Assalamualaikum w.b.t
saya tak taulah kenapa saya ni
bukan gatal sangat nak kawin
tapi allah asyik jumpakan saya dengan orang yg nak ajak saya kawin
dah 3 bulan macam tu saya kenal sorang ni
tapi tak pernah jumpa
dia kenal saya pun hanya baru2 ni
lepas dia search nama saya dan jumpa gambar dalam facebook
saya sendiri pernahlah mms gambar saya dengan hani baru2 ni
dia pun ada hantar gambar pada saya
saya pun sekadar mengenal dia sebab dia berkali2 cuba nak kenal saya lebih dalam
2 bulan gitu sekadar bertukar mesej sesekali
mengetahui perkembangan masing-masing
sampailah ramadhan lepas (katanya)
melihat gaya hidup saya dan hani buat dia nak tau lebih lanjut pasal saya dan hani
kebetulan pulak saya ibu tunggal
takde halangan pada dia utk kenal saya lebih lanjut
saya pun open minded, orang tanya saya jawab
dia minat betul tengok kegigihan saya setiap hari berbuka dgn bergegeas dr pejabat ke masjid
then 10 akhir ramadhan ke masjid / tidur masjid utk qiyamulail
dengan hani dan yaya pulak tu
dia sangat impressed agaknya
masa tu takde apalah, bila dia YM saya jawab jerlah saya kat sini, kat situ
hampir semua aktviti saya masa ke arah beramal ibadah
ramadahan kan banyak amsa habi dengan mengaji
then raya dan lepas raya saya sibuk pulak urus abang nak kahwin
saya pun bila ditanya buat apa saya cerita jerlah
pergi pasar pergi mydin beli itu beli ini
pendek kata apa aktiviti saya dia follow
Dia bertanya juga sikit sebanyak kenapa saya buat itu ini
maksudnya berkorban sana berkorban sini
pada masa sama dia tau saya nak hantar hani masuk madrasah
kira banyak perkembangan hidup saya dia follow
sementelah pulak saya bertanyakan juga pendapat dia tentang beberapa hal yg berlaku dalam hidup saya
minta pandangan orang berpengalaman
dengan umur 40 an banyak benda dia boleh berfikir dengan matang
pada saya kadang2 banyak benda dia fikir saya tak terfikir
good for me to have second opinion
dipendekkan cerita selepas raya baru2 ni
dia open dengan saya katanya nak buat saya isteri dia
mengejutkan juga
sebab dari sekadar bertukar2 pandangan dan saya minta pendapat dia tentang beberapa perkara
dia boleh bertukar hasrat nak memperisterikan saya
saya pun bukan anak dara yg baru gatal nak kawin
saya bincang betul2
sebab tak nampak jalan keluar untuk bernikah dengan dia
dia bermastautin dan bekerja di singapura
Saya di sini
walaupun cadangan dia suruh saya berpindah di SPRM Johor
pada saya bukan waktu ini
makanya saya beri masa 6 bulan utk berfikir lebih detail
pada masa ini dia serah pada allah dan berdoa
puasa sunat isnin khamis
saya akan istikharah
walaupun dalam hati saya nampak sangat kesukaran kalau bernikah
nampak dua2 pihak akan menemui kesukaran
tapi dia positif utk terus berdoa katanya Allah akan tunjuk jalan keluar terbaik
pada saya takde hal saya positif jer
Ada jodoh adalah takde saya takkan terluka
biar Allah tentukan
saya angat positif untuk hidup berumahtangga
dan saya juga sangat positif untuk teruskan hidup menjanda
kedua2nya saya kini punya kekuatan
jiwa saya yang kosong kerana hj sidek takde nak beri peringatan dan ingatkan segalanya kini dah tak terasa
saya dah dapat menyesuaikan diri
takde apa masalah, kerja pun bertambah2 sibuk
dengan mengetuai Unit Komunikasi Korporat
segala meeting besar saya kena attend
takde alasan lagi dah
so saya share kehidupan saya kat sini bukan sebab saya suka2 share
saya percaya pembaca blog saya suka nak tau apa perkembangan yg berlaku dalam hidup saya selepas menjanda
saya makin kuat dan saya takde fikir hal bukan2 lagi
namun seperti dulu saya sebagai perempuan punya fitrah
katalah beribu kali bahawa wanita tak perlukan sex
tapi ebagai wanita normal saya perlukan itu
tetapi bukan itu sahaja saya tetap perlukan suami yg boleh membimbing
dengan cara bersesuaian dengan situasi saya
orang singapore tu nampaknya ada ciri-ciri berkenaan
tetapi jarak memisahkan
pada saya kalau itu terbaik menurut allah, saya terima (walaupun mungkin susah payah juga akhirnya)
dan hubungan saya dengan bekas pakwe di melaka yg bantu nak monitor projek rumah saya tu
kalaulah allah kata jodoh dengan dia saya terima juga
dan saya tak pernah berahsia samaada dengan pakwe melaka atau yang singapore tu
saya bagitau pakwe melaka org singapore ajak kahwin dia kata proceed
saya bagitau org singapoire kata pakwe melaka nak topup bajut buat rumah
orang singapore kata takper biar dia bayarkan, saya menolak
makanya biarlah semuanya berjalan sepertimana yang allah akan tentukan
saya malas nak merancang beriya2
4 nov saya akan ke kelantan ambil hani
cuti hingga hujung tahun
saya akan survey madrasah yg seuai
tapi kalau hani nak terus sek di sana saya on jer
cuti ni pun sya akan letak dia di kelantan
kalau di kampung memang hanyut
main dan main sampai solat pun tertinggal
kalau di rumah kak aza suasana madrasah memangada di situ, tak perlu risau
ok chow.
ambil yang baik dari apa yang saya tulis
jangan ada prasangka dan jangan pandang dari sudut negatif
saya mash disini sedia mendengar pandangan anda pembaca blog saya yangs setia
malah dah jadi kawan baik pun ebahagian dari kita ni
kalau nampak ssaya gatal mengenyam nak kawin nyatakan ajer xmarah pun
kalau rasa keputusan tu tak berapa bagus elok saya menjanda terus katakanlah juga
saya open xemosi dah
usia dah macam ni apalah lagi yang saya nak cari dalam hidup...???
Wassalam
7 comments:
yg singa pura2 tu bujang ke kak?
kalau bujang okeyla kot..hehe
saya tak rasa akak nak 'itu' semata2 sbb nak kawen..mgkin nak berteman tapi dalam ikatan sah.
kan?sori kalau silap
Soal jodoh pertemuan tak ada sapa boleh persoalkan - cuma dalam hal ini saya minta Salwa lebih berhati2 esp perkenalan yg melalui internet, byk yg tak betul dari betulnya...jadi risiko agak besar di situ. Sementalh Salwa belum pernah berjumpa 4 mata - anything is possible. People can be anybody they want on the Net.
Apa kata gunakan kelebihan yang Salwa ada sekarang ini untuk menyiasat dgn lebih mendalam pasal pakwe di Spore it. Siapa dia, mcmana org dia, rekod dia etc. tapi jgn lah pulak Salwa bagitahu kat dia that u want to know more about him - just compare apa yg dia ckp dan apa yg Salwa dapat maklumat secara rahsia.
Biar everything is transparent. Zaman sekarang byk penipu on the Net - diorang dok aim lonely ladies with big monies...tu yg byk kes kat paper kena tipu beribu2 $, dia start modus operandi mcm ni lah, godak cara pelan2, ajak kawen etc...?mungkin dia cakap dia kat spore, ntah2 dok balakong aje ( ni sangka buruk ajer ni)
Apa2 pun - berhati2 Salwa.
Setuju cakap MA
kalau tak masakan ada pompuan kerja hebat2 boleh kena tipu
skeptikal skit kalau online nih
akak suruh datang rumah dulu ke jumpa mak akak hehehe
tapi apa2 pun semoga yang terbaik untuk akak
Lama saya tak baca blog Salwa. Salwa pun tau saya ni jenis straight to the point, tak tahu nak berlapik. Saya setuju dengan apa yg mak Andeh cakap. berlambak2 orang macam tu kat internet ni. waspada. Ini bukan kali pertama salwa hampir percaya cakap2 "jantan" di internet ni. Waspada. Do your homework ok.
Kove u.
kak zar pun setuju dgn MA. mmg fitrahlah kita pompuan ni kalau muda lagi haruslah berkahwin semula sbb bergetah lagi kan.. hehe.. lagipun utk elakkan fitnah pun tapi hati hati wa..
zaman sekarang perampuan single dengan big income mmg jadi ssasaran.. dia follow life kita.. kalau kita ni kuat amal, dia pun berlakon ala ala imam muda utk tarik perhatian kita.. lagipun salwa x pernah jumpa dia pun kan... so hati hati dalam membuat keputusan, kalau nk jumpa nanti pun pastikan ada yg temankan.. manalah hati orang.. black magic pun mudah aje sekarang ni.. dengan bagi salam pun kita dah boleh terpukau..
Rasanya tak ada apa salah pun dengan perasaan yang Salwa luahkan itu.. itu memang lumrah.. *wink*
Azwa pun sependapat dengan kawan2 lain mengenai teman tapi mesra dari singapore itu..Salwa ada kepakaran menyiasat, so gunakannya demi untuk kebaikan masa hadapan. Jangan mudah terpesona dengan sikap ambil berat dan bak kata Zar, gaya ala2 imam muda. Ini semua memang tektik penipuan terbaru di alam siber. Berprasangka sekarng adalah lebih baik daripada menyesal kemudian hari.
Apapun, sekiranya benar sidia itu memang baik budinya, semoga kebahagiaan menjadi milik Salwa..
buat yg terbaik.walaupun kadang2 keputusan terbaik tu tak semestinya betul..(apalah sy ckp ni..hehe)
Post a Comment