Wednesday, September 27, 2006

Tolonglah mulakan hidup baru....!

Assalamualaikum w.b.t


Sedih... sayu... air mata... sunyi....kecewa.... hampa...pening....marah...geram...menyesal...putus asa....bosan....BANGKITLAH...BANGUNLAH...SEDARLAH....Teruskanlah hidup...majukanlah diri... tingkatkanlah iman... ALLAH ada... Allah akan menolong setiap hambaNya... mintalah apa sahaja! Allah Maha Adil... maha pengasih... maha penyayang.... CUKUPLAH....CUKUP... tutuplah... jangan disingkap lagi... jangan ditangisi lagi, usah dkesalkan, TINGGALKANLAH jauh-jauh kenangan ini....masa depan masih jauh.... Allah menguji Hambanya yang disayangi dan mampu menghadapi ujian.... syukurlah Allah masih sayang... masih waras... masih sihat...boleh bekerja... syukurlah saya tidak gila ataupun mereng sekurang-kurangnya sewel. TIDAK.... saya masih di isni masih tegak berdiri... masih mampu berlari. Saya akan LARI LARI dan LARI dari masalah ini.



Juraian air mata begitu mudah mengalir di pipi, saat ini masih lagi berjuraian tanpa dapat ditahan... entahlah SAYA PELU KUAT... Ya Allah berilah hambamu ini kekuatan Ya Allah... serasa seperti tidak berdaya lagi hati dan emosi ini... mengapa... mengapa...mengapa aku diuji ujian ini? Adakah hambamu ini yang bersalah dan sebenar-benarnya bersalah?



RABU, 20 SEPTEMBER 2006

Seperti yang ditulis saya ke PD untuk berceramah di Politeknik PD untuk pelajar kejuruteraan elektrik. Sementelah dah sampai ke sana, saya pun singgahlah ke rumah Kak A untuk membawa abang terus ke Markas untuk mesyuarat di Markas. Apabila sampai abang telah siap sedia dan terus menaiki kereta. Dalam kereta wajahnya masam mencuka dan tidak berkata apa-apa. Hanya saya seorang yang bertanya itu dan ini dan saya mencadangkan agar malam ini bermalam sahajalah di rumah saya, esok selepas subuh saya akan hantar semula... "tidak, tak mahu, leceh biar abang balik je malam ni, menyusahkan aje". Saya kata takpelah, saya yang susah, bukan abang! Namun dengan muka yang masih masam dia membantah cadangan saya. Itukan tanda orang tak suka? Kalau suka tentulah dia akan berkata-kata dengan lemah lembut dengan saya. Saya pun mula nampak riak wajahnya yang masam itu dan saya pun berdiam diri sahaja bila sampai dipertengahan jalan. Sampai di rumah juga begitu keadaannya, saya membuatkannya air milo dan saya mandi sebelum menghantarnya ke markaz.



Namun saya masih mengajaknya bermalam dan jawapannya masih sama. Saya perhatikan juga, abang enggan bersalam dan tidak mengelak dari dirinya disentuh kerana katanya telah ada wudhu' asar tadi. Asar masuk lebih kurang 4.15 ptg, ketika itu jam melebihi 6.30, berapa lama dia mahu menahan wushu'nya. Saya yang tidak berjumpa dengannya sejak Ahad tentulah kepingin memegangnya walaupun hanya dengan bersalam. Tapi tindakannya mempertahankan wudhu'nya membuat saya berkecil hati. Biarlah.. kata saya. Selepas menghantarnya saya dah dapat rasakan bahawa saya akan terus-terusan berkecil hati dengannya... perjalanan balik ke rumah saya telahpun menitiskan air mata walaupun benda itu remeh. Satu, penolakan dia untuk bermalam dan kedua tidak membenarkan saya menyentuhnya. Mungkin saya yang ketika itu period menghadapi ketidakseimbangan hormon dan agak emosi.



Malam itu, adakalanya balik dari markas dia akan call saya tapi malam itu tidak. Esoknya juga tidak dan lusanya hari jumaat juga tidak. Dia senyap dan tiada khabar berita. Saya juga sibuk dengan kerja dan jumaat sehari suntuk mesyuarat bulanan. Jam lebih kurang 6.00 petang saya sms dan tanya samaada dia dapat penginapan. Sebetulnya kami ada berbincang untuk balik ke kampung saya di Melaka dan jumaat malamnya dia cadangkan saya untuk bermalam di Chalet kawannya diKuala Sungai Baru dan pagi sabtunya barulah bertolak ke Melaka dan sekaligus kami mahu ke Jasin berurut di Air Merbau. SMS saya dibalas dengan jawapan "ADA". Dalam hati saya pada masa itu masih berkecil hati dan harap dia membuat call semula kepada saya bertanya apa-apa sebab saya dah mengalah untuk sms dia dulu.


Tapi dia senyap sahaja. Saya yang kebetulan sakit pinggang sebab mesyuarat sehari suntuk ditambah bila balik ke rumah baju yang tidak berbasuh melambak-lambak dan rumah bersepah dan saya terasa letih yang teramat letih dan betis saya juga rasa begitu lenguh. Asalnya memanglah ingin mengemas baju untuk dibawa balik tetapi kata hati saya meronta-ronta meminta saya jangan pack barang sebab suami tak call pun.



Saya dah mengalah tapi dia buat tak tau... saya amat penat, patut dia tanyalah khabar saya dah 3 hari buat tak tahu... akhirnya saya tertidur malm itu. Dia tidak menelefon saya dan saya juga tidak menelefonnya. Pagi itu, jam 7.30 pagi saya call dan tanya samaada dia nak balik kg dengan saya, jawapan pertama yang keluar dari mulutnya ialah " takpelah..." terus saya letak telefon.. sebab saya nak bawa dia ke Jasin sebenarnya...tapi dia dah kata tak nak apa saya boleh buat! Saya terus pack barang dan balik ke Melaka.



Hari Ahad saya sms dan ucap selamat berpuasa dan kata saya nak singgah ziarah dia di PD. Tapi sms saya tidak dibalas. Sampai di rumah jam 6.30 petang anak merengek nak ajak ambil ayah, saya call beberapa kali juga tidak dijawab. Selepas itu saya menerima SMS berbunyi "Tak perlu call siapalah abang boleh diperlekehkan sesuka hati"



Saya terkejut, sms ini berbaur masalah... selepas itu kami bertukar beberapa sms dan sms dari saya banyak berupa menerangkan situasi sebenar dan mohon maaf.. tapi antara sms balasan yang saya terima, "Tak perlu susah2 habis duit, itu yang kau cerita dengan kawan sekarang, tak perlu ;agi, hiduplah sesuak hati jika itu buat kau bahagia." satu lagi smsnya "Bosan dengan perangai engkau janji manis tak pernah nak tunai, jumaat lalu suruh cari chalet lepas tu buat tak tahu, ni kebiasaan engkau, janji nak ke Jasin lah. Sudahlah aku bosan dengan perangai engkau"



Barulah saya sedar memang saya dalam masalah, nak menyesal pun tak guna. Setiap kali bergaduh pasti hal lama akan dibangkitkan semula... antaranya kesalahan saya semua akan dibongkar. Banyak lagi sms saya kepadanya yang mana pada masa itu saya pun menjadi marah kerana sms nya semua berbaur sombong dan menuduh saya tidak taat kepadanya dan saya tidak mahu meminjamkannya duit sedangkan saya memberi duit kepada anak saudara dan rakan pejabat. Saya membalas smsnya "Saya sangat2 sedih hari ini nampaknya abang dibelenggu perasaaan benci dan marahpada saya semata-mata. Elok saya diam diri saja tunggu abang tenang dan sihat.



Diam saya bukan bermakna saya terima bulat-bulat tuduhan abang saya pun ada harga diri, kata2 abang pada saya cukup menghiris hati. Lepas abang skit ni saya tak terfikir langsung yang abang akan persoal isu duit dengan saya! tak terfikir langsung! Apa saya dah buat saya ingat cukup untuk tunjuk pada abang yang saya tak berkira langsung dengan abang rupa2nya sebaliknya. Saya betul2 tak percaya abang boleh terfikir macam tu dalam keadaan sekarang."



