" emosi masing2, so I as the mother kena ketepikan my own "selfishness" untuk kepentingan anak-anak. Lama-lama kedua-dua pihak dapat menyesuaikan diri dgn keadaan yg baru dan memberi ruang ke tiga di mana it is not about "me" or "you" but it is about "them".

About kekosongan yang Hani rasai itu, Salwa boleh tolong isikan dengan memberikan apa yg dia hilang, if she missed being hugged at night, then you must start hugging her at night ..lama- lama she will be okay. It is the adjustment period which is very hard...Dont feel too bad about it.

Anonymous said...

Masalah hani ialah dia malu nak cakap dgn ayah dia. Setakat call kan utk dia cakap sendiri takde masalah langsung pada saya. Tapi masalahnya kalau saya call kan pun dia takkan nak cakap. Pernah saya call dia taknak cakap sampai menangis2 taknak! Melainkanlah ayah dia call dia sendiri. Dia dah cukup besar utk ada rasa malu yg tebal wun dgn ayah sendiri. Malah jumpa berdepan un sblum bercerai dia mmg akan malu2 sebelum betul2 mesra dan manja. Hani adalah tak sama dgn org lainlah saya rasa. Apapun saya akan cuba call dan sms bagi pihak dia. Tq atas nasihat.

MA said...

In that case you dont have to worry, I ingatkan dia mmg rapat dan manja dgn ayah dia (i.e no barrier nak cakap or hug manja-manja) itu yang terasa sgt kehilangan ... From your description, I rasa soon in time she will get used to it, like I said akan ambil masa nak sesuaikan diri dengan keadan baru..kasih anak/ayah tak akan putus. Lainlah ayah dia sendiri tak nak ambil port...hal itu di luar kawalan kita...Salwa jangan lah susah hati sangat, Allah Maha Penyayang.

MA said...

Dan satu lagi, if this may help - I perasan anak pompuan I memendam rasa juga masa kecik2 dulu cos she was close to her dad and memang dimanjakan - tapi sebab dia kecil lagi masa tu so tak pandai luahkan perasaan rindu/marah/kecewa..I bagikan dia satu diary untuk dia tulis/lukis apa saja yang dia mahu. Dari situ, I cuba decipher masalah emosi dia dan cuba menanganinya dengan sebaik mungkin. Mungkin Salwa boleh try cara ini. Tapi saya baca curi-curi dan saya tak bagi tahu dia yang saya baca tulisan dia..sebab saya nak dia rasa bebas menulis but at the same time I ikuti dan observe perkembangan emosi dia.
FYI - saya tidak pernah bercerita kepada anak-anak saya tentang masalah rtangga saya / or what went wrong in our marriage sebab pada pendapat I, anak-anak terlalu kecil nak faham emosi dan kerumitan masalah rtangga. Bila anak dah remaja - dan nampak/faham sendiri, baru saya share sikit2, itupun tak semua sebab I want them to be free from my own judgmental views.

Saya just share pengalaman saya saja, mana yang boleh digunapakai jika sesuai.

Luna said...

buatlah apa jua yg terbaik,kak.. demi hani..semoga Allah mudahkan segalanya

Zareda Norman said...

salwa

hani cuma nakkkan perhatian tapi sayangnya perhatian ayah dia dah berbahagi bahagi dan ego sendiri. Apa yg MA buat tu kak zar setuju.. sebba anak perempuan ni jiwanya halus dan dia nak express perasaan dia tu dgn cara dia sendiri. Kalau kita tanya memang lah dia jawab lain.. ok ok je tapi sebenarnya dalam hati ada yg tak setel lagi..

salwa kena banyak memahami emosi hani.. peluk dan sentiasa ingatkan dia yg ramai lagi dalam dunia ni sayangkan
hani..