Friday, September 29, 2006

Surah faathir

Assalamualaikum w.b.t

Surah Faathir, ayat 15-17

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...



Ayat 15; Hai manusia, kamu fakir (berkehendak) kepada Allah dan Allah Maha Kaya lagi Maha terpuji.

Ayat 16; Jika dikehendakiNya nescaya dimusnahkan kamu dan didatangkanNya makhluk yang baru.

Ayat 17; Demikian itu tidak sukar bagi Allah.

Sepanjang Ramadhan ini, pengarah saya akan membacakan setiap hari 3 ayat yang dibacakan dari tafsir Quran tapi saya hanya dapat kesempatan mendengar bersungguh-sungguh pada hari ini dan hari ini 3 ayat diatas dibaca dan diterjemah serta diberikan tafsirannya sekali. Sungguh-sunggubmenusuk kalbu apatah lagi mendengarnya selepas kami semua membaca suarh yasin iaitu amalan sejak pengarah Tn Y datang ke sini lebih setahun lalu.


Selepas membaca Quran kalau benar-benar menghayatinya pastinya hati kita akan menjadi lebih lembut. Jadi saya menitiskan air mata bila mendengar tentang kekuasaan Allah yang bila-bila masa boleh menarik nikmatnya hanya dengan menggunakan senjataNya di dunia bila-bila kita akan hancur. Bila-bila gas dibumi dan belerang dalam gunung boleh meletup dan bila-bila masa air dilaut boleh naik ke bumi seperti tsunami. Allah melihat bumi ini hanya umpama sebiji pasir dan dalam bumi ini 4/5 adalah air dan 1/5 sahaja daratan. Maka kita sebenarnya hanyalah duduk diatas 1/5 daripada pasir itu, alangkah kerdilnya kita. Antara kupasan dalam buku yang dibacakan tadi katanya kita yang meemrlukan Allah dari lahir telanjang bulat sehinggalah mati dengan kain kafan. Allah sahaja tempat kita meminta, manusia tiada satu kuasa pun ...betapa kerdilnya kita sebagai hamba.



Saya sungguh berterima kasih atas usaha Tn Y membuat begini setiap Ramadhan, semoga Allah memberi hidayah padanya untuk membuat dakwah kepada orang lain pula. Ni patut kena ada orang khususi ni... nampak beliau dah ada fikir alami...


MALAM TADI

Malam tadi saya didatangi 3 tetamu yang hajatnya ingin menyewa 2 bilik di rumah. Malangnya pagi ni selepas habis tazkirah saya terima sms katanya tak jadi pula. Tak taulah apa masalahnya. Hari Rabu semasa singgah ke 7-11 saya ternampak iklan-iklan rumah untuk disewa, jadi saya terfikir kenapa tidak saya cuba menyewakan bilik di rumah sementelah takde orang nak duduk pun. So semalam lepas berbuka, saya terima sms kata nak datang tengok rumah.. oklah. Dua dara tu tanya berapa sewa, saya yang takde pengalaman tanya pula bilik yang disewa sekarang ni berapa harganya.. jawabnya RM 100 seorang, satu bilik share 2 orang. Saya pula sediakan 2 bilik siap dengan satu katil single dan satu lagi double dengan bilik air sendiri, saya hanya letakkan satu bilik RM80.00, mahalke? Saya juga offer untuk dia guna apa saja dalam rumah saya. Ada internet, tv, dapur, telefon, pendek kata apa sajalah boleh buat macam rumah sendiri. Tapi nak buat macamana, tak ada jodoh, tak jadi pula... tapi tak bagitau sebabnya pulak!


RUMAHTANGGA

Subuh semalam, entah apa kenanya Hani merengek2 lepas bangun tidur jam lebih kurang 6.15 pagi, waktu tu saya ada atas sejadah nak solat subuh. Hani kata, "ibu, kakak penatlah" berulang-ulang. Saya kata, "takpelah kakak tidurlah lagi, belum siang lagi, nanti ibu kejutkan". Jawabnya, "Tak nak, kakak nak mandi". Kata saya, "Yelah, nanti ibu solat dulu, kalau ibu lambat solat nanti Allah marah, ibu kena seksa dalam kubur". Dia tak pedulikan kata saya, tak tahulah apa moodnya, terus-terusan nangis sepanjang saya solat sunat dan subuh. Sambil nangis dengan nada sayu mula memanggil-manggil "ayah...ayah...ayah...". Saya yang atas sejadah terus sedih dan menitis air mata....


Petangnya sebelum balik saya pun smslah ayahnya, sebab saya tahu kalau saya call dia takkan jawab, saya tulis,"Demi anak, saya terpaksa sms, Hari2 ajak ambil ayah dan bila nangis panggil ayah, harap emosi dia tak terjejas kerana perpisahan ini. Petang nanti kalau ada call masuk, maksudnya Hani, please pick up. It's not me! Semasa perjalanan balik saya pun call, dan saya dapat mendengar ada suaranya menjawab dan saya dengar antara perbualan Hani, "bila ayah nak balik rumah ibu?, "ayah merajuk, eh?". Perbualan dua beranak itu hanya 44 saat sahaja. Bila saya tanya Hani apa ayah jawab bila tanya bila ayah nak balik, Hani kata, ayah tak nak balik lagi... iyeke jawapan tu yang diberi, bertambah-tambah sedih hati saya. Malamnya saya ingin tahu reaksinya, saya sms sekali lagi, "Barang2 abang dirumah ni- laptop, lesen memandu, kain baju dan lain2 kalau boleh ambillah @ saya hantar. lagi pandang lagi banyak kenangan sedih... lagipun kat sini bukan ada sapa gunapun. Satu lagi hal anak, bila masa sesuai untuk dia jumpa ayahnya- seminggu sekali atau sebulan sekali? Elok rancang cepat, tak pening kepala, tak payah gi Mahkamah Syariahlah...buang masa, tenaga dan duit sahaja".


Hanya jam 11.30 malam ketika saya dah tidur baru mesej saya dibalas pendek yang menegsahkan lagi niatnya untuk menceraikan saya. Katanya : "Mungkin sabtu datang ambil, Hani bila nak ambil nanti beri tahu". Sedihnya.... saya tak taulah dia datang macamana, Kak A hantar atau dia singgah semasa nak ke markas. kalau Kak A datang hantar, nampaknya putuslah harapan saya nak pujuk dia sebab pasti Kak A yang masuk dan dia mungkin tunggu dalam kereta saja, tapi kalau kawan dia datang dan dia masuk ke dalam rumah untuk ambil barang mungkin saya boleh cakap-cakap sikit atau menangis ke, sekurang-kurangnya lembut sikit hati dia bila tengok anak...



Entahlah... saya berserah je pada Allah, saya tak mahu jadi janda... TAK MAHU... kerja saya tak sesuai jadi janda ni... banyak sangat dugaan, tohmahan. Dahlah saya sebatang kara je kat sini takde adik-beradik saudara mara. Hanya sebab saya kahwin dulu je saya minta tukar sini dan tak pernah sangka akan bekerja dan tinggal dan beli rumah kat sini. kalau tak, pasti saya masih duduk di Putrajaya, kat sana ramai kawan-kawan...kawan masa u, kawan office dan pasti saya beli rumah di Melaka, takkan beli di sini sebab lambat laun saya akan balik kampung jugak..Kat sini duduk lama-lama pun buat saya tambah sedih je. Kat sini takde best friend sebab suami dulu bukan suka saya jalan-jalan dengan kawan lain, hidup saya kerja/suami/anak/rumah. Mana ada bersosial. Paling-paling kawan-kawan masa keluar masturat... semuanya jenis duduk rumah je, pakai purdah, cakap-cakap iman je... tak sampai hati pula nak share masalah dengan diorang. Lagipun suami masing-masing karkun, tak sesuai cerita apa-apa... takut lain jadinya. Saya kat sini ada Mak Ros je kalau nak minta tolong atau cerita apa-apa...dia pun faham sebab anak sulungnya isteri kedua jugak!



Kalau saya jadi ibu tunggal, apa saya nak buat dihujung minggu, hari cuti, takkan nak balik kampung tiap-tiap minggu. TAK BOLEH... nanti mak saya tahu pulak saya dah janda. Tak boleh baritahu nanti dia susah hati... saya kena pandai berlakun ni...peninglah... rumah ni banyak benda lagi tak settle, kalau tau jadi macam ni hari tu takdelah saya keluar dari kuarters dan beli rumah. Harapnya janganlah suami saya ceraikan saya...tak mampu lagi nak hidup sendirilah... terutama bila tengok wajah anak, kesiannya...Lepas ni nak tolak bayaran rumah dekat RM 900 sebulan. Rasanya macam nak mohon pindah kerja Melakalah macam ni, duduk dengan mak tapi rumah ni dah beli, macamana nak buat? nak sewa, jahanam rumah, nak jual tak mungkin, baru sangat dibeli...nak mohon tukar tempat jauh nanti Hani tak jumpa dengan ayahnya pulak... lagi kesian. Pokok pangkalnya cerai ni memang bukan jalan keluar yang baik, tapi tak taulah apa yang suami fikir....



YaAllah bantulah hambaMu ini. Bermula malam ni, saya nak solat istikharah dan hajat tiap-tiap malam mohon Allah bagi petunjuk...Allah yang pegang hati suami, biar Allah yang menentukan. Saya nak pujuk pun tak larat dah terlalu banyak kali dia buat macam ni... lagipun macam orang hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong, orang dah tek hendak kita pula yang tergedi-gedi, malukan?



Suara hati dan pemikiran siti detik 9/29/2006 09:47:00 AM 2 cetusan hati
Cerita tentang; Da'wah

Wassalam

No comments: