Sunday, November 1, 2009

Setelah 8 tahun keluar masturat....

Assalamualaikum w.b.t



Setelah 8 tahun saya 'istiqamah' keluar dakwah 3 hari dalam negeri sembilan dan melaka, jadiknya Nov ni pak haji cadang bawa saya keluar 40 hari pula dalam malaysia jer...belum mampu lagi nak ke luar negara apatah lagi negara2 jauh.


Hari ni ada 4 orang masturat bersamaan dengan 4 couple yang sangat saya kenal dan biasa, bertolak ke Markaz Seri Petaling dan 5 Nov nanti semua akan terbang ke South Africa.


Kak Huda, ahlia [isteri] Hj Isham Shah, Kak Zie ahlia Hj Latif aka jiran saya, Kak Za ahlia Hj Hashim dan kak Sal Ahlia Hj Hasan....semuanya tegar2 tu...dan semua tu asalnya bekerja dulu...


Semuanya dah istiqamah keluar 3 hari setiap 3 bulan, 40 hari setiap 3 tahun dan ini pertama kali mereka keluar 2 bulan negara jauh.


Saya tulis kat sini sebagai peringatan dan motovasi untuk saya juga. Bagi yang tak tau dan rasa takde apa2 makna saya tak kisahlah...bagi saya Ya Allah memang mereka ni betul2 Allah pilih untuk keluar jalan Allah.


Bukan senang nak dakwah orang2 tapi sebagai sunnah yang utama kenalah kita belajar buat dakwah ni sama2 suami.


kakak2 yang nak pergi ni, kalau kita berbual dengan merekalah kan, tak payahlah harap nak cakap merepek merapu bukan2 hal dunia yang tak penting!



Berbual dengan mereka akan menjadi pelik bagi mereka yang merasa asing untuk bercakap hal agama. bagi yang biasa cakap hal lipstik, baju, kasut, handbag...kalau berdepan dengan mereka akan merasa kerdil dan merasa oh kenapa aku teruk sangat ni! Dulu saya macam tulah..rasa asing sangat dikalangan mereka ni...eh sekarang pun masih ada juga perasaan macam tu...


Melihat mereka pun saya dah rasa semacam, selalu saya hanya akan diam dan dengar dan biarkan yang lain sahaja yang bercakap. Sebab mereka selalunya akan cakap2 pasal iman, kebesaran Allah, tentang kisah sahabat dan sahabiyah..tentang usaha2 dakwah serata alam [beri laporan pengalaman mereka keluar ke India, Pakistan, Bangladesh dan seluruh Malaysia]



Kadang2 bukan cerita luar biasa yang diceritakan, antara kami selalu cerita biasa2 jer...pasal susah payah sahabiyah, cerita perihal syurga dan neraka, cerita tentang masalah umat hari ini yang imannya setipis kulit bawang....kisah kebesaran allah melalui ciptaan makhluk dan tumbuhan di muka bumi ni...juga cerita tentang pentingnya hidups ederhana dan didik anak secara sunnah....



Cuba kita belajar cakap2 benda macam tu, mula2 memang rasa susah sangat....macam saya memang rasa macam lucu jer nak cakap hal2 agama dan iman dengan anak sendiri. Tapi selalunya kita mulakanlah dengan benda2 ringan dulu...bagitau anak yang bagi kenyang Allah, yang bagi sihat Allah bukannya ubat ataupun doktor...yang bagi manfaat pun allah dan yang bagi mudharat pun allah....



Kalau nak minta susu tu, suruh anak doa dengan allah dulu....anak nak minta apa2 pun cakap dengan anak doa dengan allah dulu...macam tulah mula2 kalau nak bina iman yakin dengan allah..nak tanamkan dalam diri anak yang Allah berkuasa makhluk takde kuasa.


Kakak2 tadi tu, saya merasa juga sesekali ke majlis ilmu yang mereka ada, kalau tengok pada amal mereka, hishhhh rasa lagi diri ni kerdil. FYI masa kami keluar masturat sebahagian besar masa kami memang kami belajar buat amal....habiskan zikir 300 pagi 300 petang, buat semua solat termasuk semua solat sunat yang mampu. Membaca quran dan membuat halaqah Quran [hafalan surah juz amma...dan betulkan tajwid] serta muzakarah berbagai2 tajuk..muzakarah didik anak cara sunah, muzakarah 6 pesanan buat wanita dan muzakarah kepentingan majlis taklim [baca hadith] di rumah....



bagi yang dah tegar dalam buat usaha ni, mereka memang taat amir [ketua yg dilantik masa kami keluar masturat], kalau program kata tido jam 11 [tutup lampu] memang meraka tido dan bangun pulak memang seawal 3/4 pagi untuk tahajud, taubat dll...pastu menunjukkan hati mereka lembut memang dalam tahajud tu mereka akan doa sungguh nangis2 supaya Allah bagi hidayat pada umat seluruh alam dan bagi mudah kerja dakwah...


