Tuesday, March 24, 2009

Cemburu

Rasa cemburu ini membunuhku
Assalamualaikum



Saya ingat saya ni dah takde cemburu2 lagi. Umur pun dah tua :P. Tapi silap beb! Masih kuat perasaan itu. kadang2 sampai rasa membunuh kewarasanku.


Diam diri jer kadang tu, malas layan cemburu ni. Tapi tulah jiwa ni dah dilatih menyiasat..kemana2 pun tetap nak menyiasat juga.


Tu yang tambah buruk kan keadaan. Apa sahaja perkembangan kat sana mesti tau punya. Kadang korek dari suami. KAdang korek dari sms kat PDA suami. Kadang tanya anak2 tiri atau hani, tu kalau dia ke sanalah...


Semalam cemburu datang lagi. Bukan sebab apa...sebab simple jer. Kat sana beli 20 ekor anak itik. Kak aza sms bagitau dia "yang...umi dah buat castle untuk 20 si cute...."..terus tanya suami sapa si Cute ni???


Suami tak jawab...senyum jer...sy paksa jugak..lantaklah...last kena gak bagitau..anak itik rupanya..hishhhh......Geram tau! Anak itik pun saya geram jugak. Lantaklah. Sian anak itik tu tak pasal2 saya geram pasal dia...


Yerlah hani ni punyalah suka binatang. hari tu ayah dah order anak angsa kononnya nak kasi hani bela. tapi tak jadik pulk. tetiba jer kat sna pulak bela anak itik. Saya harap sebenarnya suami bagilah sekor dua untuk hani bela..main2 jer lagipun makwe ada tolong jagakan.


Dalah ayah janji nak ambik anak kucing siam kat satu tempat tu smapai putih mata hani tunggu tak juga dapat anak kucing tu. Masa gi rumah kak aza bulan lepas, masa yang masak sama2 tu.... saya dengan suami ke pasar, pastu saya terjumpa anak kucing comel sgt, terus minta izin ayah bawa balik. sampai rumah kak aza saya masukkan dalam cage rabbit yg saya punya dulu tu [kak aza lupa kot, dia minta balik cage tu, mak nya nak bawa bawa kucing ke klinik nak 'kasi']


Saya beri nama girls punyalah hani excited...sampai cat tu dibedungnya, dahlah cat tu baik sangat....malam letak atas katil smapai pagi macam tulah...dalam selimut tak lari kemana-mana. Kiranya hidup hani bermaksalah dengan kehadiran girls tu. Banding dengan Fifi kucing sesat yg datang tu, fifi tu over ganas ..yerlah kucing kampung.


tapi lepas 3 hari, satu subuh tu lepas solat saya main2 dengan girls. lupa nak letak dia dalam bilik air...dia kencing masa saya letak atas sofa. banyak pulak tu. Saya letak dia sementara kat luar sebab saya nak basuh dan mop lantai. taks empat nak letaka kat cage dia. Alih2 hilang, tak tau gi mana...puas carik tak jumpa.


hani punyalah sedih dan marah kat saya lepas girls hilang. Tuala yang bedung girls tu dicium2nya...yerlah ada macam bau kucing lagi...sedih betullah dia.


Sayang dia kat kucing memang tak mengenal rupa. Pergilah makan kat kedai mana kalau ada kucing buruk macamamanpun ia mesti pangku dan peluk. kalau tak dimarah mesti dicium2nya kucing tu.


Kiranya kalau makan kat kedai tu, aktiviti dia adalah mencari kucing dan main dengan kucing. KAdang nak marah tak sampai hati, habis bawah2 meja dimasuknya nak main dengan kucing...


Semalam masa makan kat kedaitu ada sekor kucing hitam, dia dah berkenan. Kucing tu kurus jer...dah minta izin dengan ayah nak bawak balik, tapi ayah pulak tak benarkan. Tulah...ada rezeki saya ingat nak belikan dia kucing Farsi...dah survey kat Mudah.com..memang banyaklah...


tak dapat bagi baby bagi anak kucing pun jadiklah....

eh dari cerita anak itik pergi cerita anak kucing plak....sebenarnya belakang rumah kak aza ada tanah, baru jer ayah cakap nak buat kandang utk kambing yang bagi pawah kat orang tu. Dah banyak anak yang mati dan baka paling besar pun kena curi orang...s ayah decide ambik balik kak aza nak jaga sendiri...



Tau tak napa saya cemburu? Yerlah kat sana banyak aktiviti, banyak cerita, banyak benda nanti boleh kongsi, banyak masalah yang akan kena share dan settle sama2. Kat rumah saya rasa macam takde benda nak citer dah..balik2 pasal hani..pasal saya...macam boring jerlah....kat sana dahlah ada sofiyyah sebagai penceria suasana, ada zubair, ada elyas, ada syakirah...sekarang ada si cute 20, ada kambing2 lagi...


Apa nak buat ni??? tekanan okay...

No comments: