Saturday, October 7, 2006

Yang sudah-sudah dalam kenangan

Assalamualaikum w.b.t


Bismillahhirrahmanirrahim

Sekarang ni tengah tunggu waktu berbuka. Suami dari 6.15 tadi dah keluar ke masjid (markaz) kan malam ni malam mesyuarat. Sepatah ditanya sepatah pula dijawab. Saya minta Hani tanyakan, "ayah berbuka di mana?" Ringkas jawabnya, "masjid".

Menjelang 3.00 petang sekali lagi kutanya,

Saya : "abang berbuka di masjid, bawa bekal ke makan makanan kat sana",
Abang :"Makan sana".
Aiiik, tanya lagi,
Saya : "Abang boleh makan ke makanan tu?"
Abang : "Apa-apa je..."
Saya : Abih tu abang nak bawak bekal tak?
Abang : takpelah...
Saya : Saya rebuskan ketupat segera eh...?
Abang : Boleh jugak...
Saya : Abang nak air apa?
abang Milo 'O' ada?
Saya : Baru sahur tadi milo abis...
Abang : Buat sirap je...
Saya : sirap bandung nak tak?
Abang : Boleh jugak...jangan sejuk-sejuk sangat
Saya : Abang nak sambal ikan ke sambal sardin?
Abang : Ikan...

Terus bangun masak ketupat segera. Jam 5.30 angkat, sejukkan. Masa : Jam 5.40 petang

Lokasi : Ruang tamu, abang menghadap komputer, saya duduk di sofa, anak main motor kanak-kanak

Saya : Abang gi masjid pukul berapa?
Abang : 6
Saya : ye, kena buat sambal ni..

Terus bangun ke dapur dan memotong ikan parang dan terus goreng, dan buat sambal ikan. Bila sipa terus potong ketupat segera, masukkan semua dalam bekas, buat air bandung dan terus masukkan dalam beg plastik. kebetulan ada 3 ulas kurma dari Mekah pemberian MB untuk kakitangan pejabat terus masukkan sekali. Bila ke depan abang dah masuk ke dalam bilik air, untuk mandi agaknya. Sekarang semua urusan diri dia dah boleh buat sendiri. Alhamdulillah. kalau dulu semua kena dibantu khususnya untuk basuh "berak kencing", bukan apa takut tak bersih... najis nak bawa sembahyang tak sah pulak nanti.

Sementara tu, saya terus gosok baju jubah dan seluar kotak-kotak panjang (sebagai ganti kain pelikat) yang saya banyak saya belikan khusus untuk berjalan keluar rumah dan letakkan atas katil. Sekejap sahaja suami keluar dan sekali lagi semua dia urus sendiri tanpa bantuan saya. Bungkusan makanan untuk berbuka saya letakkan atas meja dan dia ambil sendiri terus bawa ke kereta.

Ikutkan hati nak juga bagi hidangan special tapi nak keluar ke kedai kembara dah kena blok. Nak minta kunci serena nak alih ataupun pinjam sekejap malu pulak. jadi, apa yang ada jelah. saya pun berbuka dengan ketupat cicah sambal. Cukuplah tu. Cuma esok sahur rasanya kena keluar malam ani, buat bihoon je ataupun masak asam pedas ikan terubuk. tak taulah lagi...

Seram nak menunggu malam ni, rasa-rasanya suami macam nak tidur bilik tetamu yang katil single je... nampaknya tak dapatlah nak kenen-kenen malam ni. Hani pulak tenti nak tidur dengan ibu sebab dah dua malam tak dapat peluk ibu. Nak dekat-dekat dengan suami malau masih menebal pulak.

tapi tadi, masa suami nak keluar

Lokasi : Muka pintu depan
Watak : Hani dan ayah

Hani : Ayah nak gi mana?
Ayah : masjid....
Hani: Ibu, amna tudung kakak?
Ayah : Tak boleh ikut sayang, ayah gi masjid jauh...
Hani : Ayah kawan kakak tak ?
Ayah : Kawaaan..
Hani : Ayah kawan ibu tak ?
Ayah : Kawan (perlahan dan tersenyum-senyum)

Yeeeessss!Ayah dah kawan ibu... cerah masa depan...



Suara hati dan pemikiran siti detik 10/07/2006 07:01:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Baiti jannati


Wassalam

No comments: