Saturday, September 30, 2006

Sudah 7 Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t


Jam 5.15 pagi, saya tersedar untuk bersahur. Tak sempat nak solat hajat seperi yang diniatkan. Terus ke dapur dan fikir-fikir nak sahur apa terus teringat tentang bubur lambuk, terus memanaskan bubur lambuk yang diberi mak Ros semalam dan saya ambil air putih segelas dan kurma sebiji. Itulah sahur dan ianya cukup mengenyangkan. Sejak kahwin memang saya besahur seorang diri kerana suami hanya akan makan sebiji kurma dan minum segelas air sebelum dia ke masjid solat subuh. Dulu-dulu sedih juga semua sorang2 dan takde mood nak bangun tapi lama-lama dah terbiasa sebab saya tak tahan lapar kalau tak bersahur. Masa berbuka juga tak pernah suami ada menemankan.


Suami akan berbuka di masjid atau surau dan biasanya telah disediakan hidangan berbuka. Cuma kadang-kadang dulu selepas solat maghrib suami akan balik sekejap dan menjamahlah apa-apa yang ada. Jadi bulan puasa dari segi rutin makan saya tidak banyak berubah, bulan tak puasa hari bekerja saya jarang masak dan makan kecuali malam giliran, itupun masak simple saja.


Hari sabtu dan ahad sahaja saya masak. nampaknya hari ni kena masaklah. Dalam bulan puasa ni saya akan singgah di bazar ramadhan dan beli kuih RM1.00/3 biji dan beli samaada nasi ayam/kue teow/mee sup. Bagi hidangan sahur saya makan apa yang ada- kurma, roti atau bubur lambuk yang mak ros beri (dia selalu bekalkan Hani sebab hani suka bubur), tapi saya yang makan.


Sebenarnya, saya bercadang nak balik ke kampung bawa diri sekurang-kurangnya dapatlah berbuka di kampung dan bersahur sedap sikit tapi sebab suami ada sms kata nak datang ambil barang2 dia hari ni saya tak jadi baliklah, duduklah rumah dua beranak hari ni. Nilah kali pertama saya buat entry dari rumah baru ni, guna laptop suami yang saya belikan. Petang ni dia datang nak ambil laptoplah ni, tak acikan... walhal saya belikan. takpelah kalau tak panjang jodoh kami bila dia tengok laptop ni dia ingatlah saya.


Pagi ni saya cari maklumat pasal kedudukan sms suami yang kata "bye selamat tinggal" dan "dari dulu aku nak ceraikan engkau tapi dulu kau kata nak taat, sekrang mana janji engkau....", samaada jatuh talak atau tidak. Menurut kata Dr. Mashitah Ibrahim, talak tak jatuh sebab ia tak bemaksud nak cerai hanya cerita sahaja. entahlah tak taulah sangat benda2 ni... apapun tunggulah dia datang petang ni, semoga jodoh antara kami masih kuat.


Selepas solat subuh, Hani dah bangun nak susu, selepas buat susu saya pun mengemaskan kain baju suami, banyak juga ada dan tak taulah saya nak diisi dalam apa, rasanya saya akan bungkus dalam beberapa bungkusan kain pelekat. Buat macam P.Ramli dalam cerita bujang lapok tu. Belek punya belek 90% dari pakaian suami adalah dibeli oleh saya. Itupun dia masih kata saya berkira duit dengan dia pasal tak bagi duit pinjam. Takkanlah segala-galanya saya nak bagi, kalau termasuk bagi duit tunai belanja dia kira sayalah pulak ambil alih peranan suami,kan? Sebelum ni pun saya cuba tanamkan rasa hormat setinggi-tingginya pada dia walaupun dari segi tanggungjawab semua saya pikul.


Tau tak, rasa hormat tu hanya datang dari sikap tanggungjawab yang ditunjukkan pasangan. Jadi saya pulak kena tanamkan rasa hormat dengan cara sendiri, saya cuba bina perlahan-lahan rasa hormat sebab kalau fikirkan isu tanggungjawab suami, memang boleh hilang respect pada suami sebab boleh tak bayangkan satu hubungan suami isteri dimana segala-galanya ditanggung siisteri. Suami datang bawa badan dan dapat layanan makan/minum/sex dll dan adakalanya bila syaitan pengaruhi dan jadi bengong sekejap saya rasa macam suami anggap rumah saya macam hotel persinggahan.


Macamana saya tak rasa macam tu, bila sampai je rumah saya dia baring rehat-rehatkan badan atas kerusi urut Ogawa sedang saya sibuk memasak, lepas tu malam baring-baring pulak atas katil size super king sambil-sambil tonton TV, nak tidur ada orang urut, buatkan air, tidur malam ada orang layan pulak dan nyenyak tidur dengan aircond lagi... bangun pagi mandi pulak air panas. Nak gi kerja ada orang gosokkan baju, buatkan air, gi kerja isi minyak ada orang sediakan kad kredit lagi...walhal saya semuanya buat sendiri... pagi-pagi lagi hantar anak, hal anak memanglah semua saya uruskan, dari beli keperluan, sakit pening segala, buat susu, mandi, tidurkan pun semua anak taknak dia buatkan.


Tu tak termasuk kalau saya kena kerja sebelah malam, tak pernah sekali pun dia sedia nak jaga anak malam, dia minta hantar ke rumah mak ros sebab kalau saya tekde di rumah bukannya dia nak bermalam sorang-sorang, tidur rumah kak A lagi bagus agaknya. Kalau raya pun sayalah yang beli baju saya sendiri, anak dan baju dia sekali...agaknya kalau dia belikan saya baju saya mungkin menitis air mata keharuan agaknya.... hai saya ni bebel lagi kutuk suami tapi orang nak ceraikan taknak pulak... boringlah hdup sorang2 dengan anak je... hari ni takde masalah tapi akan datang takut macam-macam masalah timbul.


Kalau nak tinggalkan dia sekarang sebenarnya secara mata kasar saya memang takde masalah kewangan, kereta, rumah, kerja tetap semua ada! Tapi ada sesuatu saya perlukan dari dia... status sebagai isteri dan sebab dia ayah kepada anak saya, saya taknak gelaran JANDA/ibu tunggalsebaba bukan ia bukan hina tapi taknak tak taulah kenapa, saya rasa gelaran isteri tu buat saya selamat berada dalam kelompok masyarakat hari ni. Lagipun banyak selamatnya jadi isteri ni, saya ni tak cukup kuat dengan godaan kalau jadi janda, lagipun nanti kerja macam saya ni bila-bila masa boleh terjerumus ntah apa-apa... sebab kerja yang majoriti lelaki ni susah kita nak jangka.



Yelah klau dah siang malam dengan lelaki bukan muhrim macam-macam boleh jadi, salah-salah gaya saya ganggu rumahtangga orang lain pulak nanti. Susah... susah sebab saya ni banyak sejarah kawan dengan suami orang. lagipun bukan senang nak dapat suami yang macam suami saya sekarang solat tak tinggal.... banyak lagilah kebaikan dia cuma dia tak bagi nafkah zahir je, batin ... ok sangat2. Cuma sikap suka buruk sangka dengan isteri dan sensitif dia pasal isu kewangan tu menyebabkan dia selalu ugut nak cerai kalau gaduh. memang dulu saya ada buat salah dengan dia bila saya terlalu rapat sangat dengan pegawai lelaki di pejabat saya tapi kali ni bukan salah besar hanya tak ambil dia Jumaat lepas, agaknya sebab kena stroke dia sensitif dia berlipat kali ganda.


Sambung nanti, ada orang call nak datang tengok bilik untuk disewa...kena kemas-kemas sikit.



Suara hati dan pemikiran siti detik 9/30/2006 09:13:00 AM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Rencam


Wassalam

No comments: