Thursday, April 15, 2010

Sakit jiwakah aku?

Assalamualaikum w.b.t



Saya kan kalau marah kat hani, rasa marah tu tak boleh control tau. Masa baik memang saya baiiikkk sangat. Tapi masa jiwa kacau rasa memang nak cekik2, nak picit2 nak bagi pelempang jer rasanya!


Saya tak taulah mak2 lain tapi saya rasa banyak mak yang ada jiwa kacau macam saya ni. Samaada boleh kawal dengan tidak jer isunya.


Okay, jangan bagi nasihat kalau awak ada anak 4,5 orang. Situasinya tak sama yer.


Anak seorang ni pun bukan isu tapi saya rasa macam bosan amat sangat dan rasa macam jemu dan malas nak layan kerenah dia. lagi2 kalau dia taknak dengar cakap saya! Memang hangin satu badan!


tapi jiwa kacau ni takdelah hari2...tapi makin hari makin teruk lah jiwa kacau ni.


lagi2 kalau ayah takde. Bosannya! Bosan nak layan kehendak dan keperluan dia.


aya taulah kanak2 ada keperluan tertentu. Tapi tulah saya tak bernafsu dah nak buat semua tu...


Macam petang tadi, dia nak ajak singgah makan. Saya pulak taknak, saya puasa saya nak balik masak sebab dah beli stok makanan banyak utk dimasak.


Pastu saya cadangkan singgah petronas beli makanan macam roti, biskut, keropok ker...tapi dia tarik muka, tak nak.


Kenal sangat dah dgn Hani kalau taknak means memang dia takkkan beli apa2.


So saya yg dah park keter keluar balik. Sudahnya dia menangis sedih sebab dua2 melepas, tak dapat makan (dia nak bihun sup) dan tak dapat beli makanan.


Dalam hati saya nak bawa dia makan ani sup utara dan saya nak ke Mydin beli yogurt dan air lassi.


Dia plak sepanjang jalan menangis mengongoi2...saya apa lagi?


Berleter dan tengking2 dia jerlah....masa ni dalam hati saya memang geram sangat....geram sesangat!


Perut lapar, program dah lari, masak tak dapat, mana nak buka puasa lagi, nak maghrib lagi. Eiii geram betul!


Tu jerlah malas nak citer lagi....saya memang jiwa kacau.


Semalam boss sound saya...adalah silap sikit saya buat, dia sound thru sms jer....ingat kan betul salah besar ker...


Tup2 malamnya boss no 3 call bagitau KP suka dengan tect yg saya buat tu...


oh ya, saya skrg jaga satu sistem yg kita panggil key communicator...setiap hari saya akan send sms thru sistem ni pada nombor2 yg dah di key in tentang perkembangan semasa kes, apa2 pengumuman dan tangkapan atau apa2 jerlah..macam quotes daro sapa2 tntg rasuah...


Key communicator ni yg dah didaftar termasuklah semua peg SPRM, panel2, politician, media, org awam yg berdaftar dengan Frenz Of MACC....


Semalam saya ter send satu paragraph pasal keputusan kes, ada silap sikit, sy mentioned pasal denda dan penjara...patut saya highlightkan pasal hukuman terlama tempoh (8 tahun) yg tak pernah setakat ni hakim jatuhkan tempoh selama tu w.pun mac hukuman rasuah 20 tahun....bila dato' dappat sms saya dia sound lah balik apasal tak bagi prioriti pasal tempoh hukuman tu...saya just say sorry jerlah....pas tu dia balas macam bengang jer....



Tapi malamnya KP puji pulak kata bagus...dia suka, sebab dua hari ni saya key ini berita pagi petang thru sms tu....dah 3 hari tak key in berita sebab sistem down dan saya plak ke court case...


pagi ni boss tu cam tak peramah seperti biasa...saya dok dalam bilik jerlah buat kerja2 sendiri...lepas rehat tengahari saya e mail terus deraf ucapan KSN pada dia, sekejap dia check dan edit terus suh hantar ke pejabat KSN. Okaylah tu....silap sikit apa ada hal kan?


Tu yang jiwa kacau tu....lagipun tengah sibuk urus program terbesar sejak saya tukar sini iaitu 'kempen perangi pemberi rasuah" yang akan dilancar oleh KSN...


Tu jerlah...


Wassalam

No comments: