Friday, October 6, 2006

Yang ku rancang

Assalamualaikum w.b.t


Friday, October 06, 2006

Bismillahhirrahmanirrahim

*************************************

Rumahtangga lagi...

Malam ini malam kedua saya bersendirian tanpa anak dan suami. Kedua-duanya di rumah Kak A di PD sedari semalam. Entah apa khabarnya? Pastinya dia gembira kerana dikelilingi adik, abang dan kakaknya dan ada ayahnya dan umminya yang melayan keperluannya sedangkan di sini hanya saya seorang sahaja untuk temani dia dan penuhkan semua kehendaknya.

Selepas berbuka saya sms bertanya samaada "saya yang ambil atau abang pulang dengan anak?" Ringkas jawabnya, "abang balik dengan hani besok". Noktah!

Oklah alhamdulillah ... akhirnya dia pulang... akhirnya hampir 3 minggu akhirnya suamiku pulang. Setelah serangan sms bertubi-tubi saya hantar untuk membela diri akhirnya saya diberi "kemaafan dendam yang terindah", itupun bersyarat dengan "akujanji". Cuma menjadi tanda tanya bagaimana cara dia pulang esok, belum pernah lagi selama diserang stroke ini dia memandu kecuali memandu kembara auto saya apatah lagi jarak PD ke sini melebihi 40 km dengan membawa anak 3 tahun pula tu. Adakah dia sudah boleh berjalan tanpa tongkat, setelah 3 minggu saya tidak melihatnya, atau adakah tangn kirinya yang kaku itu sudah boleh digerakkan?

Takpelah saya akan menunggu dengan sabar esok kepulangan mereka berdua, dua buah hati saya... macam teringat-ingat lagu raya aishah yang dia duduk bertenggek di tingkap rumah menunggu kepulangan orang tersayang. Tapi kali ini semacam ada rasa malu yang menebal untuk berhadapan dengan suami. Harap Hani pandai memainkan peranan esok, saya rasa kekok untuk memulakan perbualan dengannya setelah 3 minggu berhubung via sms saja.

Pastinya dia mengharapkan perubahan besar saya...apa ye yang saya nak masak esok untuk berbuka dan bersahur? Esok kalau abang ada akan merupakan kali pertama saya berbuka berteman, itupun kalau dia tidak ke surau. Tapi tak tahu selepas stroke ni apa kaedah dia masa berbuka adakah di rumah @ surau sebab suami tidak boleh makan sebarang sekarang , mesti kurang minyak, garam, gula, kolestrol dan tanpa MSG.

Kalau difikirkan berdebar-debar pulak rasanya, apa agaknya respon dia bila tengok saya... sebab kalau pandu pada sms dia peringkat awal gaduh tu ayat-ayatnya kronik betul. Insyaallah bulan Ramadhan yang berkat ni, hatinya lebih lembut dari biasa, doa-doalah Allah bagi keampunan pada saya dan suami. Kan pertengahan Ramadhan ni merupakan bulan Maghfirah (keampunan).

****************************************
Kerja-kerja dan kerja

Semalam Ketua unit Pendakwaan HQ call saya dan bertanya berapa kes semasa saya untuk perbicaraan. Memandangkan hanya dua kes sahaja ditangan dan terdekat bulan November di JB dan Febuari 2007 di Seremban maka saya akan diberi satu lagi kes di Melaka. Yes, boleh balik kampung..."Bagi kes-kes simplelah, tuan". "Kau ni, mana ada kes pendakwaan yang simple"

Hari ini dari 8.30 hingga 10.30 kami mendengar ceramah agama, bagus jugak ustaz tu, banyaklah yang dia ceramahkan, kepentingan solat, puasa dan lain-lain, tapi... biasalah dah biasa dengar bayan yang bayak bersulam ayat quran, sesekali dengar ceramah yang banyak bersulam gelak ketawa sedikit terasing rasanya apatah lagi bercampur staff lelaki dan wanita kerana ceramah diadakan dalam bilik mesyuarat. Biasalah bila sessi soal jawab, pegawai ranking atas ni asyik kena pandang dengan OC jelah, nak tak nak kena jugaklah tanya soalan tak nak bagi malu kompeni. Mujur bekas wartawan,kan! bila sergah terus boleh terpacul je soalan saya...

Jam 3.00 hingga 4.30 pula ada mesyuarat berkaitan ops yang akan diadakan isnin ini. Isnin pula kena rekod statement Jurutera daerah. Semalam pun saya rekod statement Jurutera, tak pernah lagi jumpa jurutera talkative, tapi semalam panjang betul masa rekod statement sebab dia terlalu banyak tanya saya soalan. agaknya dia kurang faham dia sebagai witness je, dia ingat dia juga boleh disabitkan sebagai accused. Jenuh jugak nak explain, dah tu OC pulak datang ganggu, introgate pulak saksi saya, kacau daun betullah.

Petang semalam bersama ketua cawangan saya bincang dengan OC pasal satu lagi OPs yang nak dibuat seminggu sebelum raya. Semua tu saya nak kena sediakan perintah operasi, 13/10 nak kena bagi taklimat sebelah pagi tu, tengahari dan petang pulak kena masak untuk majlis berbuka puasa malam tu. Majlis tu nanti saya akan sponsor makanan kegemaran saya di bulan puasa, Bubur Lambuk untuk 100 kepala, sebab saya baik dengan caterer tu, En A dia bagi harga RM 1.00 je sekepala dengan 20 bahan. Rasa macam murah je tu. Cadangnya juga kalau ada masa saya nak buat dadih ataupun caramel sendiri sebab dulu2 buat untuk suami bulan puasa, tapi sekarang dia tak boleh nak makan tu semua elok saya bersedekah je untuk anak-anak orang pejabat.


*****************************************

Persiapan raya

Saya tak beli sehelai baju rayapun lagi untuk diri saya, untuk anak dah beli dua helai baju kurung ready made. Baju untuk hari raya ke 2, 3,4 tak beli lagi. tak tahulah bila nak pergi, takde mood langsung tahun ni tak macam tahun 2 lalu. Tapi, rantai tangan dan rantai lehernya saya dah beli. Sebenarnya tukar dari yang dulu dan tambah duit sikit, sebab yang dulu tu rantainya dah teruk kena gigit dek Hani, tak cantik langsung dan rantai tangannya pulak dah ketat tak cantik dipandang mata dan kesian jugak tengok dia pakai.

Untuk suami tak tahu lagi nak beli apa, nantilah nak tanya dia, cadang hari tu nak belikan baju Melayu dengan sandal Scholl. untuk saya baju pejabat banyak lagi yang elok, kalau tak beli pun takpe, tahun lalu pun saya tak beli juga baju baru, sebab saya fikir orang kat kampung bukan pernah tengok pun baju-baju kerja saya. kalau nak beli pun sehelai pun dah cukup, itupun untuk hadir Majlis Hari Raya pejabat nanti, sebab macam orang tak menghargai hari raya pulak sebab masa tu semua akan keluarkan koleksi baju raya baru. pernah satu tahun dulu saya buat selamba tak pakai baju baru (yang baru pertama kali pakai)saya pakai baju hari-hari biasa je...tengok2 semua kakitangan wanita pakai baju baru, nak kata malu tak jugak cuma rasa macam tak sporting, gitu... orang raya kita macam hari bekerja biasa je.

Kebetulan tahun 2006 ni saya ada beli banyak sikit baju yang agak cantik sebab kan mula tahun ni saya dah control duit saya sendiri, jadi jolly kataklah. Lagipun tahun ni banyak kena beri ceramah, so kenalah pakai lawa sikit supaya orang minat dengar ceramah kita. Dahlah orang ceramahnya tak lawa, baju kenalah lawa sikitkan. Bukan mahal sangatpun ,cuma warna cerah sikit, je. Biasa warna baju pejabat saya gelap, suram dan longgar je, maklumlah suami tak minat saya pakai kaler cerah-cerah ni, menarik minat lelaki katanya. Memang betullah tu... jadi kesimpulannya tahun ni mungkin saya teruskan tradisi tahun lalu tak beli baju raya.... bukan nak kemana pun, suami pun sakit tak boleh nak ziarah kemanapun... sesuailah saya pun berdukacita raya ni...

Apapun, untuk anak saya cadang akan belikan dalam 5 pasang baju lagi, biasalah anak seorang, kan. Lagipun tahun ni dah boleh ikut sepupu dia beraya pusing kampung. Lagipun budak-budak ni satu hari dua helai baju, cukuplah untuk 3 hari. Lagipun kesian kat anak sebab sejak awal bulan 6 hari tu gi Langkawi je last belikan baju. Tumbesaran dia cepat banyak baju dah singkat dan tak elok lagi...Lagipun anak saya ni fesyen baju untuk jalan dia terhad pada baju-baju t shirt lengan panjang dan seluar panjang, gown pula mesti paras buku lali (dress) sebab dia berjalan pakai tudung. Kalau nak lengan pendek @ gowm pakai di rumah sahaja. Dari usia 3/4 bulan saya dah mula pakaikan tudung sebagai ganti topi (ayahnya suruh) sampailah hari ni, kalau nak keluar rumah siram pokok bunga pun dia pandai cari tudung dia... tudung dia pun rasanya dari kecil sampai hari ni dekat 10 helai ada agaknya, macam-macam warna.

Tahun-tahun lalu saya akan belikan adik beradik perempuan masing-msing sehelai dan ank-anak buah perempuan saya akan sponsor beli kain ela dan kakak di Johor akan jahitkan biar semua mereka sepasang pakaian di pagi raya. Untuk mak pastinya kain ela, kalau tak sempat baju kurung siap je saya belikan dan untuk abah dulu-dulu saya belikan kain ela jugak (yang mahal sedikit) dan juga kain pelekat (juga yang agak mahal). Aanak-anak buah besar (belasan tahun) pulak saya tak belikan apa-apa sebab citarasa pakaian mereka bukan sama macam saya dulu, kecil2 dulu saya bawa mereka bershopping selai dua baju raya (masa saya tak kawin lagi)tapi sekarang bagi duit je sorang RM 50-RM 100, bukan apa buat yuran sekolah, kesian kat kakak saya kat kampung tu. TAPI tahun ni satupun saya tak beli, tak rancang dan tak tahu bila nak buat tu semua....

**************************
Panjangnya cerita... yelah malam ni kan jadi orang bujang...



Suara hati dan pemikiran siti detik 10/06/2006 09:26:00 PM 2 cetusan hati
Cerita tentang; Baiti jannati




Wassalam

No comments: