Thursday, March 26, 2009

Ponteng

Assalamualaikum w.b.t


Hari ni nak ponteng kelas. Sebab?


Pagi ni ada bicara. Jadi saksi. Kelas sebelah petang dan malam. Mesti letih tunggu nak kena dipanggil DPP...untuk pengecaman dan bagi keterangan.


Makanya malas sungguhlah nak ke kelas sebelah petang tu. Hari ni group saya kena buat presentation.


Sebenarnya tak siap lagi powerpoint untuk presentation tu. Nama jer group tapi saya buat sorang jer.


Kami buat persetujuan saya siapkan. Sebab yang sorang duduk kuantan, yang satu lagi dari last week anaknya masuk hospita sebab terlebih makan panadol.


Sikit lagi tak siap. Bila 2/3 takde macamana nak bentangkan? Maka dah sms prof semalam, prof pun kata takper next week jer present. Legaaaa...


Semester ni teruk betul sebab saya tak boleh duduk lama, sakit segala urat, tu yang lamaaa ambil masa nak siapkan.


Ingat tak dulu saya kata kami akan ke Korea untuk maksud memenuhi paper benchmark [penandaarasan] , sebab masalah ekonomi kena tukar negara paling dekat..singapore jer...mula2 pensyarah pun geram juga, sebab melalui singapore nak buat perbandingn kejayaan dia memerangi rasuah...dengan malaysia, dr segi fizikal pun dah beza. Tapi dah MACA [Malaysia Anti Corruption Academy putuskan s'pore] berlapang dada jerlah.



Maka, kami semua kena study masalah, faktor kejayaan, apa yg singapura dah buat, apa dah capai, macamana mentality rakyat dia, bagaimana kedudukan integriti dia, dari segi law dan enforcement...semua kami kena kaji....bukan setakat buat perbandingan tapi juga tengok apa yg dia ada kita takde menyebabkan dia berjaya jadik top 5 dalam Corruption Index Perception, apa yang kita buat dia tak buat, apa beza mentality rakyat dia dengan kita...wah banyak lagi...patutnya kami kena present hari ni tentang langkah2 singapore ambil dalam combatting corruption sejak dia keluar m'sia 1959 sampailah hari ni....



Cakap pasal rasuah ni, kecewa juga ya, bila melihat Khairy menang. Malas cakap banyak jadik blog politik pulak. Apa yg lembaga disiplin siasat sampai sekadar bagi warning kat khairy pasal terlibat politik wang? Apapun bentuk politik wang, rasuah tetap satu jenayah!!!! kenapa ada double standard? Org biasa terlibat jika ada bukti dan keterangan tuduh kat mahkamah tapi kalau ahli UMNO boleh gantung jer...mana punya undang2 dipakai ni?


SPRM...oh SPRM...fening fikir SPRM ni...skrg rasa macam saya ni orang luar dari SPRM lah pulak....kadang sya rindu juga nak tau pasal perkembangan SPRM ni....so setakat baca blog ada sorang peg SPRM jerlah... mummysyafie....tapi tu cite dialah kadang terselit citer bahagian dia jer...


Semalam dapat satu cerita gembira melalui sorang kawan kat HQ...elaun siasatan kami dinaikkan...setiap gred naik sebanyak RM250...w.pun sya tak dapat elaun ni sepanjang belajar ni sebab xmenyiasat tapi tahun depan dapatlah....rezeki juga tu...dan semalam juga bila kawan saya tu citer hal naik pangkat, dia kata dia tak sedih pun walaupun dia 'tertinggal' dia sebenarnya patut naik 52, tapi junior naik dulu, katanya "saya kerja tak pernah ada niat nak naik pangkat, saya hanya nak berkhidmat"....dia bagi kata2 semangat...katanya "salwa, awak kena syukur, w.pun awak tak naik pangkat tapi dalam ramai2 peg BPR, awak dah terpilih sambung master, awak sorang jer perempuan pulak tu... " dia kata lagi, "kerjalah untuk brkhidmat...bukan naik pangkat"...oh yer kawan saya ni bulan jan hari tu baru balik Mekah...sungguh lama tak jumpa, dari last year, last jumpa sebelum dia ke Mekah...



Tulah ceritanya....bebel pagi2 lagi ni...sementara tunggu pak haji balik surau..nak gi minum pastu terus ke court..kena cepat2 pergi boleh parking kat dalam kompleks mahkamah seremban 2, kalau lambat parking luar kena jalan jauh wooo....kaki masih sakit...sekarang saya makan madu+habatussawda' dari yaman yang Along bawa hari tu...kan habatussada ni ubat segala ubat kecuali maut....maka makanlah habatussawda dan madu sebab ianya sunnah....

2 comments:

Zareda Norman said...

"kerjalah untuk berkhidmat.. bukan untuk naik pangkat'.. hehe ayat ayat untuk berlapang dada bila tercicir kenaikan pangkat.. macam kak zar ler.. tercicir satu batch.. tapi tak pe.. Rezeki Allah tu sentiasa ada. Anggap jer kerja tu sebagai ibadah.

Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk kita..

Hanisumayyah said...

Betul... kak zar cuma kdang geram kat junior jer...pasal gaji jerlah...tapi bila fikir kan tggjawab bsar menunggu kalau naik, rasa cam xpayah naik pgkat pun takper....hehehee

Kalau ada rezeki tak kemana.. yer tak?