Wednesday, February 23, 2011

Politik

Assalamualaikum w.b.t


~citer hal kerja~


Akhir-akhir ini sangat terbeban pemikiran dengan kerja, tapi masa pejabat jerlah terbebannya


Bila dah melangkah keluar pejabat dah tak fikir dah pun


Dah sibuk bekejar nak ambik budak berdua tu


Cuma bila malam lepas masak dan makan tu terpaksalah juga buka email dan pastikan mana-mana yg tertinggal email dibaca


Dan pastinya beberapa perkara rutin setiap malam adalah memeriksa tugas hakiki saya


Tugas2 yang mana saya incharge, Baby saya lah konon2nya,


Periksa facebook, kalau ada soalan yg baru di ruangan discussion saya akan jawab, dan update mana2 status kat wall yang dirasa perlu


Sekarang bertambah dengan twitter yang dikemaskini setiap hari scara langsung dari court Jalan duta


itupun perlu diperiksa juga, ada dua officer dalam court yang akan tweet setiap butir perjalanan inkuiri


saya dua hari jer pergi, lain2 terpaksa suh anak buah sebab kat pejabat punya hal lagi nak handle


M1, boss saya dah tentu menguruskan pelbagai hal peringkat jabatan, mana nak ikut KP, mana nak hadir mesyuarat yg pelbagainya


dan mana nak pergi jumpa consultant dan macam2 lagi


saya sebagai M2 trpaksa take over mana2 meeting yg kecik2 saya jer hadir


kali ni isu TBH (Teoh beng Hock) betul2 kami all out


Belajar dari kesilapan dulu yg gagal kawal krisis


kali ni lebih bersedia, mental dan fizikal


Semua tenaga di kerahkan, maksud saya unit kami nilah


walaupun isu ni pada sesetengah masyarakat dah basi tapi kesan pada sprm amat besar akibat kes ni


Ikut fikir secara fakta amat jelas yang dia suicide tapi senario inkuiri (juga inkues) tak menyebelahi kami, tambah2 dengan keputusan open verdict oleh koroner muntapha tu ( sakit ati saya)


Eh ni close discussion yer....hahaaa ..... tp tulis gak suara hati saya kat sini, lepaskan apa yg terbuku


Tapi skrg dah macam caca merba jugak, mula2 suka hati sangat saya bila kami lantik dato' Sri Shafee yahya sebagai council rep bagi kita (bayar berapa jutalah gamaknya dia ni)


kak azwa, if i'm not mistaken RM30k/perday? correct me jika salah...RCI 90 hari, so total kan sendirilah...tu rate biasa kalau special case gini berapakah?


bila karpal/gobind jumpa dato' shafee pada saya memang buku bertemu ruas lah


memang terduduk dua beranak tu hari pertama dato' Sri Shafee appear, hujahan DS Shafee memang tepat dan dia pun memang kaki pusing


nak tanya A, dia boleh pusing dari Z, B, D , L...gituler


Saya memang terkagum tengok cara dia tanya soalan lah (as former peg pendakwa) haruslah rasa macam best jer kan?


salah satu sebab dua beranak tarik diri mungkin faktor DS Shafee dan satu lagi faktor gani patail kemuka rayuan semakan keputusan inkues Open verdict tu....yg xkeluar apa2 keputusan lagi


So, ada beberapa kemungkinan, malahan permohonan penangguhan oleh dua beranak tu supaya semakan dibuat atas perlantikan Comm James Foong utk RCi (royal Commision Of Inquiry) tu ditolak mentah2 malah mohon tangguh sampai keputusan semakan pun ditolak


memang dua beranak terus angkat kakai keluar court lah


esoknya selangor punya lawyer pulak tarik diri malik Imtiaz (hujahan dia pun bagus)


lepas tu memang rasa tak berapa hangatlah sebab dua beranak yg gila2 berhujah dah takde


FYI saya memang ikuti setiap perbicaraan inkues thru laman web AGC sblm ni dan kali ni saya hadir RCI ni sebab nak dengar hujahan pihak2 berkenaan...teruja sesangat



tapi 2 beranak dah tarik diri pulak....walaupun diorang masih ada kat situ tapi untuk kes sodomy lah pulak...


Dua beranak tu memang pandai lah ..pandai berhujah dan pandai putar belit fakta


kadang2 soalan dia ditolak tapi reporter macamana pun sempat quote apa dia cakap siap jadik headline esoknya


Org awam baca semua percaya walhal tu kadang2 hanya cadangan jer yang bersifat soalan (i put to you....), walaupun saksi nafikan cadangan yang disoal tu tp reporter ni jahat2 dia quote jugak....


jenuh nak spin balik.....


entahlah, saya rasa patutnya RCI ni tak patut mulakan kena tunggu sampai keputusan semakan di mahkamah tinggi tu keluar, ni 23 mei baru nak didengar semakan tu.....


So adalah ta adil terlalu awal RCI berjalan dan semacam contradict pulak nanti kalaulah semakan keputusan tu nanti akan mengeluarkan keputusan either dia membunuh diri @ dibunuh so what next?


Apa akan jadi dengan RCI, dan apa pulak nanti keputusan RCI yang akan dibentangkan depan YDPA april nanti? adakah keputusan RCI akan dibuat sama spt keputusan inkues yg disemak???


Ada asasnya juga karpal tarik diri sebab permohonan penangguhan dia tak diterima....tapi kami macc xboleh buat apa, arahan dr atas utk RCI ni dimulakan....



yang dibantah juga dalah perlanatikan conducting officer, peg pengendali ni berperanan tanya soalan2 bg pihak panel kemisioner tu jer....amarjeet dan kwan Li Sa wakil dari AGC....dan 3 bulan ni diorang full time di RCI


Malah amarjeet juga tak pernah bawak case criminal (betulkan kak azwa) dan dia agak kaku dalam bertanya soalan..Li Sa yg bertanya banyak....


Sepatutnya dalam suruhajaya ni commosioner yg tanya soalan sendiri tp mgkin sebab status mereka, maka DPP ni digunakan


So yg nilah dua beranak tu xsetuju.....dia takut bias...


pada saya diorang berdua yg wakil keluarga TBH tu pun dah bias dah...


Sah2 diorang ahli parlimen PKR, sama parti dengna TBH dan tentu akam bias pada TBH gila2 punya...



tu pun tak edar...eh banyak nak kupas lagi ni......ngantuks lak...


hari ni sejarah balik paling lewat, lebih jam 9 baru ambik hani dan yaya sebab jam 5.30 tadi ada meeting di jalan duta


Kak azwa, meeting dengan boss akak....Ag.....pasal TBH jugaklah....eh saya pemerhati jer....menempel kat situ....


tapi terkesan jugak balik lambat sebab abis meeting tu ada lak sub meeting ngan boss saya....


macam2 dia luah menyebabkan saya terkesan dan terasa bahawa lagi tinggi pangkat kau lagi kuat kau kena berpolitik......


dan saya juga dimaklumkan siapa bakal KSN next after sidek hasan, sungguh terkezuttttt.... sampai saya berfikir adakah ini juga politik???


P/s: saya dah hantar bengkel keter pagi tadi, semua kecederaan dah dibaikpulih, yang scratch sebelum ni dah cat semula, pendek kata dah normal lah...so hari ni terbang RM295.....lenkali nak bawak nak hati hati hati hati hati...taknak bawak ganas2 lagi.....azam saya sebolehnya nak cuba sopan dan santun semasa memandu.....tapi bolehkah kerana gaya pemanduan yang pantas, menyelit, tekan minyak dan pecut telah sebati selama 10 tahun dalam diri.....kecuali semasa hantar/ambik anak ekolah saya akanbawa kelajuan biasa sebab fikir anak2...hehehee tp masuk jer lraya baik PLUS atau MEXX maka segera jer memecut....

Wassalam

3 comments:

MOKCIK AZWA said...

Salwa,

err..Shafee Yahya ker Shafee Abdullah nie hehehe? Bayar RM30k perday...fuiyooo...loaded gilerr..

Bagi Azwa sepatutnya peguam dan keluarga TBH berpuas hati kerana apa mereka mahukan sudah diberikan..utk kerajaan tubuhkan RCI. Dah ditubuhkan, nak pulak orang2 yang terlibat dalam tu mengikut kehendak mereka..dah beri betis nak peha pulak..

anyway, Tn Amarjeet is a very experienced officer dan ini satu penghormatan kepada Bahagian Guaman kerana seorang pegawai dari Guaman dilantik sebagai anggota RCI yg biasanya diconquer oleh pendakwaan. Kami kehilangan beliau untuk 3 bulan akan datang ini...hilang tempat merujuk sebab beliau memang pakar dalam hal-hal tort.

Whatever it is hopefully RCI ini akan berjaya mencapai matlamatnya untuk mengetahui cerita sebenar yang berlaku dalam citer TBH.

MA said...

20 tahun dulu ofis saya dekat-dekat dgn ofis Shafee - masa tu dia baru lagi kot, ofis pun tak ler canggih mana - selalu la jumpa Sh Aini dengan Raja Baharin (yg engage Shafee masa tu)...siapa sangka yer sekarang dapat 30k a day ...


MA

Hanisumayyah said...

Kak azwa shafee abdullah lah...tersilap, shafee yahya tu former DG kami yg ada kuarkan buku biography yg ister dia tulis tu...dlm kepala ni tersedap sebut shafee yahya lak....