Assalamualaikum w.b.t
Sekadar luahan
Tak abis handle crisis
Dan buat damaged control
Kes Teoh Beng Hock
datang satu lagi
manusia pi pilih nak terjun dari bangunan MACC
pada masa ni xtaulah kena tunggu siasatan polis keluar
Tapi dari sumber sah
Dia yg terjun
saya seharian masa hari berkenaan dok di Pejabat SPRM KL
Team kami yang prepare kenyataan media, jemput media dan handle sidang media
Petang jam 5 meeting bergerak ke akademi jalan duta
Meeting dengan KP, Dato Syafee, pengarah siasatan
Pengarah Dasar, ketua unit komunikasi korporat
meeting sampai malam
Dua orang team kami di HUKM, tunggu laporan bedah siasat
KP dengan kami standby tunggu pengarah SPRM KL dari HUKM bagi green light
KP nak jumpa isteri simati
tapi isteri simati xnak jumpa
DIkhabarkan beratus orang dah standby kat HUKM, orang kastam
Masing2 marah dengan SPRM, kata kami bunuh Sarbani
Saya diarahkan prepare satu lagi kenyataan akhbar.
KP ucap takziah kepada keluarga simati
selesai prepare PR, dato' syafee check, tukar2 ayat jadik ayat lawyer
KP lak check tukar lagi
ketua unit komunikasi korporat lak check, tukar lagi
Jam 8 blast ke media
Jam 9 KP janji dengan KP kastam (dari kenyir) akan ke HUKM melawat keluarga si mati yg standby
tapi at last KP dinasihat xpergi sebab bahaya keselamatan xterjamin, huru hara
2 team kami kat sana report thru BBM, akhirnya mereka standby kat coffea house hotel jer, KP xdibenarkan pergi
Perjalanan malam yang panjang
Mendebarkan, boss semua muka ketat
bincang panjang lebar kronology kejadian
yang saya tak boleh reveal kat sini
KP suar tinggi, pengarah siasatan muka kelat
TKP Operasi (Dato Shukri) naik angin dan menjerit bila tau ada yg terjun lagi
Siangnya masa kat SPRM KL, IO case dah down giler....stress tekanan hebat
Malah tak boleh diinterview..terkejut beruk!
Sampai malam tu dato Syafee cadangkan pegawai2 SPRM perlu diberi khidmat kaunseling
Kena ambik kaunselor khas dari JPA sebagai perjawatan tetap selepas ni
Sebab tekanan kerja dah diluar kawalan
Malam tu kami masing2 dengan satu lappy monitor blog twitter, apa sahaja yg online
nak tengok dna analisis sejauh mana laporan media
Kebanyakan semua menyalahkan SPRM......sangat down masing2
letih urus dan buat crisis management kes TBH tak selesai lagi
Esoknya dah jangka huru hara
Esok buat lagi kenyataan media,
Dua pegawai ditahan kerja....
Asalnya on paper jer buat....tapi KP sangat pandang serius
2 pegawai tak bersalah jadi mangsa....
hari khamis jumaat, melayan pannggilan media tak henti2 call
Sebelum tu kami sibuk keluarkan kenyetaan media dan atur sidang media kes operasi kastam 3B
tak habis blast 3B dah satu hal pulak
Facebook kami, saya sebagai admin teruk kena serang dengan staff kastam
sudahnya terpaksa buat akaun dummy saya dengan miss sinar jawab balik
Mujur sekarang dah ada juga pihak2 lain tolong jawab dan sokong SPRM
Jumaat masih haru biru, prepare kenyataan media dari dato shukri yg kami xkan bertolak ansur,
Akan tegas untuk teruskan siasatan ops 3B, dato tak puas hati nak tambah lagi lastly tak blast pun kenyataan media tu
Pada masa sama prepare juga kenyataan media untuk TKP satu lagi bahagian pengurusan dan profesional, dato' Zakaria
Pasala aspek keselamatan dan rekod statement aras bawah
jenuh cari sana sini pekeliling dan arahan tetap ketua pesuruhjaya
Terus buat sidang media jumaat petang tu jua.....
Sabtu seharian pening kepala, letih seminggu
Ahad pagi2 boss dah bbm suh compile story utk 3 hari
Pasal kematian kastam ni
Punya banyak paper yang masuk tebal giler story untuk 3hari
Syukur kami memang bayar sati company utk monitor story MACC
Media Monitors, yang dibayar lebih Rm5k sebulan
Maka senang juga dan jimat masa, just print dari email
kami memang setiap hari pagi dah petang akan terima email
Kami bukan sahaja dibekalkan blackberry sorang satu
Tapi jam 8 sharp semua berita hari berkenaan akan diterima thru email
Semua berita pasal SPRM juga beberapa key word yang dah ditentukan
So pagi2 memang kerja kami baca berita yang ada sebut SPRM, corruption, rasuah, dll
Dan tanggungjawab kami analisis berita dan kalau ada percanggahan fakta on the spot prepare note to editor atau buat kenyataan akhbar jawab isu berkenaan
Tu sebab SPRM sangat cepat bertindakbalas kalau ada certain isu yang timbul
Cuma sesetangah isu dalam siasatan memang tak boleh jelaskan lah terikat dengan undang2
Sampai JPM dan KSN puji sangat SPRM punya korporat comm, dipanggil boss saya preent depan semua jabatan under JPM
kami ada macam2 saluran dan medium bagi sampaikan maklumat dan mesej....
yang jabatan lain takde kdanga2 ada tp xdimanfaatkan sangat
tulah dia tugas saya sekarang, sebagai pegawai perhubungan awam, boss saya sebenarnya pegawai perhubungan awam saya no 2
Tapi apa2 panggilan yg masuk dalam SPRM saya yang entertain...sebab boss saya sangat sibuk
Orang kuat KP dan sentiasa hadir semua mesyuarat besar2
Saya pun dah terdedah dengan mesyuarat2 besar ni
Terasa kerdil sangat bila meeting dengan org2 besar
Macam last week kena meeting dengan Michael Harshman pengasas CPI
Pastu turut hadir, dato2 belaka dari PEMANDU, NKRA dan dato2 dalam SPRM sendiri....
Saya lah yg paling kerdil
terasa lagi kerdil sebab semua perbincangan level tinggi and dalam english
satu english memang tak power pastu dapat lak bincang isu2 international
Macamana nak pastikan CPI malaysia diperbaiki dalam amsa 2 bulan sebelum CPI diumumkan ni
Pemandu dengan ideanya, NKRA pulak dengan idea lain...
Yang SPRM berbuku jer tengok
Pasal pemandu dengan NKRA ni semua political post
yang cakap teori pandai tapi praktikal xkemana
Jenis pandai taichi
Jenis kalau boleh semua nak serah kat SPRM buat
Huishhh panjang citer meeting tu...mmg high level punay discussion lah
Boss saya gi klinik, ni kali ke berapa dah saya kena ganti dia meetig kat bilik KP
kesimpulan saya memang tak sedia lagi handle benda2 ni semua
Berapa kali boss provok suh saya jadi ketua korp comm
Sata kata saya boleh jadi pengikut setia tapi bukan boss yang bagus
takper salwa saya ada untuk bimbing awak...jangan risau
Boss saya nak ditukarkan ke cawangan antarabangsa
takde maknanya dia nak bimbing
kalau dah cawangan antarabangsa sure ke luar negeri jerlah gamaknya
Sebab banyak paper MACC dijemput bentang di negara luar
MACC sangat diiktiraf di luar negara dalam negara jer dikutuk bagai....
Aghhhhh...melalut dah....
Apapun sekadar lepaskan perasaan tension
Sekali pikir nak masuk unit pendidikan masyarakat jer...cam senang jer bunyinya
tapi xtaulah dilepaskan ker tidak?
Hari kerja tak cukup kaki tangan
2 orang dah duduk 8-5 di mahkamah jalan duta
Tweet utk kes RCI Teoh beng Hock, dalam dua versi englih dan malay
SIla follow twitter @SPRMMalaysia
pastu portal pun kami handle semua berita dari satu malaysia
and then kes keputusan, pertuduhan dari satu malaysia
Yang mana ni rutin everyday, setiap keputusan dan pertuduhan kami juga yang sediakan pres release
kalau anda baca berita rasuah dalam paper tu, saya rasa setiap hari ada beritakami
Hah tu semua kami ler yang buat berita tu....
