Friday, November 18, 2011

Buntu hal yaya

Assalamualaikum w.b.t


Sebenarnya saya nak citer hal hani

Masalah dan konflik dia hadapi di madrasah

Tapi ada cerita lain lebih utama

Kalau rajin taip kang saya citer hal hani kat bawah ni

Ni hal yaya ni

Setelah banyak kali tangguh final date mak dia nak dtg 19 nov ni

Tu tarikh dia bncg dgn kakak saya kat kg tu

Tapi semalam dia sms bgtau tarikh 19 pun xdpt dtg

Mnta tangguh :ujung bulan pulak

Dah dekat setahun dah dia hntr yaya

Dah berapa kali tangguh dah

Masa farouq pun kes sama jugak

Tangguh dan tangguh sampai kakak sy sndiri yg prgi hntar

Ni kes yaya pun benda sama akan berulang lagi

Bila saya bgtau org kg tak caya dgn janji kau

Merayu2 dia minta tolong

Kononnya nilah kali terakhir

Ada benda2 dia nak setelkan dulu

Saya tanya setahun dah bagi masa takkan xsetel2 lagi?

Apa ajer yg kau nak setelkan?

Kau jgn ingat kau jer ada masalah

Saya bgtau kak sal ada masalah

Saya ada masalah

Tapi masalah kami sebolehnya kami selesai sndiri

Tak alihkan masalah pada orang lain

Sms saya semua dia blas dgn merayu2 dan citer masalah dia

Sudahnya sy bgtau saya sndiri pun masalah

Masa kau hntar yaya rumahtgga saya sdg bergolak hebat

Smapi saya bercerai

Tp sebab kau mnta tolong saya jaga jg yaya

Pastu dia minta maaf

Saya ckp saya tawar hati dgn dia

Dulu saya bersemangat dah nak jaga yaya

Nak register anak angkat

Tp dia kemudian mcm yoyo kejap nak ambik kjp xnak

Skrg saya dah xde hati dah!

Boleh pulak kemudian dia balas tanya saya betulker nak jaga yaya?

Kau sakit ati tak?

Kejap kau nak kejap kau tak nak


Saya faham naluri ibu kau mmg nak jaga dia

Cuma mungkin kau tak mampu

Tapi kalau kau tak mampu pun

Tak bolehker kau beri sikit kebaikan pd org yg nak jaga anak kau ni

Sepanjang setahun baper kali kau call?

Sekali ajer kau balik tgok dia yg sbnarnya kau nak ambil dia

Kau nak bagi kat sapa2 ntah

Dan kau janji nak bagi mak duit akhirnya lgsg xde

Dan kau sndiri xmenghulur barang 10 ringgit pun pd anak kau

Sungguh sikitpun kau xtunjuk rasa sedih tggalkan anak kau

Dan tanpa rasa bersalah tanpa rasa kau perlu berkorban

Kau tinggalkan dia disini

Tak tau lah nak cakap apa kat kau ni

Tak faham apa ada dalam hati dan otak kau

Agaknya sibuk sgt bercinta

Dgn 24 jam dgn mesej di hp senyum sorang2

Bila sms bunyi (yg bunyi sampai larut malam) kau tersengih2

Dan sampai terkeluar ayat satu ketika

'Alah ingatkan dia, orang lain plak sms'

Jangan kau salahkan org beranggapan kau mmg gatal

Kau sengaja biar anak sana sini walhal kau gembira sorg diri

Sebab senang agaknya kau berpakwe ke sana sini

Buntu nak fikir hal mak si yaya ni

Agaknya dia fikir sebab laki dia lepaskan tanggungjawab

Elok dia serah tanggungjawab tu pd keluarga laki dia

Tapi dia lupa yang laki dia tu

Dah tak dianggap sebagai ahli keluarhga sini lagi

Dah dianggap tak wujud

Sejak 1986 kau blah camtu jer now dah 2011

Dah 25 tahun berlalu

Lupakanlah sejarah tu

Bukan masanya nak ungkit

Sekarang saya nak tanya anda semua

Patutker saya menjaga yaya semula?

Kalaupun saya menjaga dia tujuan saya bukan sbb nak bantu mak dia

Tapi kerana nak saya fikir tggungjawab

Saya lebih fikir ini amanah allah

Saya bantu yaya allah hantar orang lain bantu saya

Macam tu!

Kalau fikir positive mmg banyak sebab utk saya pelihara yaya ni

Dan kalau nak fikir angle negatif juga banyak

Saya terfikir juga bila saya tua nanti

Malah saya fikir juga kekosongan hidup saya skrg

Maybe sukar nak sayang betul2 yaya

Tapi saya percaya tempoh masa akan memnentu

Saya akan istikharah dan doa

Tapi pada masa sama saya nakkan ada org bantu saya

Bantu saya buat keputusan

Yakinkan saya bahawa itulah keputusan terbaik

Saya masih perlukan pandangan konkrit dr anda semua

Mmg ikut hati saya tak mau dah

Tapi bila fikir dari semua sudut bnyk positifnya

Okay cukuplah setakat ni.

Mohon pandangan anda semua. Sila.


Wassalam

6 comments:

Pnut said...

pandangan saya, kalau takder rasa sayang, rasa kasih, pulangkan je la yaya, terpulang la pada emak dia, nak bagi orang lain ke, atau nak bela sendiri, sooo... pulangkan balik ialah jalan terbaik...

Zareda Norman said...

Kalau dah tak ada hati tu baik pulangkan tapi jgnlah sampai abaikan begitu saja. Afterall dia tetap anak sedara wa, dia tak salah apa pun. Klu dah nampak jika mak dia bela pun macam problem,aturkan masuk madrasah macam hani ker?

Ummi said...
This comment has been removed by the author.
Ummi said...

kalau akak ada rezeki yang banyak, nak aje akak bukak rumah kanak-kanak yang malang, tak nak anak letak aje kat rumah tu, kesian si yaya tu, semua orang tak nak dia, tu yang dia tantrum

kadang-kadang bila akak marahkan damya, bila akak tengok dia tido, kesian sangat, tak patut akak buat dia macam tu,

akak ni memang sayang budak sangat

kalau semua tak nak dia, bagi ajelah kat rumah kebajikan atau sapa-sapa yang baik untuk bela dia, kalau bagi kat mak dia yang sibuk berbfren tu, di buatnya pak tiri tak suka, karang di dera plak budak tu

bukan setakat mental, sexsual pun boleh, tengoklah kat surat khabar skrg ni, budak memanglah nakal, anak akak pun nakal, kita ni lah yang nak bentuk, nak didik dan sebagainya

entahlah akak pun tak tau nak cakap macamana tapi akak memang kesian dengan yaya, walaupun nakal dan suka makan banyak, tapi siapalah dia untuk menilai diri dia, cuma budak kecil yang hanya menangih simpati untuk orang jaga dia

Irfa said...

sama macam kak ummi..setuju sgt apa yag kak ummi tulis
(taknak la berjanji macam2..)tapi
kalau saya kaya,saya nak buka @ bantu je rumah2 yang bela anak yatim dan terbiar ni..kalau macam tu perangai mak yaya,tak tahu la camner nasib dia nanti.nauzubillah.
hantar rumah anak yatim tak boleh ker?

oren said...

saya pon setuju mcm apa yg kak ummi cakap..

kalo dah tak suka, hntr gi umah anak yatim jek lah kut?