Monday, October 16, 2006

Yang mutakhir

Assalamualaikum w.b.t

Monday, October 16, 2006


Bismillahhirrahmanirrahim


Suami keluar pertama kali sejak diserang stroke. Walaupun masih rutin makan ubat dan anggota badannya belum boleh terkena air sejuk namun dia tetap ingin keluar untuk iktikaf di masjid 10 akhir ramadhan ini. Insyaallah allah bantu suami dan insyaalah juga ramai sedia ikram suami yang kini hanya boleh menggerakkan sebelah tangan sahaja. Hari pertama berbuka, via hand phone dia memaklumkan ada ahli jemaah memasakkannya ikan, alhamdulillah. moga-moga suami bertemu lailatul qadr.


Hari kedua {ahad} suami tidak dapat dihubungi, hanya mesej setiap kali di telefon. Insyaalah selamat agaknya.


Saya pula menerima kedatangan tetamu,Zah kawan baik saya pada hari sabtu, selepas ke rumah karkun sebelah taman mendengar bayan hidayah jemaah masturat yang keluar 3 hari, terus tetamu saya telefon kata sudah ada di depan rumah. Petangnya terus kami projek buat almond london. Project last minit ini menghasilkan lebih 400 biji almond london yang kami bahagikan lebih2 kurang untuk kami berdua. Yelah... kalau membelinya sahaja kosnya mencecah RM38 100 biji. Semalam, ahad kami berdua membuat samperit. Hai... suami sibuk buat amal di masjid, isteri pulak sibuk buat kuih di rumah.


Semalam juga, cadangan kami nak ke bazar ramadhan tak kesampaian, kerana petangnya hujan dan anak pulak tidur. Jadinya kawan saya menekan/membakar samperit, saya pula memasak, menunya sambal ketuk, telur asin, telur masak kicap dan sayur sawi masak bening. pokok mangga pauh didepan rumah memang lebat buahnya, jadi buah-buah yang jatuh saya pungut terus dibuat jus. Alhamdulillah, jimat duit dan kami berbuka penuh selera.


Hari ini {isnin} saya kena handle satu operasi, Jumaat lalu saya dah buat taklimat pada semua pegawai jadi hari ni, buat briefing ringkas , semua team akan terus bergerak ke lokasi yang terbabit. Memandangkan pengarah takde sepanjang minggu ni kenalah saya terima tanggungjawab penuh handle operasi ni. walaupun timbalan pengarah ada, tetapi awal-awal tahun dulu pengarah dah warning dia tak boleh campur urusan siasatan dan perisikan, dia hanya bertangungjawab atas pentadbiran/pencegahan/pendidikan masyarakat sahaja. Sementara diaorang jalankan tugas dan bawa balik dokumen dan saksi (mungkin sampai petang), dan saya monitor dari office, bolehlah saya meronda-ronda ke bandar settlekan bayaran bil apa yang patut hari ni....kan hari ni hari gaji sedunia.



Suara hati dan pemikiran siti detik 10/16/2006 02:37:00 AM 4 cetusan hati
Cerita tentang; Rencam


Wassalam

No comments: