Friday, December 31, 2010

Jika ini penyudahnya, Part 1

Assalamualaikum w.b.t


Rabu lepas, saya dimaklumkan pak hj yang dia akan habis keluar 40 hari


Saya mula cuti hari rabu tu.


Saya cadang nak bercuti bawa hani jalan2 ke penang/utara


Dan hantar pak hj sekali ke penang


saya minta dia suruh kawan dia bawa serena


kan kembara saya pada dia malam yg dia balik lepas saya ke madrasah Paya Jaras


Tapi idea saya ditolak, dengan alasan serena ada masalah gear orang lain tak boleh drive


Saya tanya dia kalau macam tu, bermaksud dia tak balik bermalam rumah saya lah


Jawapan dia saya tak ingat


Yang saya ingat hati saya dah hancur


Nafsu saya terkubur, habis-habisan


Lepas tu saya diamkan diri jer, takde apa2 perasaan dah...


hari rabu tu, patut saya nak balik kg tapi takde mood


Saya dok rumah sorang2, badan pun demam sebenarnya


Petang tu dia sms tanya ada rumah tak...


Dia kata nak hantar kembara


Lepas maghrib akan hantar dan isyak dia suruh saya hantar je masjid semula


Saya tanya dia bila balik penang...(dengan harapan habis 40 hari esoknya tu -khamis- saya dapat jumpa dia)


Jawapan dia esok (khamis) lepas bayan dia akan balik penang terus


Hancur hati saya, entah bila boleh jumpa tak terbayang dah saya!


Kemudian.....


Lama jugak lepas tu, dia sms saya semula


Katanya kalau lepas isyak balik sebelum subuh hantar dia boleh tak?


Masa tu...


Hati saya dah hancur, perasaan saya dah remuk,


pendek cerita saya kata hantar jerlah kat rumah...


Letak dalam dashboard


Saya dah hilang rasa....


Dan saya dah tak sudi lagi diperkotak katikkan!


Dan saya terus beri alasan,


Saya kata saya nak balik kampung terus malam tu,


Hantar kembara terus dan saya akan hantar dia terus ke Sri Petaling


Dan dia kata, dia akan datang lepas maghrib,


Lepas maghrib dia datang, suh saya turun bawah gergaji elektrik dia


Saya turun bawak sekali tool box dan gergaji tu


Saya terus hantar dia ke masjid seri petaling


Sepanjang perjalanan tu dia diam saya pun diam


Tetapi air mata saya meleleh


Saya nak cakap sesuatu tapi tak mampu


Hanya hati saya jer berkata2


Saya nak tanya bilakah kita boleh jumpa


Dia sebelah saya hanya diam seribu bahasa


Saat sedu sedan saya sedikit kedengaran


Pun dia masih membisu seribu bahasa


Dengan tasbih di tangan


Yang dia cakap hanyalah bila perlu


Bila dia nak tunjukkan jalan


Yang keluar dari mulut dia, kiri...kanan...terus....


........saya speechless


Air mata jer yg mampu keluar!




Wassalam

No comments: