Assalamualaikum w.b.t
HONG KONG
Saya akan ke Hong Kong esok
Urusan kerja bersama wartawan bernama dan RTM
Dari SPRM 3 orang jer
Saya, pengarah Bahagian pendidikan masyarakat (Dato Shamsiah) dan Pn Jamilah
Mulanya saya mmg menolak utk pergi
Sebab hani and yaya sapa nak jaga?
Memikirkan juga kewangan takdelah stabil sangat
Yerlah ke luar negara tentu nak ambil kesempatan shoing kan?
Lagipun ada beberapa perkara bermain di minda
Terasa bukan saya yg terbaik untuk ke sana
Memandangkan di unit Korporat Comm ni ada 6 orang
4 dari kami memang power berbahasa inggeris
Cuma saya dan miss sinar jer kureng sikit
So saya cadang pd boss hantar peg lain
Dan boss setuju wpun pada asalnya dua kali dia tanya saya wpun dlm meeting dah bgtau xnak
Tanya secara personal, 'Salwa, betulker you taknak pergi Hong Kong ni?'
Taknak tuan, sapa nak jaga anak2 saya, bagi orang lain jer'
Akhirnya nama 2 peg lain diberi dan mereka juga yg pergi mesyuarat berkaitan hal ini
Saya okay jer tak terguris pun, saya ni mmg gitu kalau rasa bukan rezeki saya apa nak kecoh
Hari rabu cuti israk mikraj tu lepas jam 5 boss buat meeting lg
Dpt boss kuat kerja biasalah lepas office hour pun boleh meeting
Dlm meeting hujung2 dia tanya saya lg sungguh2 hal hong Kong
Saya tetap reluctant atas alasan anak
So gitu gini dia cadang suh hantar balik kg
Hari yg sama juga saya hantar hani n yaya ke rumah Pnut
Sebab sekolah diorg cuti
Boleh guru besar hani tak perasan cuti
Pagi nak hantar baru bgtau cuti
Walhal petangnya dah minta izin nak tumpang yaya situ
Saya sms Pnut kononnya nak tumpang budak2 ni kalau ke hong kong
Walaupun dlm hati berat nak tanya
Tapi boss kat depan dah pandang tggu jawapan
Tapi bila boss cadangkan hantar blk kg terus setel problem
Ntah camana boleh terlupa hal kampung
Bila saya setuju terus boss cancel nama peg 2 org tu ganti nama saya
Pastu saya bgtau assport saya baru jer mati
Boss cakap alah tu sekejap jer siap tu
Saya cakap alah tuan saya ongkos tak berapa ada ni
Takper nanti dpt duit, saya senyum jer
Sudahnya takder alasan nak kata taknak ppergi
YAYA
Yaya yang diwarwarkan cikgu agak cerdik
Rupanya sebaliknya
Nombor 9 dari 11 orang
Puncanya saya rasa sebab dia tak fokus
Tak dengar arahan dan tumpuan dia tidak pada pengajaran cikgu
Bila ditanya bagaimana perlakuan budak 4 tahun yg lain banding yaya
Ini jawapan cikgu
Semua pelajar lain bulan 1 dan ke 2 memang perlakuan mereka macam jakun,
Tak reti duduk diam, berlari sana sini, tak dengar arahan
Tapi masuk bulan berikutnya apatah lagi ni dah setengah tahun
Semua dah berubah
Boleh duduk diam and fokus serta dengar arahan
But yaya nothing change
Sama, masih tak fokus dan buat kerja ikut mood bukan ikut arahan cikgu
Dan dia ada geng yg sama perangai cam dia
Aiman, dan yaya panggil budak ni aiman tak kisah
Hari2 balik dalam keter cerita dan sebut pasal aiman
Now saya tau macamana dia kat rumah camtulah kat sekolah
Tak perlu letak sebarang harapan pada dia utk tahun pertama ni
Harapkan perangai berubah sikit un jadilah
Kalau letak macam2 tentu saya yg kecewa
Penyakit eczema alhamdulillah berkurang banyak sgt dah
Berkat dan izin allah ubat yg kak salma beach kirim dari america agaknya
Tq so much kak sal allah jer yg membalasnya
HANI
Hani masih anak yang terbaik di mata saya
Nampak sangat saya bandingkan yaya dgn hani kan?
