Saturday, February 27, 2010

Rumah bergerak

Assalamualaikum w.b.t



Sejak bawa Hani berpindah ke Putrajaya ni saya punya hidup macam orang Nomad jer rasanya. Berpindah sana sini.


Kereta saya kini dah jadik rumah bergerak. Kat bonet kereta tu ada satu beg besar, satu bakul yang berisi susu hani, termos, botol susu, 3 balang masing2 milo, gula pasir dan creamer.


Dalam bonet juga ada dokumen2 penting, hangkut juga sekali mana tau apa2 hal senang....capai jer dalam bonet. Termasuk juga bahan2 study (kan tesis tak hantar lagi) pastu ada jugak 4 pasang kasut sekolah hani.


Pada masa2 tertentu juga akan ada sebuntil baju yang saya ikat jer dalam kain batik (baju kotor sebenarnya)...kalau baju basah tu saya basuh jer...yg mana kering tu saya bawak ler balik rumah seremban.


Sejak dua menjak ni jugak kami bukan sahaja berulang antara seremban putrajaya jer...sekarang ni dari Putrajaya kemi terus ke Port Dickson.


Macam semalam, dari Putrajaya direct to PD.... mula2 hari khamis habis kerja nak terus balik Seremban, tapi pak hj kata dia tak balik malam tu so kami malas nak balik, tido semalam lagi rumah kak azwa. Kak azwa rupanya awal dah balik Trengganu, saya sms dia dah di airport.


Tapi pagi Jumaat tu awal2 subuh pak hj dah called suh balik PD pulak. Saya pun taat jerlah, siap2 terus ke PD. Mula2 bingung jugak bila dah start keter tu, sebab saya bukan pernah bawak keter straight dari P.jaya ke PD. Sebab kena lalu dalam katanya...pak hj cakap jarak dalam 60 km jer, bandung ke seremban dari Putrajaya dah 60 km lebih..agak jimat kalau straight Putrajaya ke PD.


Tapi macam biasa...bukan tak biasa kan? Teruskan ajer perjalanan, lagipun hani ada..adalah kekuatan sikit....call pak hj katanya lalu Baru salak tinggi-Sepang- nanti jumpalah signboard ke Port Dickson. Redah jangan tak redah.


Akhirnya sampai juga kami..tak susah mana pun. Malamnya ebelum maghrib pak hj suh saya ke masjid telok kemang sebab ada kenduri dan ceramah maulidur rasul. First time nak gi ceramah maulidur rasul kat masjid sejak dah tua ni.


Pak hj kan bersolat jemaah kat masjid telok kemang tu jadi tu yang dia suh datang tu. Kebetulan ada jemaah lelaki tempatan dan dari madras keluar 3 hari kat masjid tu. Kami dua beranak solat maghrib kat rumah tumpangan dulu, sampai2 elok ceramah baru nak mula.


Lepas ceramah dapat makan. hani sukalah kan memang dia lapar sebab tengahari tu kami makan roti jer ...nak masak bahan takde, dan saya malas nak keluar ke bnadar PD...dapat pulak udang masak lemak..hani kan pencita udang tegar.


Pagi ni nak kemas2 rumah pulak sebab tengahari ni ada group nak check in dan lepas tu terus balik seremban. Nak basuh baju seminggu punya termasuk pakaian sekolah hani dan kasut sekolah. pastu nak packing baju untuk minggu depan pulak.


Ok tu jer.






Wassalam

No comments: