Assalamualaikum w.b.t
Kalau kita tak melakukan kesilapan tak mungkin kita belajar
Untuk dapat kejayaan, ia lebih manis jika bermula dgn kegagalan
Saya akui dalam hal menghantar hani ada sedikit kegagalan disitu
Sungguhpun begitu banyak juga kelebihan
Madrasah tu menyeronokkan
Kawan (semua lebih usia dr dia) baik2 belaka melayan dia
Makan cukup katanya
Ustazah baik-baik belaka
Jadual hidup pun dia boleh sesuaikan diri
Takde masalah bangun awal
Malam walaupun dia paling kecik xpernah dia timbulkan masalah
Pembelajaran pun okay
Ada jugak hari untuk berkebun menanam pokok
Dah pandai makan budu dah hani ni
Cuma disebelik keseronokan tu ada sesuatu yang dia tak seronok sgt2
Sesuatu yg buat dia stressed
Sambil cerita tu bergenang air mata dia
Suaranya juga bergetar
Memang isu tu memberi tekanan pada jiwa dan perasaan dia
Sedangkan dia tak boleh nak bercerita dengan sesiapa
Sebulan lebih dia simpan sendiri
Bila jumpa saya ni kejap2 sambil jalan dia peluk cium lengan saya
Sambil katanya,'Kakak sayanaaaaaang sangat ami, kakak rinnnnduuuu sgt kat ammie'
Sedih saya sambil sy cakap ammie pun rindu sgt kat kakak
Memang rasa tak sanggup lepaskan dia lagi
Macam satu penganiayaan untuk emosi dia
Tiba2 saya macam tersedar bahawa saya yg menganiaya dia
Tapi sebagai anak yg baik pasti dia xmembantah
Namun dlm hati dan emosi dia derita
First impression saya bila jumpa hani smlm xbegitu +ve
Muka dia cengkung
Air muka tak ceria
Itu sahaja cukup beri gambaran gelodak jiwa dia
Wassalam
4 comments:
semalam..
buat pertama kali nya cik abe kata tak jadi hantar si kakak sekolah kat kg.pdhal sblm dia yang beria-ia.katanya,bukan soal dibela mak ayah saya tapi dia risau bagaimana kakak nak menyesuaikan diri dengan persekitan sekolah baru..bukan senang nak tukar sekolah..dia dah rasa sbb anak polis selalu pindah skolah zaman kecik2 dulu.dia taknak kakak lalui yang sama
entahlah
takpalah kak..masih belum terlambat utk ubah balik keputusan tu..pada saya, perasaan/emosi adalah tersangat penting kalo nak dibandngkan dgn kualiti pendidikan madrasah yg dia dpt..
apa guna dia dpt hafal quran, dpt score exams kalo dlm hati dia kosong..
walopun nampak cam dia matang, tapi saya rasa dlm jiwa dia masih ada sisi anak2 yg dahagakan kasih sayang dan belaian seorg ibu..sedangkan kita yg tua nih pon, kadang2 boleh nangis bila teringat kat mak, inikan pulak anak kecil yg umurnya baru 8 tahun..
just my 2 cents...
hati dia kosong wa, mesti dia rindu, sometime kita tengok anak-anak kita ni matang, tapi hati dan perasan mereka tu masih mentah, masih berjiwa kanak-kanak, yang ingin di belai dan di manja
tak salah nak hantar anak jauh-jauh tapi kadang-kadnag kita perlu jugak baca perasan anak-anak, suka kah mereka, gembirakah mereka, sedihkah mereka
entahlah wa, hidup ini perlukan pengorbanan :(
Saya berpendapat dengan Oren dan Ummi. Hani baru 8 tahun, masih terlalu kecil dan jiwanya masih rapuh untuk berpisah dgn ibunya.
Bagi saya, susah senang biarlah anak di hadapan mata dan membesar di tangan ibunya sendiri.
Post a Comment