Assalamualaikum w.b.t
Very busy lately
Sangat2
Entah apa di busy?
Saya perasan sejak 3 bln ambil alih unit korp comm ni
Saya jadi macam orang bodoh pun ada
Sebab lagi banyak benda kita kena tau
Lagi rasa macam tak tau
Now rasa tersepit sangat2
Tersepit dgn suasana sekeliling
Yang selama ni saya 'malas' nak fikirkan
Tapi sekarang 'diasak' dan 'dpaksa' utk saya fikir
Saya tak cukup berani
Saya tak cukup keyakinan diri
Saya tak berani buat keputusan dalam isu tertentu
Macamana nak cakap eh?
Dalam bab ni tetiba rasa tak terluah
Tetiba rasa nak bergenang air mata
Dah mengadu pada boss saya
Dah cakap saya tak mampu
Dah kata ni bukan level saya
Dah luah kata bagi pada somebody yg really capable
Untuk handle, untuk lead
Sebab saya tau kemampuan diri saya
Sebab saya rasa saya sedar saya insaf
Ini bukan tahap saya lagi utk fikir
Tak tau kenapa saya jadi macamni
Tiba-tiba rasa bodoh sangat
Tiba-tiba rasa tak semangat
Tiba-tiba saya rasa takde sebab utk saya susah payah
Saya rasa saya letih dan saya nak keluar dari suasana ni
Nak give up
Tau tak perasaan dimana u terpaksa buat sesuatu
Yg u sedar u tak mampu
Yg u rasa kalau u usaha pun mmg u taKkan capai level yg diharap
Yg u harap orang lain sedar yg u tu xmampu
Tapi benda2 tu tak berlaku
Org keliling mungkin sedar tapi mrk bkn suruh u mengalah
Tapi mereka push u lagi untuk continue
Mereka motivate u untuk terus ke hadapan
Tak pernah mereka ragu dengan u
Fikiran u diasak untuk terus ubah, yakinkan diri
Percaya u boleh buat
Bagi kata-kata semangat
Sampai bukan u rasa tambah semangat
Semakin berkobar-kobar
Semakin komited
Tapi rasa lain pulak yang timbul
Rasa teraniaya
Rasa macam eh kenapa aku jer rasa terseksa
Kenapa aku yg penat fikir
Macam nak pecah kepala
Sedangkan yg lain eh macam takde pape jer
And they can put the burden to me
Blame me
Sedangkan kami hanya ber 4 sahaja
Tapi buat kerja setiap sorang mewakili kerja seolah2 utk 5 org
Saya cakap pasal kerja
Saya tension pasal kerja
Saya stress pasal kerja
Saya bergenang air mata pasal kerja
Saya rasa saya nak tukar environment kerja
Saya taknak tua begitu sahaja akibat fikir kerja
Kenapa perlu kerja? Saya taknak kerja!!!
Saya letih hari2 dikejar oleh kerja
Dicari oleh semua2 sampai takde masa utk masukkan bnda lain selain kerja
Menulis ni pun buat saya stress
Saya pun tak pernah terlintas yg saya akan kena kerja mcmni
Dan saya cemburu dengan kerja org lain
Dan mungkin kerja tu simple agaknya
Saya yang terlebih2 tertekan
Tapi tak juga sebab ex boss saya gembira skrg katanya
Sebab tak lead korp comm lagi
Okay jawatan ni
Tapi kerenah manusia yg buat saya annoying setiap masa
Bukan salah jawatan ini @ post ini @ unit ini
Disebabkan itu, pada tahap ini terpaksa all out
Sebab dapat boss yg amat2lah punya vision mcm org lari pecut 100 meter
I'm not blame him
Tp keghairahan dia, ketinggian vision dia
Pecutan dia dlm mencapai visi organisasi
Gagal dikejar oleh majoriti orang lain
Gagal diterima baik dan diterjemah oleh mrk yg ada keliling dia
Sapa keliling dia?
3 TKP dia
Pengarah2 negeri
Pengarah2 bahagian
Apa kesannya?
Kami jadi orang tengah
Dan mangsa juga agaknya
Sebab mesej dari atas takkan sama
Mesej dari KP takkan sampai macam apa dia bayangkan
Apa yg sebenarnya dia mau
Dan kerana pecutan KP yg laju giler
Idea yg semakin menggila
Mereka makin tertinggal
Dan kami menjadi tempat meluah, merujuk
Dan kami itu saya lah
Dan saya rasa malas
UNtuk nak fikir nak mudahkan nak jelaskan
Tiba-tiba rasa malas,
Rasa tak mampu, letih
Kamu itu dato'-dato'
Kamu itu JuSA
Kamu itu gaji besar
Kamulah fikir lebih dari saya
Eh eh apa aku merepek ni
HMmmmmmmmmmmmmmmmmmm
Semalam pakej
Kena marah kena motivate kena push
Pagi2 subuh dah masuk BBM dato' pengarah bhgn pend masy nak jumpa
Seawal 8.30 pg
Dah tau da sure dia nak sembur saya
Sebab ada something wrong somewhere majlis dinner mlm sblmnya
Dan benar dia kata di atas pentas KP marah saya
Sebab? saya tak perlu cerita
selesai mengadap dia pagi2 lain pulak citer timbul
TKP Operasi pulak sms frust dengan hasil kerja saya (katanya)
Yg sebanarnya kerja tu terhasil atas arahan dia
Then bertubi2 plk masalah timbul
KP pulak xpuas ati katanya dengan ex boss
I'm not happy dengan new leader corp comm unit
Juga sms and call by dato' pengarah bhgn perundgn n pndkwaan
Because KP nak everyday ada cerita menang kes masuk paper
Nak kena bncg mekanisme terbaik
Smlam jer ada 4 kes berpihak pd kami di mah rayuan
Tp nak blast mcmana semua kes lama
Kami xde input yg cukup. Communication breakdown diprgkt state
Pagi2 juga jumpa dlm blog ada tohmahan
trhadap pengarah one of state dr pantai timur
Call pengarah state tu minta input segera utk standby jawapan
Gi bncg dgn peg khas KP what suppose to do
At the same time handle student uniten buat research
And preparing KP's slide for 2 invitation
Untuk majlis di amanah raya n MPSj on 5 disember
And furthermore jam 4 ada sidang akhbar di parlimen
Oleh JKMR radzi sheikh ahmad
And peg saya stress sbb esok (hr ni ada event di akademi)
Prog kerjasama dgn UNDP tapi isu ni paper xnak carry
Prog fasa 1 reporter dtg tp story lain keluar (sbb diorg dtg nak update siasatan @kes)
So KP arah panggil paper tp mcm xde nilai berita
Kami meeting dalam bbm jer sbb msg2 di lokasi berbeza
Saya di Akademi
2 peg di parlimen sidang akhbar
Miss sinar di pej buat story kes utnk blast to media
Jam 3 ex boss ajak hadap KP di akademi
Nak kena jelaskan pd dia isu yg dato TKP timbulkan
Juga isu dinner malamnya
Rupanya juga sekali meeting dgn consultant
Terjebak saya
And after that kena pergi wisma bernama
Temubual KP di prog hello malaysia
Hmmmm dgn saya xbawak press kit
Sebab thari tu baru peg khas KP bgtau temubual tu
Patut semua jawapan KP saya yg sediakan
Tapi kali ni macam kena tikam dr belakang
Bila KP minta index dia cari UKK
Sdgkan prog tu kami xtau
Kat sana sampai lepas maghrib baru balik
Singgah makan bagai jam 10 baru sampai rumah
KP ada prog lain lagi lepas tu
KP saya ni dalam sebulan percaya tak xde satu hari penuh duduk dipej
Tersangatlah penuh jadual dia
If u nak selit satu prog utk dia
Punyalah payah
Mcm last week kami atur round table discussion dgn editors
Berapa kali tukar
Satu hari kdg 5 prog dia pagi-malam
Kalau dipej lps satu meeting satu meeting
Setiap bulan dijemput di luar negara
Meeting, bagi talk, mcm2lah
Saya pula diminta kejar dia sebab everything dia perlu tau
Dia marah saya ptg smlm sbb gunapakai arahan tkp tanpa rujuk dia
Dia tanya saya siapa ketua pesuruhjaya?
Juga sikit nasihat secara emosi tntg tugas saya
Malaysia insider bawak isu kami semalam
Dia tanya apa nasihat saya, nak jwb @ not pd paper
Saya dah buat background research smlm bila keluar dlm insider
But...but...but..hhhmmmmmmmm
And telefon saya skrg berderingan begitu kerap
Sebab msg2 nak tonjolkan bhgn msg2
Nak tunjuk buat kerja
Hehheheeee and kami yg jaga portal so kamilah kena push
Eh merepek merepek meraban subuh hari
Pagi ni kena pergi tekam jerantut
Ada bengkel
Ikut plan nak blk kg ambik hani bawak sana
Tapi pagi ni nak kena hadap isu2 baru timbul ni
Entah dapat jejak ker tdk ke tekam tu
Sorry nak luah sini nak bgtau xlarat
And nak semangat. Diamankah kamu semangatku
Semangat yg berkobar2 untuk bekerja?
Semangat tak mengalah
Rasa2 semangat saya semua dah hilang terbang nelayang
Dengan ini saya nak seru semangat saya mari dtg semula
Ni sbgai penutup cerita nak seru semangat saya, sms dari Dato' pengarah bhgn saya
'Salwa, mulai saat ni u kena hyper active and pro active dlm semua isu.
Kena berani call, cakap dan bagi pandangan kpd Dato' Abu.
I personally think dia mula curiga dengan u. U are a good officer
We think u can do it. Kalau ada apa2 masalah u refer to me.
Ini nasihat ikhlas saya'.
Baik tak boss saya? Ni dato' yg sedang di groom untuk jadi next KP.
Adalah coversation thru sms dgn dia smlm. Saya nak mengalah jer dia kata jgn. Bukan xnak call kp
U nak tembak org u kena ada senjata
Peluru kena cukup
Dan saya sedar saya tak cukup peluru
Peg bawah saya semua pengalaman kerja bawah 5 tahun
Makanya tu sebab saya letih takde semangat
Sebab dalam otak saya dah block
Asyik fikir xboleh xmampu xlayak and sebab sy perempuan
Asyik fikir ramai lg jauh lebih bagus dr saya
Itu silap saya! Silap besar!!!
Move on salwa!!!
Allah letak saya dlm lingkungan jusa2 and big bosses ni
Sebab saya mampu ( Kot?) ~ ahh -ve lagi?
Eh last week beli 5 pasang kasut!
Betul2 giler!
Eh 7 sebenarnya
3 pasang clark (ware house 2 pasang)
1 pasang di alamanda (xpuas ati WH punya sale)
2 pasang scholl (WH)
2 pasang polo (last 2 week di ktan beli polo sepasang)
Juga belikan iza 2 pasang, scholl n polo sebab dia temankan
Bila stress otak jadi biol kejap!
Lepas ni kita kumpul kasut utk setiap warna yer
Kena gelak dgn anak2 buah kat pej
Saya mana pernah pakai kasut2 tggi tutup ni
Dan kasut bergaya2 tali2 warna warni
Tapi nak kelainan kononnya saya ubah citarasa
Dan sepasang clark utk bakal suami (insyaallah)
Juga seunit sampin telah saya belikan. Di ktan utk majlis nikah
Huwaaa huwaaa huwaaaa
Walhal xsempat nak jumpa lagi pun!
Wassalam
9 comments:
1. Kadang-kadang kita tak tahu/nampak kebolehan/potensi diri kita seperti mana orang lain nampak kita... (cuba google "Johari Window" dan fahamkan konsepnya....)
2. Cari satu kursus yang dapat beri that keyakinan diri...eg Management Devt Program ke etc..
3. Salwa nak bernikah tanpa mengenali/berjumpa dgn bakal suami? Ker saya salah baca/faham? Apa-apa pun, berhati-hati ya...
