Wednesday, October 4, 2006

Kehidupan yang rencam

Assalamualaikum w.b.t



Wednesday, October 04, 2006


Bismillahhirrahmanirrahim

Berdepan dengan masalah sesekali membantutkan produktiviti tetapi adakalanya meningkatkan motivasi. Kita boleh memilih mana-mana satu... pilihan di tangan kita. Bagi saya kedua-dua situasi saya berhadapan. sekiranya masalah terlalu kronik maka produktiviti saya down terus tetapi boleh juga berlaku sebaliknya dimana saya melepas geram masalah dengan membuat kerja tanpa henti. Pelikkan?

Tapi itulah satu terapi buat diri saya. Adakalanya kalau ada masalah saya akan stay di pejabat dan tidak balik ke rumah sehinggalah tengah malam. Hal anak senang saja saya uruskan... hanya dengan satu panggilan ke rumah Mak Ros, saya bersenang hati kerana dia akan menjaga anak saya dengan baik. Jika bermasalah kadang-kadang anak menjadi mangsa, terutama kalau dia memanggil-manggil ayahnya. Seolah-olah semasa memarahinya saya seperti hilang kewarasan! Apatah lagi, anak saya ini rupanya mengikut benar wajah ayahnya... dengan mewarisi dua lesung pipit di kiri kanan wajahnya yang saling tak tumpah dengan ayahnya.

Bagi Ramadhan ini begitu juga, sedang diri dilanda konflik dengan suami, harii bekerja saya hanya berada di rumah sebelah malam sahaja. Saya akan cuba "menyampaikan" diri saya ke rumah ngam-ngam azan maghrib. Dari maghrib sampai isya' solat, ajar anak mengaji, membaca Quran, membaca Taklim dan menjelang 10/11 saya terus masuk ke bilik. Subuh pun begitu juga, selepas bersahur seadanya, terus solat, mengaji dan menyiapkan diri dan anak, jam 7/7.15 saya bergerak menghantar anak.

Tepat jam 7.20 am saya pastikan saya menukar saluran radio dari IKIM ke Era sebab nak dengar gitu-gitu era. Saya boleh ketawa besar kalau dengar apek cakap... sampai Hani pun pandai bertanya kalau dia lihat sya tak gelak2, "ibu... gelaklah kenapa ibu tak gelak?". Bagus juga peranan apek ni, boleh kurangkan tension orang seperti saya ni.

Di bulan Ramadhan ini saya akan pastikan saya keluar dari pejabat jam 5.30 selepas solat asar dan ambil anak sambil berbasi basa dengan mak Ros lebih kurang 6.00 ptg terus ke Bazar Ramadhan pusing 2-3 kali lebih kurang 6.30 saya balik. Sampai rumah saya menyiram pokok-pokok bunga dan belek-belek apa yang patut. Jam 7.00 baru saya masuk, tukar baju dan hidangkan makanan terus azan dan makanlah saya sekaligus. Lepas tu takdelah kedapur-dapur lagi. Biasanya nak tidur atau sebelum sahur saya akan kemaskan pinggan. Baju-baju kerja/ basahan saya tak usik langsung weekday, weekend baru saya basuh. Kadang-kadang bukan tak nak basuh tapi jiran belakang rumah (Cina) rajin sangat duduk dapur dia ramai-ramai sambil makan-makan (bisingnya tak boleh nak cakap)buat saya rasa tak selesa.

Dapur dia dan saya bertentangan dan dia telah menambah bahagian dapurnya sehingga sampai ke pagar yang memisahkan rumah sya dan dia. Tambahan pula aras rumah saya lebih tinggi dari dia dan aktiviti membasuh disinki begitu aktif yang mana sinkinya bertentangan dengan ampaian baju saya dan paras rumah saya menyamai paras sinkinya... .Tentulah rasa macam dia sentiasa memandang ke arah saya. Dah tu ramai sungguh anggota keluarganya samapai tak terbilang saya. Masing-masing basuh baju sendiri (basuh tangan) sidai dan basuh pinggan masing-masing dan hampir kebanyakan waktu malam ada sahaja anggota keluarga di dapur...makan-makan dan menonton TV langsung saya takde privasi duduk dapur saya dan kadang-kadang dalam dapur saya pun saya kena pakai tudung kalau saya buka pintu biar angin masuk, kan...kalau sidai/basuh baju dah sah-sahlah kena pakai tudung...tudung labuh lagi, almaklumlah duduk di rumah pakaian kita bukan kira sangat...(lengan pendek/t shirt singkat/kain batik/seluar. yang mereka tu dah sahlah pakai t-shirt ketat sleeveless dengan seluar pendek, yang lelaki pun seluar pendek je... hai mencabar sungguh...kesabaran saya. Rasa kadang-kadang nak angkut semua family yang duduk kat kampung mai sini seminggu buat bising macam depa buat tu... lepas geram...

Tapi kalau pagi minggu sampai jam 10 pun tak nampak batang hidung langsung diorang ni, ntah tido ke ntah apa. Masa tulah baru saya aman sikit nak buat kerja-kerja membasuh baju ke apa2 ke.

Oklah... baik dulu.. sian anak pagi tadi ntah apa mimpinya dia menangis masa saya hantar dia rumah mak ros, nak ikut saya.



Suara hati dan pemikiran siti detik 10/04/2006 05:14:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Rumah

Wassalam

No comments: