Wednesday, February 9, 2011

Ada orang nak pinjam seribu!

Assalamualaikum w.b.t


lately ni ramai pulak nak pinjam duit dari saya.


beberapa minggu lepas, 2 orang pinjam


dua2 laki orang tau.


Tapi sebab memang dah berbaik


kenal hati budi maka saya beranilah bagi


Alah zaman sekarang senang jer nak meminjam ni tak yah face to face


Yang sorang main call jer....terus saya transfer RM500....nak pinjam sebab nak repair keter berlanggar dengan lembu


Keter tu keter ayah dia yang dia pinjam, so kesian saya bagilah kang bergaduhlak anak beranak...


yang sorang lagi nak pinjam RM200, hantar mesej kat inbox facebook jer


lama dah tak jumpa kawan yang ni


Dulu2 sama2 posting kat N9, sama2 susah payah menyiasat


Bezanya saya SIO dia, dia anak buah saya.....tapi kami close lah jugak


Pastu dia sambung diploma dalam kerja dapat naik pangkat tukar Langkawi


Pastu saya lak tukar HQ


Dia dapat minta balik N9


Isteri baru bersalin anak kedua...


Terfikir pulak, tak kasi pinjam kang anak takde susu pulak


Macam2 fikir....so terus jer transfer RM200 ke akaun dia..dan2 tu jugak


Dua2 dah bayar tapi yang sorang bayar separuh jer...tak kisahlah asalkan ingat


Dan minggu lepas ada jugak yang sms nak pinjam,


Sms bagitau nak pinjam seribu


Seribu terus, sungguhpun ada dalam simpanan jumlah yang dia nak pinjam tu


Tapi hati saya tak terbuka nak bagi pinjam macam dua kes kat atas tu


Dan saya puas pujuk hati sendiri untuk bagi separuh dari jumlah yang dia nak tu


Tu pun saya tak mampu juga...saya balas sms


Saya kata saya taklah semewah tu nak bagi pinjam....separuh bolehlah


Tapi at the end saya batalkan ajer.....dan dia pun tak sms saya...so saya senang ati


Selepas 5 hari barulah dia sms tanya dah bank in ker?


Saya kata saya takde duit....walaupun kata2 tu doa saya terpaksa tipu jer


Saya cakap saya tak mampu nak bagi pinjam


nak tau siapa???


Hmmmm


Cam biasalah


Sapa lagi???


Dua yang atas pinjam tu dua2 pernah kerja dengan saya di N9


Dan saya kenal diorang lebih kurang dengan yang no 3 ni


Tapi xtau kenapa saya letak kepercayaan pada yang peminjam 1 dan 2 lebih dari yang no 3...


Semuanya kerana soal hati...


Hati saya tak mau....


Peminjam ke 3 tu


Tak lain tak bukan...


Pak hj....


Tadi dia sms kata dia cadang nak balik weekend ni tapi pencen tak masuk lagi (ada masalah teknikal so januari punya pencen non ado) rasakan!


Yang pelik pencen perkeso Aza dapat pulak


Pepandailah atur...pencen aza pun seribu lebih gak, pencen JPA pak hj ada 3oo kot


plus sewa rumah homestay tu 400, sure ada duit lagi tu...


klau saya bagi seribu tak tentu dia ganti....pengalaman mengajar saya....


tadi seolah2 dia sms macam nak psiko saya, konon takde duit so xdpt balik....


Hati saya sungguh kering saya kata takperlah xbalik xde duit, dok diam2 jerlah kat sana


dan panjang lagi sms saya ....xyah reveal kat sini....


Kesimpulan....saya tak kisah, balik ker tak balik ker, saya tetap begini.....nothing change!


lagipun masa dia balik dua minggu lepas saya habis RM 1,500...


Mana taknya, belanja 4 hari minyak, makan, ulang alik putrajaya-cheras-pjaya-shah alam-bangi-p.jaya-kelang selama 4 hari...mau tak minyak dekat 200....


Pastu atas nasihat pak hj, kami beli tilam, dah ada tilam terpaksa beli set comforter 100% cotton baru plak tu size King mana ada yang seratus kebawah yer dak?


Da setahun dok tido atas toto, pastu atas tilam angin


pastu tilam angin dah bocor, atas toto semula


So terasa sangat mendera diri sendiri yang sepatutnya kerja penat dapat hak utk tido yang tenang dan nyaman atas tilam yang empuk...


