Monday, March 23, 2009

Angah lagi

Angah lagi
Assalamualaikum w.b.t


Semalam Along datang agak malam juga, saya dengar ada orang beri salam. Sebijik suara angah, seram juga saya, napa lak malam2 angah datang ni. takkan dia tak tau malam ni ayah takde kat sini.


Jenguk2 tengok along. Bawa madu dari Yaman 5 botol untuk ayah. Lambat sangat buka pintu dia buka sendiri gate dan letak madu tu ats kerusi rehat kat porch. Bila saya buka pintu dia sedang tutup pagar dah. hani dlm bilik dia dengat saya sebut nama along bergegas lari nak jenguk along.


Dah lama dia teringin nak tengok along, dah lama tak jumpa, yerlah abang sulungnya, sebagai adik dia ada keinginan agaknya nak borak2 dengan abangnya.


Hari ni ayah datang rumah, sekarang ni caca merba giliran, tak tau dah turn sapa, main tangkap muat jer ayah ni. Minggu lepas 5 malam rumah kak aza, pastu dua malam kat rumah saya, semalam balik PD hari ni datang semula.

Tengahari tadi kak aza sms citer hal angah. Eh...mula2 citer hal apam mekar. Dia minta carikan resepi. Semalam dah buat katanya tak naik sangat. Pastu berjangkit citer hal angah dia risau sebab angah masih 'tak sihat' tapi perasan dh sihat sangat dah.


Saya last tengok angah masa saya gi rumah kak aza last week. Nampak sangat tak sihat lagi. Cakap2 dengan ayah pastu gelak. Lepas dia balik ayah cakap semalamnya ayah gaduh dengan angah. Ayah siap marah2 dan tengking angah semua sampai angah cakap sambil nangis katanya kalau ayah nak marah2 dia tak percaya kat dia, biarlah dia pergi dia takkan carik ayah lagi...gituler katanya.


Rupanya sehari jer, hari saya datang tu bila dia nampak keter ayah terus dia bagi salam terus masuk pastu citer2 dengan ayah nak buat projek tanam serailah, bela ikan lah...macam2. saya tak layan pun..saya senyap jer..pandang pun tidak. kak aza pulak takde kat rumah...dia tanya ada lauk tak...terus dijawab ayahnya, ayah baru balik dari seremban ni, dia minta duit dari ayahnya....hmmmm terpaksalah bagi juga, takut tak makan pulak.


Tulah merajuk lama2 dengan ayah bagus jugak kata ayahnya. Ni masa gaduh merajuk bagai nak rak, taknak jumpa ayah lagi dah pastu esok datang balik carik ayah sengih2. Petang tadi ayah bincang dengan along nak hantar ke Taiping, pusat pemulihan milik kawan ayah juga, ayah dah suruh dia taknak! Tu yang guna along.


Rupanya along call pun angah tak mau angkat. saya pun agak dah, angah memang tak sebulu dengan along. Along dianggap sebagai pesaing. Apa along cakap/suruh dia takmo, dia rasa tercabar kalau along yg suruh dia. So along call mak dia minta mak dia nasihat/pujuk, lepas beberapa minit aayah bincang dengan along hal angah via hp, angah dah sms ayah, antara kata2nya, "ayah yg sakit bukan angah, boleh jalanlah angah takkan pergi sana."


Tu yang ayahnya terus call along semula bagitau suh along pujuk lagi, nak hantar ke Taiping......ayahnya tergelak jer sebab dah 'mati akal' tak tau apa nak buat dah, asyik nak membontot ayah jer...saya pun sama... ntahlah tak tau dah nak buat apa. Dari semalam sampai pagi ni [selasa] angah dah start carik ayah semula, kejap sms kejap missed call. Ayah dah malas nak layan. Biar jer dia kat rumah maknya. Mati kutu dia kat sana, sebab maknya tegas tak diberi apapun....tu yg dia carik jalan nak ke ayah juga, sebab dengan ayah senang nak dapat duit..ayah pun banyak layan kehendak dia...


Minggu lepas ayah tak sihat, masa yang dia tak datang rumah saya 5 hari tu, ayah pening kepala rupanya, masa tu angah dia dah hantar ke rumah mak dia kat Rasah Jaya. Pastu angah datang semula ke rumah kak aza naik Viva adik dia, Iza dari seremban ke PD [rupanya mak dia dan along tak tau, semalam baru ayah bagitau]. Sampai2 jer tersengih2 dia cakap "ayah sakit sebab rindu angah yer..." hmmmm ayahnya pun tak tau nak cakap apa dah....


Saya rasa angah ni dah mengalami kerosakan kekal kat otaklah. Tu yang saya malas nak fikir hal dia lagi. Saya dah borak2 dengan kawan2 Narkotik, AADK semua kes2 yang ambil syabu/ice ni similar jer symptomnya....so what to do? nasibler...



Hal saya pulak. Kat kampung, di Umbai tu ada satu tempat urut yang popular, orang tu urut menggunakan daun kelapa. Tanpa perlu kehadiran yg sakit tu. So mak saya dah ke rumah orang tu untuk urutkan kaki saya ni.Ada kurang jugaklah. Weeekend ni balik kg balas lagi urutnya...


Semalam saya beli pregnancy test. Tak puas hatilah. Pagi ni dah testdah......berdebar2 juga tapi akhirnya................... dan macam dijangka keptusannya negatif. Takdelah kecewa sangat, sikit jerlah cuma takdelah gembira dengan keputusan tuu. Ayah pun gelak jer bila saya cakap -ve, takper kita boleh cuba lagi katanya. Bila saya kata dah letihlah, buat projek bagai nak rak hasil tak dapat2 jugak...saya kata nak puasa jerlah...malas dah takde mood....dia kata ..okay..baguslah tuuu.... cissssssssssssss!


Okay yg ini sulit sikit!!!

Yerlah hari tu kan ayah keluar 40 hari, masa dia balik tu saya betul2 tengah subur...dan saya telah memastikan telur ayah yang boleh hidup 48 jam ada sepanjang 3 hari kesuburan tu supaya persenyamwaan berlaku dengan adanya telur saya, kan telur wanita tu dikatakan boleh bertahan selama 24 jam.... so 3 hari tu iaitu dari hari ke 14 hingga 16 patutnya peluang persenyawaan tu tinggi...tiga hari tu panjang juga kalau nak bersenyawa...so saya usahakanlah pertemuan telur2 tu sepanjang 3 hari tu...punyalah gigih saya kali ni....kira ada lah jg mengharap dan berusaha....tapi akhirnya perancangan alah juga yang jadi.....cuma weekend ni saya azam nak ke doc Sukhilmi....selepas ayah bagi kata dua juga...hmmmm



Tu jerlah....apapun hidup mesti terus...untuk ubat hati bayangkan jerlah betapa susahnya nak bela anak kecik...selalu juga saya suruh ayah citerkan hal kerenah sofiyyah...sebab dia kan dah mula menakal...bila dengar citer2 tu terutama hal keletihan kak aza melayan anak2 rasa macam bersyukur sebab saya dah banyak relax sekarang ni. Sesekali terbayang betapa tensionnya nak buai hani.... lagi kita nak dia tido cepat lagilah dia lawan mata....pastu melalak tak tentu pasal...eiii ngeri bila bayangkan....


Hahahaaaa. sajer ubat hati...

2 comments:

Irfa said...

SALAM KAK WA..
sbb blog akak ni private bulehlah saya tulis peribadi sikit.x citer kt blog saya pun psl ni.sbb takut en abg baca.saya pulak nak tambah anak ke tidak tu 50-50.kejap nak kejap x nak.
tp sabtu lepas en abg dah bg hint suh stop terus makan pil perancang sbb dia kata dah ready utk terima ahli baru..tp saya pulak yg takut,kalau saya stop ubat tp x peknen jugak.
mesti sedihkan?..

Hanisumayyah said...

Irfa...


eh bukan irfa dah stop ker makan pil? Kan hari tu ada entry yang mimpi mengandung tu?alah lagipun irfa dah ada sepasang kan?

Akak ni redha jer, kalau ada alhamdulillah kalau tidak berlapang dada dengan anak yang sorang tu....