Sunday, February 20, 2011

Seminggu Cerita Dalam Gambar....

Assalamualaikum w.b.t


Macam biasa, ada masa saya upload lah gambar kan...gambar aktiviti kami seminggu ni. Apapun hidup kena terus juga, walau ribut dan taufan melanda rumatangga, walau sibuk kerja tekanan boss, masalah anak2 buah kat pejabat tapi blog tetap on...masalah miss conquer nampaknya berterusan...tp takperlah lain kali cerita ok...


Seminggu yang baru lalu ni, hari kerja sangat penuh sebab saya diarah memonitor twitter SPRMMalaysia dari Kompleks Mahkamah Jalan Duta, hari yang mula2 tu saya pergi sebab nak tau keadaan perbicaraan. hari seterusnya hanya 2 pegawai bawah saya yang pergi, sorang tweet dalam BM dan sorang lagi dalam english.


So bagi sesiapa yang nak tau perkembangan secara langsung perbicaraan RCI Kematian Teoh Beng Hock boleh follow twitter 'SPRMMalaysia' ok, selain kami yg tweet secara langsung, reporter Malaysiakini dan Malaysian Insider juga tweet dr dalam court jugak.


Agak lewat kami buka akaun twitter, tapi masih tak terlambat walaupun ahad lalu baru dibuka tapi hampir2 mencecah 200 orang. Saya pun ada akaun twitter boleh follow 'hanisumayyah', rajin jugaklah saya update sesambil mengadap BB tu...


Ok, kembali kepada diari perjalanan hidup kami 3 beranak sepanjang seminggu lalu...cerota bergambar jerlah...lagi senang nak hayatikan...

Gambar bawah ni masa hari selasa masa Maulidur Rasul tu, pepagi kami dah ke Alamanda. Takde dalam jadual asal, mula2 jam 8 tu kami dah ke Jenderam, sebab ada janji dengan kawan nak jumpa di sana, sebab masa saya keluar 3 hari tu telekung saya tertinggal kat rumah dia di Bukit Inas, Kuala Pilah, kebetulan dia nak menziarah mak dia di madarasah/pondok mengaji (utk orang tua2) di Jenderam Hilir dia pun call saya ajak jumpa.


Nak balik awal sangat baru jam 10, so tanya Hani dia pun cadangkan ke MPH Alamanda, so ke sana lah kami. Tup2 tengah renovate pulak MPH...so duduk2 jerlah kat situ....sesambil saya ber fb dengan miss sinar yang dipaksa menyertai perarakan Maulidur rasul...sian dia....budak dua orang mencuba permainan2 ni sebab org pun xramai lagi kan...sempena maulidur rasul dua2 berjubah.....comel kedua2nya dimata saya...




Eh hari kan saya ada cerita yang yaya ni selalu buat kami gelak sebab dia tak pandai pakai tudung lagi, so ikut dan dia jerlah sarung tudung tu.....ni ada contoh gambar dia pakai tudung ikut dah dia jer....pastu dah pakai buat tak tau jer, selanba cakap ...ammie adik dah pakai tudung dah.....pastu siaplah kena gelak....ni salah satu contohnya....






Ni cubaan kedua masih jugak tak betul lagi, walhal dah buka dan pakai semula tu....





Ni dilain ketika pulak....skarf dalam tu dah longgar sebab ni tudung hani masa kecik, so nak bagi sesuai dgn saiz kepala yaya saya ikatlah getah kat belakangnya. So getah tu kat tepi kepala dia, nak mudah dia main selit jer masuk dalam..kelakar gila...masa ni nak baca taklim...dok gelak tgk muka lawak dia dgn tudung rupa gini.....aduhaiii yaya..







Ni kat depan masjid Putra siang tadi.....sesajer posing...









Tadi masa gi tasik Putrajaya, asalnya niat hani nak ambik gambar dengan ular tapi bila disua kan ular gigil dia sampai macam nak nangis...saya pun geli...






Ni hari apa ntah, ahad lepas kot, ke pejabat sebab ada artikel nak buat perlukan statistik....so ke office ler saya dengan budak berdua tu dengan Miss Sinar sekali....fyi miss sinar ni nak kawin 12 mac ni, lepas kawin xtaulah jadual dia camana...samaada bolehker saya panggil dia dtg pejabat...kot dah ada laki lain plak cara dia xtaulah....













Sambung gambar berpeleseran tadi....









Gambar ni pun klakar....ni gambar malam semalam, dah suruh dah dua beradik ni tido masuk bilik tapi macamana pun tetap nak tunggu ammie jugak, so suh dua ambil bantal tido depan TV dulu tapi hani jer tido yaya sibuk main, dia mana reti duduk diam ada jer projek...sekali tengok senyap jer...lorrr rupa2nya dah tertido atas kusyen ni..... baju/seluar recycle baju hani masa kecik








Ni gambar tadi lagik.....asalnya nak ambik gambar yaya sorang masa dia rehat atas tempat parking bicycle ni tapi hani jeles maba bagi ambik gambar yaya sorang, gambar saya dengan yaya pun dia xnak ambikkan....so dia menempel depan yaya, jadiklah hasil begini...nampak macam diatur pulak walhal kebetulan jer....






Gambar ahad lepas masa gi karnival woww di putrajaya ni...konon nak naik belon panas, non ado...so pusing2 ronda2 jerlah....panas bukan main masa ni...xtahan...





Gambar saya dengan hani tadi, yaya tukang ambikkan, dari 5 keping majoriti kepala tak nampak, sengetlah, mana taknya masa dia tekan tu dia pergi alih2kan tangan goyanglah, tertutup lubang camera lah....ni jer paling menjadi....


Adaker gambar dengan yaya mati2 hani tak benarkan ambik, langsung dia taknak ambikkan...sakit ati tauuuu, saya bgtau dia ambik ni semata2 tujuan ammie nak buat kenangan, tetap dia tak bagi....sudahnya ambik sendiri jerlah....



Sebelum menamatkan cerita bergambar, saya letak gambar terbaru ni masa kenduri kahwin rumah adik pak hj, nilah satu2nya gambar hani yg terkini dengan ayah dia dan juga satu2nya gambar dia yang ada gambar Along (yg hujung tu) dah umur 31 tahun tu...hari kenduri tu ramai saudara tegur rupa hani sebijik rupa along masa kecik, yerlah dah lama diorang xtengok hani...saya pun xtau nak cakap apa sebab xpernah tgk along masa kecik kan, kenal2 dia dah 20 an...tgh kumpul dana nak kawin tu dan sedang habiskan paper utk exam ACCA...ada 6-8 paper ntah...ulat buku dia ni..




Itulah ceritanya.....minggu ni dah 3 minggu putus hubungan dengan pak hj....terus pasrah dan berserah...selagi hani tak tanya pasal ayah dia selagi tu saya takkan ambil apa2 tindakan berhubung...kalau hani dah mula tanya nanti barulah saya akan smskan atau call kan ayahnya....


Wassalam

2 comments:

kakLuna said...

mmg seiras hani dgn along nya terutama kat area pipi

Mutiara said...

Comel si Yaya ni. alahai itu dah kira pandai pakai tudung tu. Saya masuk sekolah menegah pun tak tau ikat tali kasut.