Assalamualaikum w.b.t
Rupanya sayang itu sangat luas tafsirannya
Kalau dulu saya akui saya sayangkan anak saya
Tapi hari ini
Lebih2 lagi sayang pada dia
Bertambah2 mekar sayang itu
Bercampur baur dengan rasa bangga yg tak terhingga
Hani anak yang kuat
Sama kuat dengan ibu dia
Sangat bangga kerana kami dua2 punya kekuatan semangat
Di pagi eidul adha saya hubungi dia
Tipulah kalau saya kata ok jer
Saya rindu dan ingat sangat kat dia
8 tahun bersama kemana sahaja
Menempuh masalah dan liku-liku hidup
Yang dikongsi bersama dia
Tapi sekarang semua saya telan seorang
Memang saya rasa sebahagian diri saya xlengkap
Tapi dengan kekuatan jiwa saya dan hani
Perpisahan ini menguji dan sekaligus menjadikan kami kuat
Kuat mental dan fizikal
Dan semalam saya rasa sungguh terharu
Sebab dari kata-kata hani terserlah kematangannya
Tak ada suara mengada-ada
Yang ada dari bait kata-kata dia terserlah perubahan
Nada suaranya penuh dengan kematangan
Bersemangat dan terserlah kezuhudan
Semangat cerita tentang kawan-kawan
Beritahu saya dia hari-hari bertahajud bangun jam 5 pagi
bila saya bertanya tentang makan di sana
Jawabnya 'lebih dari cukup ammie'
Kebetulan hani masuk madrasah pelajar2 terus exam
So hani terus seat exam tanpa tahu apa-apa
Dan dia dpat nombor 3 tercoto, 13 dari 15
Sempat dia maklumkan saya ustazah2 dia suka kat dia
Sering mencubit pipi dia
Dan ustazah bagitau 'kalau ustazahlah baru masuk madrasah tak tau apa-apa, memang ustazah tak boleh jawab'
Saya pun terselit rasa bangga
Masuk madrasah hari pertama jer terus exam
madrasah dengan sylibus yang jauh berbeza
Dan saya seperti biasa terus menjanjikan sesuatu
Saya kata 'nanti exam akan datang kakak dpt no 1 ammie beri hadiah yer'
Hani terus jawab, 'tekperlah ammie, tak payah bagi apap2pun takper'
Kakak tak kisah ammie'
Saya terkedu juga, terasa macam alahai baiknya anak ammie ni
Dan bila saya tanya kakak ada nak beli apa-apa tak?
Terus dia jawab cukup, semua dah ada
Sedih dan terharu saya
Terasa macam matangnya dia
Kemudian saya sharekan sesuatu (perasaan) dgn dia
Saya kata saya rindu dan sunyi tanpa dia
Dia jawab tenang, kakak pun sama
Rindu dan sayang sangat kat ammie
Sedih saya dengar
Sambil tu saya nasihatlah kawan elok2 dgn syakirah,
Uda dan zubir
Manja-manjalah dengan ayah sementara kakak ada kat sana
Saya tanya dia, apa pandangan kakak kalau ammie kawin lagi
Sekadar melontar soalan meneroka fikiran dia
Tidak mustahil semua tu akan berlaku
Mana tau di masa depan ada jodoh
Terus dia tanya dalam nada teruja, 'ammie ada sapa-sapa ker?'
Saya jawab, 'adalah jugak'
Pantas dia bagi pandangan,
"Kakak tak kisah ammie, terpulanglah pada ammie,'
Kakak ikut jer'
Tak terharu tu?
Sebagai ibu saya sangat kagum dengan dia
Sangat bersyukur juga
Alhamdulillah ya allah
Wassalam.
4 comments:
fa biayyia lairabbikuma tukazziban...itulah kekuasaan Allah..mmg sgt2 adil kpd akak,diberi ujian besar sblm2 ni tetapi ganjarannya juga sangat2 besar.sy pun bangga sbb mengenali akak dgn hani.tentu hari2 terpantul rasa syukur dr lisan dan hati dgn kurniaan Allah tersebut kan?Allah maha penyayang kak..sangat2!
wa, awak memang kuat... memang patut saya kagum, awak lepaskan anak dara kecik awak macam tu.. jauh dari pandangan mata, kalau saya ishkk tak lena tido...
dua-dua awak ngan hani memang mengagumkan la tak semua orang boleh lalui.. saya sendiri, siang-siang cakap tak boleh la... anak tido rumah mak sedara dia pun saya resah
sedih sampai tak tahu nak komen apa
bertuahnyer awak wa dikurniakan anak sebaik hani..
adil kan allah.. dia ambil 1, dia berikan 1 yang lebih baik...
suami, buleh dicari..
anak yang baik.. tak terjumpa kat mana mana dah kalo ilang..
Post a Comment