Tapi untuk berjimat saya ajak dia gi kedai second hand perabot kat bangi (saya mmg suka barang2 2nd hand~suker sangat2! rasakan laki pun dpt 2nd hand)


tapi dia yg memantingkan kualiti rupanya gi deal dengan kedai perabot sederet kedai 2nd hand tu dan tengok tilam baru


Ada satu tilam brand king koil, after less (katanya lah) RM1100 king size


Kalau queen RM800


So mengetahui pak hj punya citarasa plus dengan saya yang taknak menyesal bali yang murah dan balik xpuas hati....


maka ambillah jugak king koil RM1100 itu size king.....


Bedroom set lenkali jer pasal xde yang sesuai citarasa saya (harga cekik darah, kualiti biasa2 jer)


So, sebab pak hj pandai tawar dan keadaan dia yang OKU itu, maka harga dikurangkan kepada RM970.....


yang keluar ongkos sayalah jugak


Walhal saya dah deal nak beli yg second hand brand vono, baru RM120, kos lori 50 elok lagi tilam tu...size king jugak...tp pak hj xmo....tau2 jerlah dia standard tilam yg dia beli mmg citarasa tinggi....


10 thn lepas pun lepas kawin dia beli tilam RM800 size queen...takde dia nak yang bawah2 RM500 sungguhpun bukan berduit sngat kami ni...


Mungkin pada anda harga tu rendah dan biasa2 jer tapi sebagai saya yg dah setahun tido atas toto kekabu yang harganya RM30 beli di Nilai3, RM 1100 tu adalah mahal pd kedudukan sy skrg ni, apatah lagi dah ada 3 katil dan 3 tilam kat rumah seremban....


tapi entahlah nak jaga hati pak hj dan nak cuba baiki hubungan suami isteri (sejak gaduh besar2an mmg nafsu saya merudum besar2an, no nafsu and no projek at all and saya tido dengan Yaya dia tido dengan hani....atas toto lain2


Mungkin kehadiran tilam baru mengubat hati saya (ntah hapa2 punya hipotesis ni)


Tp okaylah dah ada tilam ni, dengan ketebalan yang bolehlah tahan...takdelah rasa macam xde tempat lepak....tak dulu apa jadahnya nak lepak atas toto siang2 buta...penat duduk bangun jer....


hahahaaa luna dah rasa melepak atas tilam tu kan? baru beli beberapa hari jer tu....


So, kesimpulan sebab dah habis kos beli tilam and etc..... memang idakler saya nak keluar kos lagi.......apatah lagi bagi dia pinjam yang besar kemungkinan pinjam tu berkubur terus.... contohnya hari selasa masa nak babai dan hantar dia naik bas balik penang sempat dia titipkan pesanan kat hani bgtau ayah xde duit dalam poket boleh tak minta kat ammie....


Atas dasar belas ihsan, saya titipkan kat hani RM50 hantar kat ayah dia dalam bas buat bekal balik ke penang...dari geram jadik kelakar pulak...memang dah terbalik kot sangat2...


Nak marah kesian pulak, macam round a circle lah....nak marah dia xberduit tp dia tak boros, nak marah keadaan dah dia tak kerja anak plak berderet, nak marahkan aza nanti aza kata dia ada income sendiri...nak marahkan keadaan...hmmmmm pasrah jerlah....


Nak cerai, apa dapat....sebab skrg ni nak sakit ati pun tak tersakit ati.....dah jadi perasaan lain pulak....saya dah pecah hati kot smapai xreti nak terasa hati lelebih....


Wassalam

4 comments:

Irfa said...

wah..senang betul nak wat loan ngan akak yer?ada 'bunga' tak?hehe

ada jual tilam second hand ke?ingat kedai jual tilam baru je..
tingin gak tukar tilam..dah 10tahun umurnya..duduk terasa besi mencucuk ..hihi

Ummi said...

kelakar plak wa, bila baca pasal peminjam tu tak terfikir plak yang peminjam ke tiga tu pak haji, kelakar sangat :)

Zareda Norman said...

waduh waduh memang dah terbalik kot...

kakLuna said...

hehe dah dgr versi cerita skrg versi bertulis...a'ah dpt la merasa tilam empuk tu kat umah kak wa wpun sekejap (kes luqman mandi lama sgt...buat mcm bilik air sendiri je)