Thursday, February 3, 2011

Bertemu saudara sebelah suami

Assalamualaikum w.b.t


Weekend minggu yang baru ni tiga hari berturut2 tetiap hari berjalan


Pak hj balik sini hari jumaat


Ingatkans esajer balik sebab nak memenuhi tanggungjawab sebagai suami dan bapa


Rupanya sebab adik dia buat kenduri kawin di Balakong


Lantaklah malas nak fikir banyak


Layankan jer


So sabtu tu ke balakong lah kami berempat


Ke rumah Nora di Taman Impian Ehsan


Kali kedua kerumah dia, kali pertama dulu dengan Iza, sesajer ziarah lepas kawin


Kat sana meriahlah sebab hampir semua adik beradik pak hj ada...


Nora ni adik beradik sama ibu lain ayah


Tapi memang rapatlah sebab pak haji yang dok besarkan diorang adik beradik


sebab lepas bercerai dengan ayah pak hj, dia jer dlm 4 beradik dibawa tinggal dengan maknya


Dalam 4 beradik pak hj yg sama ibu-ayah tu, yang bongsu tak datang sebab ada sessi bercerita di karnival karang kraf, dia kan penulis novel, Iris Ixora, dan sekarang dah menulis buku cerita kanak-kanak


So, esoknya pepagi dia dah call pak hj suh datang rumah dia, sebab katanya semua adik beradik dah datang kecuali pak hj...


So, tak nak kecikkan hati Halijah (iris Ixora) tu terpaksalah setuju kata nak datang petangnya


So, petang tu kami pun bertolak ke Shah Alam, sampai ngam-ngam maghrib singgah solat dulu


Rumah Lijah di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah


Tanya pak hj berapa harga rumah yang dibeli ni, setahu saya baru 2,3 tahun dia beli rumah ni


Sekali pak hj jawab lebih 3 juta....hmmm, sekali tengok patutlah, besar dan eksklusif kawasannya


sampai2 jer Lijah dah berpayung tunggu depan rumah, dengan baju sleeveless dan seluar paras lutut


Hahahaaa...abang siap jubah berkopiah adik bukan main ranggi lagi


Tak ambil gambar pulak rumahnya, tapi kami dibawa ke ruang belakang mungkin ruang keluarga untuk rehat2 agaknya, ada taman ala bali dibelakangnya


Dan ada ruang tamu yang sebelahnya ada kolam ikan karp


Sebab datang malam so tak dapatlah nak menikmati keseluruhan tatarias rumahnya, tapi memang banyak keluk2 dan pintu keluar masuk


Kawin dengan mat saleh lah katakan, hiasan dalam rumah memang ala2 konsep bali


Siap patung sana-sini, hiasan ukir2 kayu kat dinding corak2 manusia...cecepat istighfar bila tengok rumah besar2 ni, jangan terkesan dan masuk dalam hati kebesaran dunia


Lijah


Entah apa2....tapi sepanjang kedatangan kami, dia buka bacaan Quran....sejuk telinga


Hani dan yaya memang enjoylah siap bagi makan ikan bagai


Dan hani dapat pulak buku cerita kisah sooty...


Tapi malam tu hangatlah jugak, perbincangan kami bertiga


Lijah memang pandai cakap...mungkin nak buat bahan tulis dalam novel agaknya


Sekali fikir nampak macam Lijah ni dah lain cara fikir dia....ikut pak hj kata dah ala-ala free thinker jer...


Pandangan tentang agama pulak nampak cam universal


Dah tu katanya agama kena fikir logik??? Aikk sapa ajar ni?


Saya balas gak, eh mana boleh fikir cara logik, agama kena fikir ikut quran, sunnah kalau ikut logik, banyak tak logik...


dah tu dia tanya saya, tak panas ker kecik2 Yaya saya dah pakaikan tudung?


Saya jawab masa kecik nilah kena ajar, memang lah panas tapi lama2 tak panaslah


saya jawab, Hani 6 bulan saya dah mula pakaiakan sebab ayah dia kata, dari pakai topi baik pakai tudung sama jer konsepnya....cuma topi ni ala2 cara yang diperkenal yahudi, tudung cara islamik tutup aurat...dua2 pun tutup kepala


tetiba Lijah kata, hishkk tu yang jah tak setuju.....hanya Allah yang tahu hati seseorang tu...yang menentukan masuk syurga neraka hanya Allah....allah tau hati kita....bla bla bla....panjang lah lagi hujah dia...


sampai satu tahap dia kata, "berusahalah kamu seolah2 kamu akan hidup selamanya dan beramallah kamu seolah2 kamu akan mati esok"


katanya, apa2 pun Allah suruh kita berusaha dulu....tanpa usaha takkan ada rezeki....pendekata rezeki datang kerana adanya usaha....bukan kerana rezeki Allah bagi tetiba....hah..tang ni yg pak hj menyampuk... bukan usaha punca rezeki, tapi Allah yg bagi rezeki...


So panjang lah citer malam tu...tapi perbincangan secara harmoni.....borak2 adik beradik...


Yerlah duk lama kat oversea, dari satu negara ke satu negara, kawin dengan mat saleh...


saya takdelah kata kawin mat saleh ni bleh jadi terpesong ker apa....Kak Salmah kat USA jangan terasa hati lak....


Sekarang dah duk di bangladesh.....bercuti beberapa hari kat sini....


Dan banyak gak soalan dia tanya pada pak hj pasal 'bahagia', 'rumahtangga'....d\sempat gak dia smashed pak hj soalan2 cepumas...


habis citer kisah lijah...


Esok malamnya pulak janji dengan abang pak hj nak datang rumah dia


Sebab masa jumpa dia di rumah Nora, tercerita yang yay ada lelah..


dan dia pulak rupanya boleh jampikan orang lelah...janji nak datang ahad malam tu


Kami sampai lepas maghrib jugak


Samad ni rumahnya di Taman Sri Andalas Kelang


Samad, abang pak hj ni kapten kapal....


Takda anak, duduk berdua dengan isteri dia, kak Ummi, penerbit rancangan di RTM


Kali kedua ke rumah dia, bolehlah tahan rumahnya....orang ado2


Lepas jampi2 si yaya dan dia terangkan saya perihal macamana nak bagi ubat yang dia dah buat tu, kami makan2...


Siap masakkan kami rebung masak lemak


Dan siap bekalkan balik, buat cekodok, adalah makanan2 lain...


Abang samad baru balik dari mekah, jadi merasalah minum air zam-zam dan jenis2 kurma dan kekacang yang dibawa dari mekah


Dok bercerita macam2 dengan dia, bagus jugak abang dia ni, peramah sangat orangnya


jumpa dulu dalam lingkungan 7/8 tahun dulu..lama sangat xjumpa


Kaya2 adik beradik pak hj ni, awatlah pak hj tak pulak cama dik baeradik dia??? hahaaa


Yang si samad ni, keter merc compressor pun beli cash, honda pun ada...yang si lijah ni keter 2/4 bijik kat depan rumah berbalut bagai....mesti keter berjenama tu....


tapi satu yang saya perhatikan macam takde riak kegembiraan diwajah samad ni.....macam ada sumthing...wah pandai lah sangat menelah wajah orang...


kak umi, pelawa datang rumah anytime kalau sudi....bukannya jauh katanya, yang si Lijah pulak kata datang2lah rumah jah ni kak salwa, lepak2 nak tido sini ker.....yerlah rajin sangat lah saya ni....tak sanggup nak datang rumah besar2 ni....kita orang kampung jer....


Tapi adik beradik pak hj memang ramah tamah lah..masa kat rumah Nora tu, semua adik beradik dia cuba nak berborak2 dengan saya..nak beramah mesra tapi saya memang macam takde hati sangat...layan jugaklah tapi tak berlebih2....tapi sebab pak hj saya tunggu jugaklah sampai majlis bersurai, berkumpul adik beradik dia makan kek semua....


Macam rasa, elleeeeh malas aku nak berbaik2 sangat sok2 kau jumpa bini pak hj lagi satu lain lak citer yang keluar.....


Yerlah adik beradik dia ni baik gak dengan Aza....susah kalau dah berbini dua ni....



Wassalam

1 comment:

kakLuna said...

berkomunikasi dgn org yg ala2 free thinker kena pandai berhikmah. sy kalau bab aurat ni selalu kaitkan dgn undang2 jalan raya di UK dan US. menutup aurat suruhan Allah, bukan tunggu hati ni terbuka atau alasan tak mahu hipokrit. kena usaha utk patuh. mcm kita pegi US kena drive belah kiri, boleh ke kita tak nak drive belah kiri sbb hati lum terbuka dan tak mau hipokrit?tidak le pula, kan.undang2 manusia kita boleh kompromi, kenapa tidak dgn undang2 Allah?