Apa nak buat, entahlah susah benar nak ubah persepsi saya trhdp yaya
Walaupun beberapa sikap negatif dia mula ada
Tp saya tau sikap tu timbul sebab wujudnya yaya
Kalau keadaan biasa sebelum ni dia tak prnah bersikap begitu
Apapun banding kanak2 lain seusia dgnnya dr laporan guru dia masih cemerlang
Peperiksaan bulan mei ini sekali lagi hani di tempat pertama
Walaupun hanya 7 pelajar di kelasnya namun markah dia masih majoriti 90 an
Itu pun dia mmg tak belajar langsung
Harap dia kekal dengan prestasinya
Tapi tahun ni jer pun dia akan berada di sekolah ini
Tahun depan hani akan ke sekolah lain
Saya dah fikir masak2 dia akan masuk madrasah juga
Kerana itu permintaan dia
Hani dah merasa tadika swasta yang terdiri dari anak2 org yg beradalah jugak
Juga dah merasa sekolah abim
Dah merasa sekolah keb di putrajaya
Dan kini bersekolah di sek ren islam pintar
Jadi dia dah boleh bezakan banyak suasana
Dia agak matang untuk buat keputusan
Tidak bermakna saya nafikan hak dia utk dpt pendidikan akademik
Dia akan mengikuti juga pendidikan formal nanti
Bezanya akan lewat sedikit dari pelajar lain
Saya taknak dia buang masa berada di sek rendak sampai usia 12 tahun
Kemudian sambung sek men ren lagi 3 tahun pulak
Kemudian baru ambik upsr pulak
Tapi at the end ilmu yg dia dpt pi mai pi mai tang tu jugak
So kita ambil langkah bijak
Kita isi masa2 yg dibazirkan tu dengan ilmu akhirat dulu
Umur 15 tahun insyaallah abis terus masukkan swasta 2 tahun
Then ambik spm.
Insyaallah base on along and iza
Takde masalah
Kalau ada rezeki kita hantar masuk u
Dah genggam segulung ijazah serta hafal quran
Dan kalau dapat menjadi 'alimah (kuasai beberapa cabang ilmu agama)
Maka saat itu saya tak bimbang nak lepaskan dia ke mana-mana
Insyaallah
BSN PRUDENTIAL
Yer saya sudah menjadi agent takaful yang sah
Telah menduduki peperiksaan hampir dua bulan lepas
Dan mendapat kelulusan dengan cemerlang
Asalnya saya memang agent insurans (dulu)
Tapi terbantut lepas jadi wartawan
Mula berminat sejak 2006 dulu
Juga melalui seorang pembaca blog saya
En Johari Salleh, juga kawan kak salma Beach
Lama en joe aproach saya beli takaful
Lepas 5 tahun rasanya baru saya beli iaitu tahun lepas
Lepas cerai terus saya bagitau en joe saya nak ambil exam
Masa tu en joe tak tau pun saya dah cerai
Sebab dah lama dia galakkan terus dia bg saya buku utk baca
Tapi kesibukan menyebabkan lepas exam saya tak ambik port pun
Cuma minggu ni baru saya hadir kelas bimbingan en joe
Terus rasa semangat sangat
Rasanya jual takaful ni prospek nya besar
Kira ibadah juga sebab hanya 7% rakyat malaysia ada perlindungan takaful
Mahukah anda punya perlindungan terhadap pendapatan anda
Hanya dengan memperuntukkan 10% drd keseluruhan income anda?
Mahukah wang bekerja untuk anda dan bukan anda bekerja utk wang bila tua nanti?
Takaful adalah sesuatu yg tidak rugi langsung
Wangnya pasti diperolehi semula krna akhirnya kita pasti mati!
Moralnya setiap kita perlu bersedia
Bukan dah terhantuk baru terngadah
Kalau ada yg terfikir utk dapatkan perlindungan takaful
Saya bersedia memberikan maklumat dan bimbingan pelan yg bersesuaian dengan keperluan anda
SINDiKET PENIPUAN
Saya hamir terjebak dengan satu sindiket penipuan
Mujur kak salma beach (sekali lagi)
Menjadi penyelamat
Alhamdulillah
Allah masih sayangkan saya
Nanti next entry saya citer
Kalau tak tak taulah apa akan jadi
Okay doakan saya selamat sampai ke hong kong
Jam 4 pagi akan bergerak utlk flight awal pagi nanti
Rabu malam akan balik sini semula
Harap musafir kali pertama atas urusan rasmi ini berjalan lancar
Ini negara luar ke 3 saya pergi
Yg lain dekat2 jer thailand (3 kali), singapore dan ini ke hong kong
Okay bye semua.
Wassalam
6 comments:
wah..bestnya.keje sambil jalan2 juga kan?
selamat pergi dan selamat kembali ye
pelbagai rezeki yang Allah berikan kepada wa, nikmat Allah mana lagi yang nak didustakan :)
seronok dengar kehidupan wa skrg, semoga semuanya selamat, amin :)
Jangan lupa shopping kat Ladies Market, Mongkok. Dan try dimsum halal kat Islamic Centre/Masjid di Wan Chai.
Betul cakap Ummi - ini semua rezeki dan hikmah yang Tuhan nak berikan kepada Salwa. There will be more to come!
good luck! enjoy ur trip!!
Selamat berkerja sambil2 berjjcm ke Hong Kong Salwa..
Alhamdulillah ceria saja laporan Salwa sekarang. Rezeki jangan ditolak. Beside pergi dlam tugas, it also opens up your horizon. Pendedahan kepada benda2 di luar "Kotak" memberi banyak menafaat. Jangan lepas peluang untuk berjaya dalam hidup kita. berjaya bukan saja bermaksud dlm kewangan, ia juga memberi satu kepuasan kepada diri sendiri.
Post a Comment