MA,
Kelakar siap ada point tu. Betullah saya mmg kena improve skill diri. Dulu tahap keyakinan tinggi tapi skrg sgt kurang. Salah satu sebab saya rasa knowledge saya kurang. Takde masa nak analisis satu2 isu dgn detail. Dan isu ni sepatutnya kena dihadham melalui perbincangan dgn peg2 lain. Tp pergaulan sy krg. Lelaki disini dpt kembangkan otak sbb diorg keluar minum sama. Tp saya asyikk terperuk jer. Tp Dato dah bg greenlight so kna bnyk duduk bncglah.setakat isu rasuah boleh cakap tp tahap bg pandangan dan cadangan serta analisis implikasi pd negara n masy dlm sesuatu isu tu rasa mcm jauh sgt lg.
2. Kursus pertama yg saya nak daftar lps ni adalah english course. Kena start juga sebab dalam 80% meeting dalaman (most of the meeting dgn consultant and org luar) dlm bahasa inggeris) mmg terhad utk sy bg pandangan. Tambahkan pembacaan jg akan tambah keyakinan diri sy.
3. Bakal suami tu bukan tak kenal. Background hampir 80% tau cuma setiap kali janji nak jumpa masing2 ada hal. Asyik postponed last minute. Jarak dekat jer MA tp dua2 pun sibuk. Smlm ptg last janji nak jmpa tp dah sy blk pej jam 10. Tp berhubung tanya khabar hampir setiap hari. Ada jodoh ada lah. Xdesperate pun MA. Insyaallah kali ni betul2 pilih.
sgt panjang :-)
saya baca..saya pening
baca lagi..
ending tu je saya suka :-)
Dan sepasang clark utk bakal suami (insyaallah)
hehe
emm..jawatan diberi bersama tanggungjawab.utk saya.balik rumah xnak fikir psl keje.so redha je la dgn jawatan da gaji setakat ini.
Kena buat bullet point sebab lain-lain isu..:P
1. Develop soft skills dengan pergaulan - tak semestinya keluar minum, but masa lps meeting tu, dalaam lingkungan office pun boleh bertukar-tukar fikiran. Masa attend event, go around and network, get to know people and observe how they network and communicate. Sometimes kita boleh belajar byk benda by communicating effectively. Then sikit sebanyak kita dapat improve on our confidence level.
2. Try tengok course kat British Council http://www.britishcouncil.org/malaysia-corporate-training.htm
3. Mudah-mudahan dapat yang terbaik. Insya Allah.
MA, saya dah survey di Putrajaya. Cambridge cost RM600 utk 2 bln seminggu sekali kelas (3 jam) dijamin pandai katanya. Ada special teknik. Guru mat saleh. Ok tak? Saya akan survey jugak cadangan MA tu. Tqvm.
Salwa assalam.
1.Memanglah rasa macam tu bila dah banyak kerja dan kerjanya pulak jenis stressful. So kena sort out yg dahulu di dahulukan, i.e prioritize.
2. Probably take Managerial english or special kind of english yg bersesuain dgn tugas.
3. aii cepatnya dapat calon. Homework betul2 before you jump into it. You should know better, because you have been into one bad relationship.
3.a)Make sure calon tak ada baggage, emotional or medical or mental
3. b) He is financially stable, ada kerja ada simpanan. Jangan nanti you have to support him, you have experience of that too
3. c)Dia still attached to his previous relationships.
3. d) Dia not a control freak
Kalau saya lah, saya sabar jer sorang2. Pay more attention to Hani. Dapat bapak tiri mana lah taukan. Men alim macam mana pun, saya tak percaya, darah daging pun dia bantai nikan pulak yg lain.
My thoughts sajalah.
dulu saya penah rasa part 'kenapa smua sy kena pk, kena buat, org lain mcm x de apa je'. mmg penat dan menangis!tp at least sy masa tu jwtn tahap kerani je.sepatutnya sy x pyh pk pun sbb kerani bkn keje memikir.yg memikir ialah set2 pengurus.lps tu sy dh x pk byk2 dh.kena marah pun kena lah.kalau sy takde dorang yg ssh.
Tq untuk semua nasihat insyaallah akan jadikan pedoman.
Tq untuk semua nasihat insyaallah akan jadikan pedoman.
Post a Comment