Wednesday, February 9, 2011

Cerita bergambar Hani-Yaya

Assalamualaikum w.b.t


Semakin hari semakin mencabar membesarkan dua anak perempuan ni


Emosi kedua-duanya sangat rapuh


Saya ni pula masih proses belajar menangani secara baik emosi kedua2nya


Semacam tarik benang dalam tepung


Tapi masih ta tak berjaya, makin hari makin sukar



hani makin suka membuli Yaya, terutama kalau di luar rumah, mungkin sebab diluar rumah dia tak perlukan sangat Yaya, sebab memang semulajadinya waktu diluar dia happy, tak perlu kawan (yaya) malah kehadiran yaya satu beban pulak pada dia


tengok, punya dia geram kat Yaya dan malas nak layan yaya, masa gi wetlandm dia naik sensorang kat atas, layan blues memang tegas dan garang dia tak bagi yaya naik lansung, dia nak relax sensorang katanya....nampak tak kepala yaya jer kat situ.....sungguhpun sekadar situ hani dah ngamuk2 dah suh yaya turun ke level bawah.....



Ni muka bengang dia, sekarang makin kerap muka bengang ni.....kat rumah pun saya tengok layanan dia kat yaya memang garang habis......tapi sifat kasih sayang tu masih wujud, pakaian sekolah yaya masih dia yang lipat masuk beg, mandikan yaya tetap dia yang buat juga...termasuklah letakkan ubat gigi di berus gigi....syukur jugaklah...





Dan buli dia berterusan kalau ambik gambar, banyak gambar dia saya tengok mesti dia ada buat something kat yaya, cubit pipi lah, pegang kepalalah, ejek lah....cuma malas nak upload jer....masa ambik gambar tak perasan, bila dah ambik tengok kat hp mesti ada jer tak kena dengan gaya dia berdua....





Yaya jer kekadang memang sengaja memanjakan diri dekat hani,cam dalam gambar ni....




Yaya makin gedik dan manja, asyik nak bermanja pantang saya berlembut sket....kadang marah dan geram jugak kat kakak dia, terus mengadu kat saya, tapi saya nak marah hani sungguh2 pun tak berani, takut dia kecik ati kononnya dah ada yaya saya anak tirikan dia pulak




Tapi dalam banyak keadaan hani masih ada tanggungjawab jaga adik dia, perhati ke mana sahaja dan ambik berat cuma jeles dan sakit hati tu amsih sukar dibuang agaknya





Terutama bab ambil gambar memang dia tak suka saya ambik gambar berdua dengan dia dan dia pun tak nak ambik gambar berdua dengan yaya....yang yaya pulak tergedi2 nak bergambar sama....sudahnya hani tanda protes dia pandang tempat lain




Ni satu sebab kegeraman hani, yaya tak tau duduk diam, ni masa ziarah abang suami saya, seminit pun dia tak duduk diam ni saya marah baru dia duduk atas sofa ni...




kalau kat rumah takde masalah sangat mungkin sebab hani xde kwan so yaya memang boleh jadik kawanlah...






Kadang nangis2 yaya kena kacau dan sakat dengan hani....kadang memang saya dera dia terutama bab2 suka cakap tipu......sekarang dah tak cakap tipu lagi....lepas sya dera dia sikit...payah nak ubah sikpa yang mak dia dah bentuk....






tapi masa tido dalam keter dua 2sepakat takde gaduh2 tempat sempit pun boleh share takde complaint






Balik dari kenduri kawin di Balakong...berjemaah tido...





Balik dari kelang....


Wassalam

2 comments:

MA said...

Good luck Salwa. Now is the EASY part. Tunggu ler diorang start masuk remaja...boleh sakit jantung tau...:)

Enjoy them now when diorang masih nak ikut (jalan & cakap) you...:)

Hanisumayyah said...

MA...

Saya pun rasa saya dah improved banyak skill keibuan (bapa takde) dan ada tambah kesabaran mungkin belajar dari didik hani dulu.

Dan syukur juga ada peluang sekali lagi didik anak dan baiki cara yang tak betul masa didik hani dulu...dan ada juga peluang guna teori2 didik anak...

harap2 bila remaja nanti takde beban sangat tu sebab dari kecik ni saya letakkan dia dalam suasana yang agak terpelihara, xmo terpengaruh kawan2 pelik2, gajet dan teknologi yg xerlu....dan alhamdulillah sekolah dia bagus.... tapi xtaulah sampai bila mampu pastikan diorang sentiasa dgr cakap saya....tp kalau xdgr ckp saya tapi ikut perintah Allah dan hidup cara sunnah tu dah memadai....