Tuesday, October 27, 2009

alhamdulillah....

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah saya baru jer balik rumah semula. Bermula sabtu pagi hari tu saya keluar masturat [wanita] jemaah tabligh untuk 3 hari.


Kami semua iaitu asalnya 28 couple yang azam untuk keluar dakwah 3 hari berkumpul untuk dengar bayan hidayat di Taman Seti Bayu Senawang. Tapi atas berbagai masalah ada beberapa couple tak terpilih untuk keluar pada kali ini.


Rasanya kesemua yang hadir hari tu 25 couple, dipecahkan kepada 4 jemaah. Ke Branang, Ampangan, Senawang dan jelebu.


Jemaah kami 5 couple ke Taman Irama, Jelebu. Ke rumah pasangan guru. Yang ada dalam kumpulan ni, seorang sahaja yang saya kenal rapat sebab dia pernah keluar awal tahun ni di rumah saya. Kak Ita dari Bandar Baru Nilai.


3 lagi tu dari seremban juga dan saya kenal semuanya cuma tak berapa biasa maklumlah saya tak bergaul sangat dengan isteri2 orang tabligh ni melainkan beberapa orang yang saya sesuai. kak ita [baru 2007 berhenti kerja dari syarikat luar negara] dari Nilai, kak Jun [tukang urut], kak Ani [dulu pemilik salon], kak Nab [surirumah], dan sorang lagi yang joint sepenuhnya 3 hari adalah kak Syikin [dulu kerja bank tapi sekarang adalah pemilik bengkel tempahan biskut dan kek]...dari pemerhatian saya kalau Allah nak bagi hidayah berbagai2 cara, semua atas pilihan Allah belaka...



Tapi akhirnya kami bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah, kerana usaha atas iman dan niat menegakkan agama Allah ini dan alhamdulillah kami semua satu kepala. Di pihak isteri saya yang paling muda tapi di pihak suami, pak haji plak paling tua....


Yang saya nak tekankan di sini, rumah pasangan yang kami keluar ni dua2 guru, guru bahasa Inggeris dan guru mathematik. Anak 9 orang, yang sulung 20 tahun di UIA [juga seorang hafiz quran] dan yang bongsu 8 tahun .


Rumahnya masyallah, betul2 hanya ada benda asas sahaja. Terkejut sangat2 saya bila masuk. Tidak lebih langsung. Sebagai guru saya rasa dia jauh dari mampu, bukan untuk bermewah tapi sekurang2nya macam apa yg kita-kita ni ada...sebab dua2 bekerja pulak tu. tapi tetap memilih hidup sederhana dan qanaah dengan apa yang ada.


pinggan mangkuk periuk belanga secukupnya sahaja. Begitu juga perkakas dapur, perabot tak perlulah cakap. Yang ada diruang tamu hanyalah dua rak buku besar. Satu meja kecil buatan tangan dan satu meja besar juga buatan sendiri. Dapur pula ada dapur gas dua tungku diletak atas meja buatan tangan dan sebuah peti sejuk dan sebuah almari pak awang serta satu rak pinggan. Sebuah mesin basuh. Insaf sekejap saya.


Sungguh. Itu sahaja yang ada dalam rumah tu yang saya nampak. Gayanya macam orang baru kawin setahun dua. Walhal anak dah 9 orang. 5 anak yang teratas ada yang dah tahfiz Quran, seorang di maahad gemenceh, sorang di institut tahfiz gemenceh, sorang di madrasah ulu langat, seorang di madarasah Batu berendam dan mana lagi ntah....hebat mujahadah sungguh mereka...dan mampu didik anak 9 orang dengan hidup sederhana ikut cara sunnah...


Mudahlah penghisaban mereka agaknya...takde banyak benda dunia dalam kehidupan mereka. Anak2 semua dididik dalam agama [yg di UIA tu masuk melalui Darul Quran Jakim]. Wang yang lebih diguna untuk keluar dakwah ke negara jauh, dua tahun lepas pasangan ini ke Pakistan. Biasanya pasangan2 dalam tablih ini akan ke mekah dahulu selepas itu baru ke negara2 jauh buat dakwah.


Iman sesungguhnya bukan diwarisi dan bukan senang diperolehi. Bagaimana nak tambah iman yakin dalam diri? Kita kena sentiasa besar2kan Allah dan hidup dalam sunnah. Belajar cakap iman dan cakap kebesaran Allah. Yakin yang Allah berkuasa makhluk takde kuasa langsung. Bukan kerja dan gaji beri kita duit. Bukan makanan yang kenyangkan, bukan suami yang bagi bahagia [ingatan utk saya], semua dari Allah.


Amalkan hidup ikut sunnah. Apa yang nabi tak buat jika mampu kita elakkan. Setiap masa, tenaga, harta yang kita habiskan utk benda yang lagha akan dipersoalkan nanti. Sebab dalam setiap sunnah walaupun sekecil2 sunnah ada kejayaan dalamnya yang dijanjikan Allah.


Apa kita nak jawab kalau kita ditanya dalam kubur nanti. Pada ketika itu mulut yang petah berkata2 juga tidak akan dapat menjawab walaupun kita hafal soalan2 dalam kubur sbagaimana kita menghafal nota untuk exam. Yang akan membantu kita nanti adalah amalan yang kita bawa, doa anak2 yang soleh dan sedekah kita [sedekah juga sangat luas perbahasannya boleh rujuk buku fadhilat sedekah].


Yang boleh beri syafaat adalah Nabi. apakah kita akan dapat syafaat nabi jika kita tidak ikut sunnah. Sunnah dalam mendidik anak, sunnah dalam berpakaian, sunnah dalam amalan, sunnah dalam munakahat dan muammalat...yang juga boleh beri syafaat adalah anak2 yang hafiz/hafizah...adakah kita telah bersedia dan menyediakan anak2 kita untuk menjadi hafiz/hafizah....


Kalau kita rasa ragu2 maka yakin kita dengan janji2 allah masih kurang...kalau kita yakin yang dengan menghantar anak2 kita belajar ilmu dunia akan bawa kejayaan kepada kehidupannya dunia akhirat maka kita perlu tanya diri kita....adakah lupa yang dengan mengamal sunnah kejayaan akan datang dalam genggaman...dulu saya agak skeptikal tentang ini...namun bila melihat semakin hari semakin ramai kejayaan anak2 karkun yang dihantar ke madrasah2 ini dan kemudiannya menjadi hafiz/hafizah dan kemudian terus mereka menyambung akademik dan mengambil jurusan tertentu seperti perubatan/pharmacy, kejuruteraan...maka saya yakin bahawa aturan Allah untuk memberi kejayaan adalah atas yakinnya kita dengan janji2 Allah...pelajaran dunia ini sangat mudah dan dihujung jari sahaja bagi anak2 ini selepas mereka menguasai hafalan quran....



Saya sangat bersyukur kerana Allah sangat sayangkan saya. Tandanya saya yang sentiasa lagha ini masih diletakkan dalam suasana agama, tetap disubukkan dengan kerja2 agama, dan nikmat hidup dalam suasana agama ini sangat besar apabila kita dapat taat perintah allah. Sebab yang akan kita bawa bila mati nanti adalah amal...kita kena yakin sungguh2 yang setiap amal perbuatan didunia ni ada ganjaran disediakan baik yang buruk mahupun yang baik...



Kita umat islam yakin dengan janji allah tentang kehidupan selepas mati. Tapi adakah kita usaha untuk fikir risau tentang kehidupan disana sebagaimana kita fikir risau tentang kehidupan dunia yang memang tidak pasti ini. Kalau kita bekerja bermati-matian dan dapat duit banyak dan senang pun hanya dalam 60-70 tahun, dan kalau kita susah pun adalah dalam 60-70 tahun juga. Semuanya sementara, yang kekal adalah kehidupan di sana nanti.



Kita akan melalui perjalanan yang pasti, perjalanan selepas mati, kehidupan hanyalah antara alam rahim dan alam kubur...sementara sahaja. Untuk perjalanan yang pasti ini kita kena ada fikir risau, memikirkan apa suasana dalam kubur, padang mahsyar yang memerlukan 50,000 tahun mendaki dan 50,000 tahun menuruni, dikala itu seorang ibu yang sgt sayang anak yang dikandung dan dilahir, disusui dan dipelihara pun sanggup memijak anaknya untuk mengelak memijak padang mahsyar yang panas mengegelegak...maka jadiknalah dakwah maksud hidup sebab dakwah adalah maksud hidup nabi sehingga semua yang ada didunia ini dapat hakikat kalimat syahadah....Nabi satu ketika melihat mayat seorang yahudi diusung kekubur dan nabi menangis, sahabat bertanya kenapa nabi menangis, Nabi menjawab, hakikatnya beliau bukan diusung kekubur tetapi diusung ke neraka" nabis edih kerana tak sempat nak dakwah sehingga yahudi tersebut mati tanpa iman....


Justeru kita kena ada fikir risau dalam hati melihat jiran, sahabat, kawan, keluarga dan seluiruh umat yang masih dalam keadaan tanpa iman, kalau jika ada iman pun hidup tidak dalam suasana iman...kita kena ada rasa risau melihat sekeliling kita ramai yang mati terkejut...sempatkan mengucap kalimah...adakah mereka bakal penghuni neraka...



Wassalam

6 comments:

MOKCIK AZWA said...

Terkedu mokcik membaca entry nie...memang iman kat dada masih nipis senipis kulit bawang...huhuhu

pasal entry sebelum nie..hehehe...rajinnya salwa melayan pertanyaan hani. mokcik pun mati kutu juga bila kena soal soalan nie..huhu

Hanisumayyah said...

Azwa...


Saha buat entry gitu untuk ingatan pada diri sendiri...baru2 balik ni ok ler lepas2 ni turun naik gak...


Ohhh,,saya memang suka melayan anak dara tu cakap khususnya topik2 baru ni...suka tengok reaksi dia..

Pnut said...

wa...saya nak komen kat entry yang lepas tu? bab gaya anda di rumah tu?? eheheh memandangkan blog wa selected reader je baca..saya nak komen bab ni..eheheh

saya kalau di rumah memang simple.. tapi kalau udah malam, anak-anak dan maid dah tido.. mmg berseksian untuk suami..ahahahah hasilnya lumayan...ehehhehe

adoi la... abeh keluar rahsia..

skrng mudah, nak beli lingerie seksi-seksi utk suami online je, tak payah tebal muka pilih kat kedai.. order je, bayar dan barang sampai...ahaks..

Irfa said...

saya tumpang baca jer..x tau nak komen pun.tp mendapat manfaat dr tulisan akak.terima kasih

Luna said...

hari tu sy dgr kuliah ust kazim alias, kita ni jarang yg bercita2 nk masuh syurga atau nak jumpa Nabi kat syurga. cita2 kita smua keduniaan saja.

ustad tu buat lawak dia tanya 'eh x teringin ke nak jumpa Nabi...sahabat nabi yakni Annas Bin Malik pun kalo ada kesempatan mesti dok peringatkan nabi, nanti kalo masuk syurga jangan la lupa kat saya ni...' tengok, sahabat nabi yang hari2 dengan nabi, ikut cara Nabi pun masih risau takut x dpt syafaat Nabi. Yang kita ni???

seronoknya akak, dpt peluang buat pahala camtu...

dunia ni x de apa...smuanya penipuan..janganlah sedih kalo x dpt apa yg org lain dpt. (ni peringatan utk saya ni..)

Hanisumayyah said...

Pnut...


Malulah nak pakai lingerie nie..bdana dahlah selambak..buat gelak dek pak haji jer...tapi takpe ni tengah ushar web yg jual lingerie nilah...aduhai mahallah pulak sampai 100++ yer...sayanglah pulak duitnya...


Irfa...

sama2 kita dapat manfaatnya...


Luna...

Luna...

Tulah akak syukur juga disaat iman dan amal lemah dan asyik merosot dapat top up bila keluar ni terutama bila tengok isteri2 lain yg jauh lebih mujahadah dari akak tapi amal tip top...seharian asyik cakap2 iman takde langsung yg cakap hal lagha ni...rasa kerdil sungguhlah akak ni...