Bukan dalam solat jer mereka ni nangis2 tapi dalam bayan [syarahan yang disampaikan kaum lelaki] pun mereka nangis...memang lembut betul hati mereka ni, kadang saya jeles betul dengan mereka ni w.pun hanya dengar susah payah sahabat buat dakwah pun mereka dah boleh nangis2...tak jadik kepelikan juga tau lelaki yang bagi bayan menangis masa doa dihujung bayan mereka tu. Lelaki2 ni yg gagah perkasa tetapi insyaallah bila buat dakwah meraka mampu menangis umpama hamba yang fakir ditengah malam minta belas kasihan Allah...saya pun kalau yg bagi bayan tu nangis saya pun nangis jugaklah teringat dosa2 pada allah dan pada suami khasnya..indah jer perasaan tu...


Masa keluar masturat, kami isteri2 ni kena ikut tertib dimana semua kena memakai jubah dan hijab warna hitam. Semua ditutup tanpa ada satu ruang pun yang terdedah. Muka pun tutup tau....dulu2 pelik juga saya.....tapi bila dah ada dalam jemaah ni saya rasa memang satu keperluan untuk tutup semua ni...supaya tidak timbul fitnah...tangan pun kena pakai sarung tangan tutup penuh, kaki lagilah kan....


Walaupun tutup 100%, tapi takdelah tak nampak jalan, tutup dengan menggunakan kain hitam yang jarang. Semasa keluar ni, rumah yang kami keluar ni akan ditabir penuh tanpa ada ruang yang boleh dilihat oleh orang luar. Antara lelaki dan wanita pula ditabir...dengan dua lapisan tabir...memang bayang2 lelaki yang bagi bayan tu pun takkan nampak......


Semasa keluar juga dibolehkan berjumpa suami tapi takdelah jumpa kalau takde hal, dipanggil sessi mulakad. Selalunya yang jumpa tu, samaada dia bertugas khidmat masak so suami akan beli lauk2 untuk dimasak dan hantar dan semasa suami/isteri bertugas memberi laporan. Setiap hari, laporan dari masturat kena diberi pada pihak lelaki. Berapa ramai yang datang semasa program, berapa ramai pula yang azam untuk keluar 3 hari, 40 hari, 2 bulan....dll. Dan masa keluar ni, nama kita sendiri takkan dipanggil...kalau ada sessi mulakad, hanya nama suami jer disebut...macam kalau suami saya nak panggil saya nak jumpa atau ada apa2 ker...dia hanya akan sebut.."Ahlia Sidek"....macam tulah...sebab nama ni pun boleh jadik fitnah...kang nama terlampaus edap pulak..terbayang2 plak suami orang lain...


Malam kalau tido pun aurat isteri2 tu berjaga, tidur dengan bertudung tau...yerlah mana tau kalau dedah2 tudung nanti nampak rambut nampak buah dada montok semua...balik citer kat suami pulak..so masa keluar nipun aurat kami antara wanita memang dijaga tertibnya....dan ahlia2 [isteri2] ni banyak yang lawa2...yerlah muka badan semua bertutup, memang nur tu akan ada...dengan tahajud tak tinggal...memang bila kita yang biasa2 ni tengok akan terkesan...terasa macam ...'oh..patutlah suami sayang dia...bersih kulitnya, bersinar matanya..." banding kita yang terdedah ni pulak rasa cam kusam jer muka...takde cahaya...walhal kakak2 dan adik2 ni bukan pakai penjagaan muka yang mahal pun...


MAsa keluar ni jugak setiap hari akan ada program yang dimesyuaratkan oleh pihak suami dan masturat hanya ikut sahaja. Masak akan dilakukan oleh isteri mengikut giliran...ada tugas khidmat[masak], istiqbal [sambut tetamu yg datang], karkuzari [beri laporan]....dipihak suami pun sama, kalau kita khidmat masak, suami pula yg kena beli lauk. Duit belanja makan semua akan dicollect dari suami setiap hari RM10...barang2 tuan rumah takkan digunakan utk masak,s ebab jemaah akan bawa dan beli sendiri. Hanya tumpang rumah tuan rumah jer..tu pun hanya 3 hari sebab hak tetamu mengikut sunah hanya 3 hari jer...



Insyaallah petang ni saya akan ke majlis taklim mingguan di taman sebelah, lamaaaaaa [rasanya 2/3 tahun] asya tak pergi majlis taklim ni, rasa malu pulak. Penting juga ke majlis taklim mingguan ni supaya kita ada satu fikir dengan suami dalam usaha dakwah ni. Dan jumpa ahlia2 lain dan mendatangkan ghairah kita buat amal...


Majlis ilmu macam majlis taklim ni akan dicari2 malaikat...mereka berbondong2 akan datang bersama2 menyertai majlis ini. Dan dari langit majlis seumpama ini akan dilihat umpama bintang yang bercahaya di langit....dikatakan majlis2 ilmu ini dapat mengahpuskan 100 majlis lalai. dan dikatakan Allah akan memberi ketenangan dan keampunan pada peserta majlis ini. banyak lagi kelebihan majlis ilmu...


Tolonglah doakan saya diberi kesempatan Allah untuk keluar 40 hari masturat november ni...dikatakan mereka yang keluar dijalan allah ini dipilih selepas melalui 70 kali telekan malaikat....dan mereka yang dapat keluar bertuahlah sebab terpilih berbanding mereka yang berada dalam majlis lalai ataupun berada di tempat lagha...


Wassalam

No comments: