Assalamualaikum w.b.t
Ikut hati yang tak berapa nak stabil ni
Malas nak fikir panjang
Malas nak bebankan dengan masalah yang dah basi
Masalah rmhtangga ni lah
Tp bila kenangkan yg saya susah nak fokus pd kerjaya
Terasa nak bertindak jer
Tp knangkan kerenah dan masa serta benda2 kecik yg saya tau akan menyemakkan kepala saya
Saya fikir elok saya diam jer
Sungguhpun ramai kata saya kuat, tapi bila saya terima sms pak hj tu
Saya sedih juga, isteri mana tak sedih
Cakap jer kuat saya ni tapi sedih dan sayu tetap singgah juga
Walau cuba saya tepis sungguh2
Pokok pangkalnya fikiran saya terganggu
Sampai meganggu juga kerja saya
Termenung dan berfikir sendiri dan kemudian otak rasa letih, tu dan biasa saya hadapi
saya rasa prestasi kerja saya terjejas...ada dlm meeting hr tu saya termenung sampai Dato panggil saya...hahaaaa
Saya dah lama tak citer hal kerja kan?
Sebenarnya kerja saya sangat sibuklah, dari hari ke hari bertambah sibuk
Mula januari 2010 ni saya dah jadi orang no 2 jaga Unit Komunikasi Korporat
Boss saya no 1 dulu, yang Dato' tu dah naik jadi pengarah Bahagian Dasar, Penyelidikan dan pembangunan.
Boss No 2 tu pulak transfer jadik timbalan dato' ke bahagian Dasar
So boss no 3 dah lead Unit saya, nama boss saya PKPj (penolong kanan pesuruhjaya) Muhammad Salim Sundar bin Abdullah
Kalau tanya satu Malaysia pegawai SPRM (org lama, org baru pun mgkin kenal) memang pelik kalau org tak kenal Tn Salim ni
sangat out spoken, sangat berani sangat yakin sangat besar cakap dan sangat berani marah sapa2 pun...hampirb semua org takut berurusan even dengar nama dia jer pun
Kalau orang dengar nama dia memang sure takut, mesti takde sapa nak kerja bawah dia tau..
Dia ni jenis old school, masuk kerja tahun 70 an tau
Dia masuk lepas SPM, belasan tahun lagi umur dia masa tu
masuk dengan hanya gred 17 ...zaman gi menyiasat masih pakai motorsikal, naik teksi...
Masuk masa tu sebagai pembantu siasatan, jawatan paling bawah
anak india dari perak, seoaruh adik beradik dia dah masuk islam
Kaki minum arak, pergi kelab, main perempuan masa zaman mudanya
Dia lahir tahun 1956 @ 57 tak pasti mgkin ada lagi service 4 tahun kot
Dan dia antara yang merasa setiap pangkat jawatan
Dan dia juga sambung belajar dan dah lama ada master, dan englishnya juga sangat power
Kalau dia naik 54 kira rekodlah setakat ni dialah yg berjaya bermula masuk dengan jawatan paling bawah dan pencen dengan jawatan paling atas gred 54, sekarang gred 52..
Sekarang dia banyak gi buat presentation paper di luar negara, tahun lepas macam2 destinasi luar negara dia pergi...Paris, venice, Bangkok, Macau, Jepun...ntah apa2 lagi
Tapi dia baik, dia belikan cenderamata setiap tenpat dia pergi...
Dan saya tak tau masa umur dia berapa dia masuk islam pastu dia kwin dengan org melayu
Tapi ada anak 4 orang, dua kat oversea skrg sorang kat USM dan sorang sek men
Kenapa saya citer tentang dia ni?
Saya citer dia ni sebab dia dah jadi boss saya
tak boleh main2 woo dengan dia
bnyk kesilapan dan kekurangan saya
Dan dia tau
Dan isnin ni siap2 dia bgtau dia nak marah saya dalam meeting
Bayangkan
Sebabnya dia nak marah miss conquer, tapi taknak ketara so kena juga marah pegawai lain
Harapan dia pada saya terlampua tinggi, saya dah cakap kat dia saya tak mampu tuan...tak mampu ikut rentak tuan dan tak mampu penuhi harapan tuan...
dapat2 lak ada masalah lain..miss conquer!
Miss conquer memang sudah over
Sudah berani tak datang kerja
Masuk lewat memang dah jadi kebiasaan, bila call xjawab
Kami ni dibekalkan dengan hp, sim card, broadband, laptop
Bakal dibakalkan dengan BB sorang satu akan datang ni
So kalau kau tak boleh respond xjawab call di luar waktu pejabat dengan kemudahan yang dah diberi tu
Buat apa diberi kemudahan?
So miss conquer dah buat beberapa onar
Tn Salim dah nampak keberanian dia
So dia nak bagi kata dua
bagi saya tuan bagi nasihat dulu, bila dia tanya pendapat saya as assistant dia
Tn salim ni dia boleh maki hamun orang sesuka hati
Tapi dengan miss conquer ni dia sabar jer dulu
Dia tak buat camana dia buat di perisikan dulu (dia lama di perisikan)
Saya takut juga nak tggu isnin ni...
Tapi saya yakin Tn Salim takkan marah gila2 kat Miss Conquer
Sebab miss conquer ni pandai lak menjawab...dengan senyum dia
Apapun harap isnin ni akan okay semuanya...
So saya rasa untuk saya cemerlang dalam kerjaya (kalau saya naklah) ruang memang ada
Dan Saya boleh juga tonjolkan diri anytime...dan Tn salim mesti akan sokong punya
Markah SKT saya tahun lepas pun 96% dan Dato panggil saya dan bagitau dia cadangkan nama saya utk khidmat cemerlang (tp saya tak letak harapan sebab banyak politik dalam APC ni)
Tapi dengan masalah rumahtangga ni saya rasa ia akan membelanggu saya selama-lamanya kalau saya tak leraikan
So kena juga decide ke mana arah saya dalam rumahtangga dan kemana arah saya dalam kerjaya
Dalam kerjaya jalannya dah terbentang luas depan mata...hanya perlu saya usaha dan focus
Dalam rumahtangga pula jalannya kelam, tak nampak cahaya depan mata (melainkan saya fikir ini jer satu2nya jalan mudah nak keredhaan Allah....maka saya pasrah dan redha jerlah dapat suami begitu)
Tapi hati ni dah macam letih dan otak malas nak fikir pasal rumahtangga....
masalahnya lagi tak selesaikan lagi tu lah semak hati ni dan seakan2 jadi duri dalam hati dan mengakibatkan kerjaya saya tersangatlah terkesan
Dengan Tn salim jadi boss ni memang saya kena lebihs erius takleh main2 dan harus fokus pada kerja sentiasa
Dia bukan kira siang malam kerja cuti, dia nak call anytime dia call
Semalam celik mata dah tengok ada sms dia
Walhal malam tu dia balik lewat gi RTM ada siaran langsung bicara rakyat di TV1
Tapi pepagi dah sms pastu call saya arahkan blast satu artikel ke paper tertentu, tapi harus saya ke pejabat juga sebab statistik yg ada dalam tangan sangat pelik dan perlu diteliti
Pastu siap sempat dia arahkan saya buat paper work untuk hantar belia present paper kat persidangan UNCAC di Morocco mei ni...idea tercetus hasil bincang dengan 2 prof yg jadi panel tu
Tau2 jerlah org old school ni dia pandai cakap banyak idea tapi bab menulis mmg hampeh..so apa ada dlm kepala dia dia curah kat saya dengan harapan saya akan dokumenkan
Sangat menekan dan tertekan okay, kerja sendiri tak lepas pastu apa ada dlm kepala dia...dia dtg lepak bilik saya cerita berjam2, pastu dengan harapan saya terjemahkan dalam bentuk paper work @ tindakan lain....
Wa talak mampu pikir semua....pastu kejap2 tanya tindakan mana? pastu marah u all ni apa saya cakap tu lepas tu etrus lah ambik tindakan....Haaaahhhhh?
Dapat lak bila saya email suh anak2 buah buat kerja ko tungguler sampai kucing bertanduk non ado tindakan..pastu tn salim marah saya kenapa tak marah budak2 ni, kenapa tak buat mesyuarat
aduhhhh...sya dahlah sharp jam 5 kena balik hani abis sekolah 4.30 yaya jam 5....sekarang dah berapa kali saya ambik hani jam 6.30...yaya pun dah kena bayar OT dah ...sure banyak bulan ni, bln januari kena RM13.50 jer
Ada satu hari hani citer ada budak form 2 nak mengurat dia....pegang2 bahu dia bagitau adik2..abang minat lah kat adik....pastu ustaz2 hani pun suka sangat layan2 dia kalau saya balik lewat...hani lak melayan sama....org kurang kasih sayang ada yang layan menjadi ler...
Risau pikirkan masalah kerja dan nak uruskan anak pada masa sama....sedih pun ada sebab letih semua benda nak fikir dan urus sorang2...sampai bila tak taulah?
Wassalam
No comments:
Post a Comment