Thursday, September 28, 2006

Kisah lucu di mahkamah

Assalamualaikum w.b.t

Thursday, September 28, 2006


Hari ini saya ke mahkamah Sesyen kerana ada kes untuk pertuduhan baru. Kalau diikutkan hari ini baru saya berpeluang berhadapan dengan seorang hakim yang baru bertugas di sini selama sebulan lebih. Sebelum ini dia dari Johor Bahru. Diwar-warkan oleh orang-orang Johor bahawa beliau ini seorang yang tegas dan sentiasa mengikut undang-undang sebagaimana tercatit dalam buku dan tidak ada tolak ansur. Jadinya saya masuk mahkamah tadi dengan perasaan gerun dan kecutlah juga (tak patut


Kes adalah terhadap dua anggota polis cawangan cegah jenayah yang mengambil duit "tumbuk rusuk" pada tahun lalu dan saya sendiri terlibat semasa tangkapan berkenaan dilaksanakan. Bagaimanapun dari 4 orang yang ditangkap hanya dua yang cukup bukti untuk dituduh. Dalam lebih kurang 9.30 pg loceng/alarm pun berbunyi sebagai signal bahawa hakim on the way nak masuk ke mahkamah, dan polis mahkamah stand by mengatakan "BANGUN" lalu saya pun bangun dan sejurus itu hakim pun masuk.


Orangnya tinggi, hidungnya mancung kulitnya sowo matang dan mukanya agak panjang-panjang. Beliau masuk dari pintu yang terletak betul-betul di belakang kerusi Hakim di atas pentas dimana hakim duduk. Masuk sahaja beliau, saya lihat matanya memandang ke sekeliling dari arah kiri beliau dan beliau terus menggerakkan matanya ke arah kanan. Kebetulan saya yang berdiri di barisan meja untuk Timbalan Pendakwaraya /penguambela berada dikedudukan kanan sekali sebelah hujung jadinya sudut pandangan beliau yang terakhir adalah tepat pada saya.


Tetapi apabila sahaja mata saya bertentang dengan matanya dia kelihatan semacam "terpegun/pelik/tertanya-tanya" dan serentak itu juga beliau pun melabuhkan punggungnya ke kerusi empuknya yang begitu tinggi penyandarnya siap berukir-ukir kayu lagi dan saya kira kerusinya mempunyai kaki yang beroda. Malangnya mungkin beliau silap landing/melabuhkan punggung kerana serentak itu kerusi itu seperti terjongkit/terbalik? dan penyandarnya yang tinggi yang berukir-ukir kayu indah itu terhantuk ke belakang kepalanya.... OH TIDAK... dan serta merta itu dia sempat memegang mejanya dengan kedua-dua tangannya untuk menampung agar tidak jatuh terduduk terus DAN akhirnya berjaya juga dia menahan diri dari terus jatuh, maknanya dia hanya jatuh separuh sahaja, Oh... saya yang memang betul-betul sedang bertentang mata dengannya dalam hati lucunya nak tergelak tapi tak berani!


Dia pun kelihatan tertawa manja-manja gitu untuk cover line agaknya. Yang paling memalukan adalah kejadian itu disaksikan oleh lawyer2, DPP , OKT dan orang awam yang hadir. Walaupun saya kesian kat hakim tu tadi tapi saya kira itu pegajaran paling bermakna pada dia. Lepas ni mesti kalau nak duduk dia akan cukup berhati-hati. Tak nak pisang berbuah dua kali.


Apapun saya dapat menghadapi kes pertama untuk tuduhan dengan jayanya dan kedua-dua OKT ditetapkan mahkamah dibebaskan dengan jamin RM3,000 setiap seorang. Dalam rayuan kedua-duanya memohon pengurangan kerana katanya nak kahwin, banyak tanggungan dll tapi jawapan hakim adalah "Nilai RM 3,000 yang ditawarkan pihak pendakwaan itu adalah yang paling munasabah". Kan dah cakap dia memang ikut buku punya orang!. Saya silap patut bagi RM 2,000 sebab saya fikir kalau letak RM 3,000 mesti dia bagi kurang RM 2,000 tapi rupanya sangkaan saya meleset.


Esok nak tengok paper kalau keluar berita adalah nama saya akan tertera sebagai pegawai pendakwa! Kena simpan keratan akhbar tu... sejarah untuk anak cucu.


Suara hati dan pemikiran siti detik 9/28/2006 04:43:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Periuk nasi


Wassalam

No comments: