Assalamualaikum w.b.t
Tajuk tu ada yang meluat agaknya?
Apakan daya, nak juga saya catatkan di sini
kalau taknak baca, kat bawah ada entry baru jugak yer...baca yang tu jerlah okay?
hari isnin pagi tu, tiba2 pak hj ada sms saya, bunyinya begini....
"Di paya jaras ada madrasah abi dah hubongi, dia sedia terima, bagus kalau Hani belajar sini dulu"
saya pun balas
"Bila pulak tukar 'abi' ni? Tengokler dulu, 'abi' gi ler survey.
'Abi' jawab;
"Malam nanti gi yuran 170, pendaftaran 170"
Saya jawab balik,
"Bawakler 'umi' ni nak gak tengok
Abi jawab lagi
"Malam ni boleh datang damansara permai"
Gituler perbualan via sms kami
Malam tu lepas maghrib saya pun bertolak seorang diri ke Damansara
Dengan tak tau jalan.....hanya berbekalkan GPS ajer
Malah nak keluar putrajaya ke lebuhraya LDP pun blur
Pernah lalu sekali dua tapi orang lain drive memang tak ambik port langsung!
So dengan GPS segalanya boleh...yeyyyyyy
Makanya selepas drive dalam keadaan hujan maha lebat dan jalan maha jammed tak juga sampai2 dan tak nampak batang hidung signboard damansara pun
maklumler orang blur...memang cuak jer, awat tak nampak2 perkataan damansara nih?
Dahlah sesat barat, sungguh ada GPS tapi dalam keadaan hujan maha lebat kereta pulak bersusun, dengan manual pulak tu, tak boleh nak set semula GPS
Memang kebarangkalian termasuk ke lorong atau simpang lain sangat tinggi
GPS murah.... mencabar juga kadang tu....nampak macam suh belok simpang ni tapi sebenarnya simpang lain...kadang awal sangat belok kalau dah dekat2 sangat dan banyak simpang siur serta jalan bertingkat2....
so tersesatlah jugak tersalah masuk simpang kat satu jalan bertingkat dan banyak simpang tu siap dengan flyover ntah tak taulah kat mana tu...agak2 lepas jusco puchong kot, gituler
Terpaksa telefon talian hayat..ntah tak tau kenapa hati taknak telefon pak hj
telefon my best friend jer....dengan dia lagi senang bicara, dan senang faham
dan saya on the right track...no hal..just straight jer laluan sedia ada...
lebihs ejamlah jugak perjalanan tu...
Dah sampai tu kena set smula dan akhirnya jumpa jugak pak hj....
tak macam jumpa suami yang lama tak jumpa..macam kosong jer rasa
Kebetulan pulak masa tu hujan kan...
Saya cuba lah jugak bergurau, sajer nak bangkitkan perasaan cinta pad suami
Kalaulah perasaan tu masih ada
Saya raba2 dia...dalam hujan dan dengan tangan sebelah tu...nak tengok respond dia dan respond diri sendiri
Dia kata dah...dah..kan hujan tu....
Saya kata, eh hujanlah best....dia senyum jer
Dalam hati saya, hihshhkkk...sama2 kami dua2 ni macam takde perasaan dah!
Tapi takper....saya teruskan ajer perjalanan ke paya jaras nak tengok madrasah tu...
Gitu gini lepas tengok dan borak2 dengan ustazah maka dapatlah segala info saya nak, nanti saya cerita kat entry lain
sebab entry ni saya nak fokus pada citer kami suami isteri jer
balik tu, macam biasa, macam yang dia balik dari penang hari tu dia nak saya hantar dia terus ke surau di damansara permai tu...
masa tu dah jam 11 lebih...
saya memang ngantuk giler...plus dengan letih driving berterusan ari lepas maghrib...
Kan hujan dan jammed memang berganda letih plus carik lokasi pak hj tunggu tu makan masa jugak
so saya cakap kat dia saya ngantuk dan letih
Saya ajak dia balik rumah putrajaya jer
takmo pulak dah....satu kerja saya nak hantar dia semula
dan saya nak drive sorang balik putrajaya tengah2 malam buta tu! dlm renyai2
Saya cakap balik putrajaya jerlah....dia tanya abis tu macamana dia nak balik damansara, sapa nak hantar
Saya jawab, balik naik kembara jerlah...
pastu gitu gini baru dia setuju....
Baliklah kami ke putrajaya
tapi perut adalah lapar, kami singgah di presint 15 minum dan makan larut malam
Apa saya nak citer ni, mata saya mengantuk yang amat sangat sampai ada beberapa kali saya terlayang seketika macam tertidur....
Saya tak cakap dengan pak hj...saya cakap saya ngantuk sangat jer...
dengan harapan dia akan ambil apa2 tindakan bagi menyegarkan mata saya
Tapi non ado...terfikirlak nyesal beli manual tapi nasi dah jadi bubur xguna nak nyesal..kalo tak boleh suh dia bawak,kan
Sudahnya saya terpkasa hulur tapak tangan dan cakap, urutkan tangan saya, ngantuk sangatlah....
Dengan sebelah tangan dia urut jugaklah tapi bukan urut dia picit2 tapak tangan saya sampai rasa sakit sangat dan tersegar lah jugak
Ingatkan dari tapak tangan menjangkit ker nak urut apa2 bahagian lain macam dulu2
kami adalah pasangan yang sangat ceria meraba2 dalam kereta dari dulu lagi
Cuma lepas dah OKU saya jerlah yang aktif...tapi since saya drive saya rasa no hal kalau dia nak sekadar picit2 lengan saya ker...sebab memang ngantuk giler...bawak kereta pun seakan2 melelong....
tapi harapan meleset jerlah...dan saya pun tak rasa sakit ati sangat cuma rasa perhubungan kami ni dah tahap takleh perbaiki lagi kot....
malam tu sampai rumah, boleh dia cakap dia nak tido sejam jer pastu nak balik ke damansara...sebab takut jalan jam dan tersesat...
saya tanya nak bangun pukul berapa..katanya jam 3.30 dia nak balik
Aduaiiii sampai rumah pun dah jam 1 lebih
Apa jer yang sempat buat....
baru bercita2 nak tanam rasa cinta
nak belajar mengasihi suami semula...memang takde ruang lah
so saya ingat dia akan terlelap juga...lepas dia mandi dalam lebih kurang jam 3 agaknya saya terbuka mata
sebab saya terlelap...saya tengok dia dah siap mandi dan berpakaian duduk menyandar tepi dinding
kan kami tido atas toto jer takde katil bagai
Dia duduk menyandar sambil memandang saya tidur....dalam samar cahaya lampu luar
Saya tak tau apa bermain dalam fikiran dia sambil main tongkat sambil perhati saya
So saya pun bangun sebab saya tau dia dah siap nak balik ke damansara
Sebab kunci kereta kembara dalam sentra
Maka saya kena turun juga ambil kunci kembara sebab sentra saya parking jauh memang dia tak larat lah nak jalan jauh
kembara pulak parking kat luar, sentra kat basement
maka saya hantar kunci kembara kepada dia....jauh juga jalannya
Katanya minggu depan habis keluar 40 hari...sekejapnya saya rasa
lepas dia habis keluar saya tak tanya dia balik penang terus atau
balik rumah saya
saya dah tak kisah, mana2 dia nak balik sukaati dialah
No more pain!
so, hal hani masuk madrasah hanya akan ditentukan kemudian...
Sebab nak bawa hani ke paya jaras tengok madrasah tu dulu...
hani taknak tapi bila saya bagitau kat situ banyak kucing automatik dia nak pulak
Dia kan pencinta kucing tegar! sian dia asbab kucing sanggup masuk madrasah jauh dari ami
w.pun saya dah bagitau boleh jumpa dua minggu sekali
dan boleh call seminggu sekali jer
tapi xtaulah...siang tadi saya suh dia sms ayah dia bincang semula, tak taulah dia bincang ker tidak dengan ayah dia
Harap2 win-win situation lah
saya prefer madrasah sungai merab ni....ulang alik hari2..pak hj lak nak yang full time duk madrasah....
lagipun boringlah hani takde tapi yaya jer ada..anak orang disusukan anak sendiri mati kelaparan....
Wassalam
5 comments:
Alahai...ingatkan boleh la ada adegan 'quickie' untuk memanaskan rasa cinta...hahaha
Kalau saya, saya pilih tahfiz kat Sg. Merab tu Salwa...dekat dengan kita. Akak tak berapa setuju hantar anak2 dok sendiri daripada mak bapa masa umur macam Hani ni...akak dah tengok perbezaan sikap anak2 yg dah terbiasa dok sendiri berbanding yg dok dgn mak bapa at least sampai umur 18 tahun..
Apa pun..all the best in your future undertaking..
hehe..belum komen dah gelak..
kelakar je ayat2 kak wa psl raba2 ni..aduh!tersngatlah open akak ku ini
sama cam kak azwa..kat sg merab tu dekat sikit kan?
kami cuma bagi pendapat je..
lol lebi suka tau perkembangan akak dengan pak hj..
bg saya elok laa kalo ada peluang berbaik.. kadang bila hati tgh panas mmg rasa mls nak layan.. tp lama lama sejuk jugak kita...
cuma pak hj tu laa.. hish... kita dah lower down kita punya pride.. takmo bertindak..
takpe cuba lagi!
dah takde 'cas elektrik' ek?
kalau dah ada rasa nak berbaik tu, wpun tak ada cas elektrik dah, cubalah lagi sampai berjaya.
dan bab hani tu kak zar pun setuju dengan azwa. kesian kat anak sebab terpisah kasih sayang dalam usia muda sgt lg. tapi kak zar fikir salwa mes ada reason yang kukuh kan kenapa buat keputusan besar tu.
Post a Comment