Wednesday, May 25, 2011

Mencari bahagia .....

Assalamualaikum w.b.t
 

Saya tak pasti samaada saya telah mendapat bahagia yang dicari selama ini?


Mungkin belum jumpa bahagian yang total, tap insyaallah ke arah itu satu hari nanti, insyaallah....


bagaimana cara nak  Mencari Bahagia?


Cuma kita yang tahu apa yang boleh buat kita bahagia, tapi harap2nya saya tidak salah dalam mencarinya....


sangat subjektif definisi bahagia ini...


Apa yang terbayang di minda saya sekarang, bahagia yang kita boleh nampak secara visual adalah:


# berkumpul satu keluarga yang ada ibu ayahnya serta anak2 (yang ini sudah pasti saya tidak mampu pada masa ini)

# Membuat aktiviti secara bersama anak beranak (saya boleh mencapainya walaupun sesekali terasa hidup pincang tanpa suami)

#Hidup yang senang, nak apa semuanya ada di depan mata (adakah ini jamninan bahagia?)

# kerjaya yang menyeronokkan dengan pendapatan yang berbaloi


TAPI, bahagia bukan terletak pada itu semua, dan mereka yang ada senarai perkara di atas juga belum tentu bahagia...


yang penting bahagia biarlah semuanya secara sederhana....jangan berlebih sangat dan jangan terlampau terkurang....

 
Janganlah kita fikir bahwa kita akan bahagia kalau kita mampu makan di restoran yang standard, dihotel2, dan kita bebas membelanjakan wang atau membuat rawatan di spa setiap hari, melancong ke luar negara, membeli belah sesuka hati<-- itu akan membawa bahagia.?

Sebenarnya tidak semestinya keadaan itu akan menyenangkan dan membuatkan kita bahagia. Sekali-sekala mungkin itu boleh buat kita bahagia: dengan memanjakan diri, membeli tetapi apapun kita tetap ingat punya tugas dalam hidup yang seterusnya.


Maka, teruskanlah hidup seadanya, kan?


Dan sabar dan syukurlah atas apa sahaja nikmat yang Allah beri walaupun ia hanya sekecil-kecil perkara...


Bahagia juga bukan mudah untuk dibeli?


Okay, disini jika saya tanya siapa yang benar2 bahagia? Adakah dengan melancong anda bahagia? Adakah dengan punya wang yang cukup anda bahagia? adakah dengan punya suami setia anda bahagia?


Sekadar lontaran pertanyaan?

Sekaya atau secantik apapun kita, namanya juga manusia, tidak akan pernah merasa puas. Jadi tak perlu lah bermati-matian mnngejar harta ataupun berusaha untuk mencantikkan diri. Kebahagiaan akan datang kalau kita menikmati apa yang kita punya saat ini.

syukur dan sabar


Dan betapa pun teruknya pengalaman masa lalu kita, tak ada gunanya untuk kita terus-menerus menyesalinya.


Masih ada masa yang akan datang, jadi lebih baik kita fikirkan untuk menjadi lebih baik dimasa hadapan....



Wassalam

6 comments:

oren said...

saya rasa bahagia bila dpt dengar anak2 ketawa gembira..bahagia sbb depa dpn mata..bahagia bila dpt penuhi permintaan depa, walopun hal tu kecik..contohnya, belikan kueh sorang seringgit, depa senyum meleret..

tapi kdg bleh naik angin sbb letih melayan depa..huhuhu...

MA said...

Well said.

Kebahagiaan is subjective to different people. Kebahagiaan bagi I tidak diukur dari material contentment semata-mata. Bahagia bagi I ialah jiwa yang tenang, tidur yang nyenyak dan hati yang sentiasa lapang.

Yakni tak ada kisah nak berdendam, cemburu, bersedih, terkilan, kecewa etc...sentiasa berlapang dada dengan apa yang ada . Kalau ada duit banyak, kita makan piza, kalau ada duit sikit kita makan roti canai. Kalau tak ada duit, kita puasa....

Saya suka melancong, kalau ada rezeki dari segi kewangan, masa dan peluang - akan saya ambil kerana ianya memberi kebahagiaan kepada saya membuat memori dengan anak-anak.

Itu takrif bahagia pada saya, dan ya - saya sangat bahagia dengan kehidupan saya dalam segala kekurangan yang saya ada. I have no complaints and I have no regrets.

Kerana hidup itu sementara sahaja. Make the best of the short time that we have.

Zareda Norman said...

salwa, bahagia ni subjektif. Ukurannya terpulang pada diri sendiri. Kalau kita nak bahagia, kita ciptalaha bahagia tu dengahn cara kita.

kak zar pun bahagia juga dengan cara kak zar.. org kata anak ramai bahagia, tapi kak zar anak sorang pun bahagia.. badan sihat, anak sihat, makan minum tak de pantang, tidur nyenyak.. kerja pun happy jer.. tak bahagia ker?

dayangbest said...

ye kak
lain org lain definisi bahagia dia

mungkin kita dah rasa bahagia tuh
tapi sebab mungkin kita terkongkong dengan definisi org lain
buat kita rasa kita tak bahagia

so just buat je apa akak suka

Irfa said...

saya sedang di uji..rasa mcm down sgt..

Luna said...

la tahzan wa la taqof, Allah maana...bahagia dtg dr Yang Maha Penyayang,,mintalah,rayulah dari Dia...cara bagaimana Dia memberinya terpulang kpd Dia,sesungguhnya segala yg baik dtg dr Allah