yang mana dekat2, shah alam, jalan duta, seremban...saya hantar satu team buat coverage
Pastu dari court mereka akan terus hantar story kat saya dan saya edit story dan blast pada media, at the same time team tu akan upload ke Youtube
kami buat style pakej, nak dapat berita airtime percuma di media bukan senang
Tu sebab kami susah payah ediakan berita dan visual jugak untuk sayarikat2 TV ni
Selain hantar story, kami hantar gambar statik, hantar video
kalau mereka tak sempat cover boleh guna visual kami yg diupload ke youtube
kerja mau cekap dan pantas...tu sebab berita SPRM selalu (hampir setiap hari) akan masuk berita baik di paper mahupun di berita TV, tu semua kerja team saya lah tu....
Tu yang hari kerja memamg sibuk giler...dah macam bilik berita
Tu tak masuk mewar2kan kes2 yg untuk pertuduhan, keputusan dan kes bicara....
Tu semua kena alert kan media.....jemput media, kerja kami juga
Kadang media banyak sangat kes dia tak cover kes kita, so kami akan hantar jemputan peringatan dan bagitau pasal kes kami akan dengar atau kes akan tuduh @ keputusan
Dah lepas kes, kami hantar kenyataan media pulak, mana tau mereka tak hantar reporter buat coverage
banyak kerja kami ni....tulah yg sibuknya
Alhamdulillah dalam kesibukan tu saya terlupa masalah
tapi kadang duduk2 tu termenangis juga
Dan malam tadi tak boleh blah, siap mimpi bagai...
Mimpi kan pak hj....tak taulah apa tandanya....
Wassalam
9 comments:
Syabas Salwa, bila baca kisah Sarbani terus teringat pada Salwa. Tentu sibuk siang malam lagi nak handle kes ini...
Tentang kerja, kdg2 org lain nampak potential kita tapi cuma kita yang tak yakin...apa kata Salwa explore your potential dengan lebih mendalam dgn bimbingan boss Salwa.
Tentang Pak Haji, jangan buang karan dan airmata memikirkan orang tua tu. Tak ada faedahnya... Lest your life akan back to the same cycle. Buat apa? Put a stop to the old cycle and start a new life...you can do it.
Saya faham kesibukan wa..
ehehehe bila baca fb sprm, kesian juga kaw-kawan sprm kena.. saya dok fikir, sure salwa tension...
kesian awak.. taper..nanti kita pegi outing ek.. kita bako...kita bakorrr... bakor... bakor lemak...ehehehhe
Keep up the good work. You have what it takes to be a very good and successful professional. Buang rasa rendah diri, kesangsian dan kurang confidence jauh-jauh. Orang boleh nampak kehebatan dan potential dalam diri salwa, so teruskan, build your confidence. I know you can do it.
keep it the good work salwa.. jangan ragu ragu... teruskan usaha.. lupakan pak haji tu..
Adus..dalam sedey2 pun mokcik tergelak gak dgn kenyataan Pnut tu hahaha...
kita bakorr kita bakorr
Yang mokcik tensen tu kan..naper la pilih SPRM untuk pi bunuh diri..pi la terjun kat shopping mall ker aper ker..tapi, on the other hand, we must learn from past experience supaya perkara ini tidak berulang lagi.
akak ada a few cases melibatkan SPRM ni Salwa..yg akan coming up soon kes fitnah Rosli Dahlan huhuhu...
Take care dan teruskan berkerja untuk membanteras rasuah. Dr. Celemans ada untuk beri kaunseling dan motivasi pada pegawai SPRM kan..
betul la..nampak je perkataan sprm mesti nama kak wa terlintas kat kepala..sy yg baca pun pening :-)
Azwa, dr celemans tu bagus kan
Tertarik lak dengan Dr Celemans tu...camana kenal dia? Kalau dalam SPRM ni popular lah....tp ada lak yg kata Dr tu meragukan..entahlah...
Zar, Salwa... sebenarnya azwa tak pernah dengar dia berceramah pun. Kami berkenalan [chewahhh..ayat..hehehe] masa menunggu nak naik belon yang delayed.. dah namanya penceramah, memang dia peramah pun hehehe. Boleh masuk cerita tu sebab dia pun pernah serve kat Sabah dulu.
Lain perihalnya, tak tahu la pulak azwa.
Post a Comment