Masalah lebih besar bermula dengan sms yang saya hantar ni "Abang nak jawapan saya yang kata saya nak berpisah dengan abnag, ke? Abang nak jawapan tu sebagai hadiah hari lahir, abang esok? Saya nak tanya abang, part mana saya perlekeh abang? Pasal saya tak datang hari jumaat tu ke? Abg ada call tanya apa masalah saya dan anak? Saya tak nak citer sebab "apa abang kisah" kalau ada apa-apa berlaku pada saya dan anak, kan? Saya smsm abang, ada abang call back? Saya sakit pinggang abang tau ke? Saya ada problem abang ambil tau ke?"



Jawapan saya terima sungguh memeranjatkan saya " Ya! Ingat ketika aku nak pinjam 350 dengan bongkak dan herdik tapi untuk anak buah engkau tak sabar2 nak bagi begitu juga kawan nak pinjam 500 pun begitu. Sudahle aku sekarang faham apa yang kau ingin dari aku."



Kemudian beberapa lagi sms antara kami dan pada malam itu juga antaranya yang terakhir pada jam 1123 malam "bye selamat tinggal".
Pertanyaan saya apa maksud bye selamat tinggal, samaada bawa maksud tak mahu jumpa saya lagi atau ada makna lain, tidak berjawap! Semalam saya cuba sms lagi dengan kata2 "Saya serah pada Allah untuk gerak hati abang, kalau takde jodoh apa nak buat, doa sahajalah. tapi saya tak pernah cadang nak cerai dengan abang sekalipun bang sampai tahap sakit sampai tak boleh gerak langsung. Tak pernah fikir!Tapi abang sentiasa ugut nak cerai dari dulu lagi."



Jawapannya malam tadi jam 0932 "dulu lagi aku nak cerai engkau tapi engkau janji untuk taat tapi kini apa kau buat pada janji engakau?"



Balasan saya pada jam 0130 pagi tadi selepas saya tersedar dan melihat ada mesej dan saya membalasnya ,"Rupanya tak ambil abang jumaat lepas sebab sakit pinggang tu tak taat ye? Bunyi macam abang tunggu masa dan cari sebab je nak ceraikan saya... salah kecil pun abang cari peluang cari salah saya dan highlightkan perkara-perkara lepas dan seolah2 abang tutup semua kebaikan saya selama ini. Abang tutup mata atas kelemahan abang dan buka semua pekung saya. Saya terpaksa terima hakikat ni walaupun berat Maaflah paksa abang sayang saya...Ampunkan dosa saya selama saya jadi isteri abang dan halalkan makan minum saya dan hani.. apa sya beri abang selama ni pun saya halalkan. Hal anak, tolonglah beri hak penjagaan."



Sehingga sekarang mesej saya tidak berbalas dan saya juga tidak berhasrat memanjangkan lagi pergaduhan kami menerusi sms. Cukuplah sudah terlalu banyak air mata saya yang tumpah. Saya perlu terima hakikat saya tidak ada lagi dihati suami saya. Bersedialah dengan gelaran janda anak satu. Walaupun saya tidak bergantung apa-apa dengannya kecuali kebergantungan perasaan, namun payahnya menerima hakikat kita tak akan dapat lagi kasih sayang seperti dulu. mahalnya kasih sayang... pasti kasih yang layu ini takkan subur kembali.



Dulu... kami pernah membuka fail untuk bercerai di pejabat agama tetapi pada masa itu saya telah memujuknya dan kerana perebutan hak penjagaan anak akhirnya kami berdua mengalah. Untuk memujuknya dia perlulah ada didepan saya, tapi kini bagaimana 24 jam dia di rumah kak A, saya langsung tak berpeluang berjumpanya, kalau ke rumah Kak A dia pasti gembira kalau tau kami bergaduh.. satu kemenangan besar untuknya..



Suara hati dan pemikiran siti detik 9/27/2006 01:21:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Baiti jannati


Wassalam

No comments: