Monday, February 2, 2009

Keciwaaaaa

Hatiku Keciwa


Assalamualaikum w.b.t




Semalam saya ada terima sms suami, semacam suruh saya bantu madu saya sebab esok madu saya ada appoinment untuk Zubair di HS, disebabkan kakaknya yang kawin tu [cik ayang] macam tak sihat itulah agaknya suami suruh saya menghulur bantuan....tolong bantu hantar Kak aza dan zubaairlah agaknya ke HS sementelah hospital tu dekat dengan saya banding jarak PD.




Saya pun sms lah kak aza, selepas berbalas2 sms dengan kak aza kesimpulannya dia tak perlukan bantuan saya. Lebih kurang macam nak suruh kakak dia jugalah yang bantu. Saya boleh agak yang suami saya suruh saya sebab dahlah suami takde,kan nampak macam lepas tangan jer tu? So jalan keluar suruh sayalah untuk tolong agaknya.




Tapi dah orang taknak dibantu..takkan nak hidung tak mancung pipi tersorong2. Malamnya saya called suami menyatakan kekeciwaan saya berkenaan hal nak minta tolong tulah. Suami kata takperlah, Aza taknak termakan budi agaknya. Heyyy..apalah sangat budi menolong hantar tu? Ikut hati saya ni saya nak ajak kak aza bermalam rumah saya ni. Tak kisahlah kalau saya kena keluarkan dan pasang semula buaian untuk sofiyyah, tapi dah orang tak sudi....apalah kiranya bantuan saya ni...




Budi kak aza yang menjaga Hani pun tak dapat saya balas2 lagi. Bayangkan sejak kecik @ baby kak aza dah jaga Hani. Sejak Hani tak berjalan lagi dia dah tolong jaga. Pantang saya out station, mesti letak rumah dia. Kalau keluar masturat 3 hari pun saya letak kat rumah dia juga..kira2 adalah 5/6 kali dah keluar masturat ni. Ada bukti2 gambar2 hani masa kecik kat rumah dia....





Saya pulak memang tak berbakat nak menjaga anak ramai2 kot, tak pernah kak aza suruh saya tolong jaga anak dia. Kalau keluar masturat sanggup dia letak kat orang lain. Melainkan suami ada sama barulah dia benarkan bawa anak dia ke rumah saya. Tu pun kadangkala dia tak benarkan anak2 dia dibawa suami ke rumah saya. Saya tak salahkan dia mungkin sebab saya kerja tapi sekarang saya tak kerja bagi canlah saya bantu..pun tak jugak, selalu dia anggap saya ni tak berkemampuan nak kawal anak2 dia?




Malah dia kalau ke Seremban pun tak pernah datang rumah saya. Last dia datang masa ada jemaah masturat dari pahang transit kat rumah saya awal tahun lepas, dia bermalam satu malam jer. Selain dari tu, takkan nak dia singgah. Kadang saya tertanya2 juga sebab saya ni dah tak terkira2 dah berapa banyak kali gi rumah dia... makan, tido baring apa semua...sedangkan dia saya tau dia kadang ada nusrah kat Seremban ni, banyak kali pulak tu. Walaupun dia datang dengan kawan2 tak bawa kereta sendiri, takde salah datang ziarah saya...tapi nan ado...dengar cerita jer yg dia turun serembanlah, senawanglah..malah taman2 dekat rumah saya pun ada dia dia pergi siap lalu lagi kat taman saya ni...tak singgah juga.




Ikut hati saya ni nak juga kecik hati dengan dia tapi dah madu kita...terima jerlah. Sebab dah tau dia macamana, tau dia jenis detail, jenis tak suka bertamu rumah orang takut anak2 buat sepah atau panjat sana panjat sini maka saya berlapang dada jerlah.




Semalam masa terima sms tu macam terkejut kejap. Eh..berlaki aku rupanya. Sebab rasanya sejak Suli balik 23 hb Januari hari tu, takdelah suami saya call atau sms, nampaknya lebih seminggu kan...ada takde saya yang sms dia bagitau masa nak balik kampung, masa nak balik sermban semula, ada yg balas ada yang tak, yang balas tu pun hanya 'ok' jer. panas hati jer kan...tapi sebab dah tau dah memang kalau bz tu jerlah standard ayat dia, kalau tak bz panjang sikit dia tambah, cnth macam "kat kg ok ker?", "amal hari ni jaga tak?", "anak macamana?"...tulah gayanya orang tua punya style ber sms...sedia maklumkan hujung tahun ni masuk 53 tahun suami saya tu!




Sabtu pagi tu saya sms juga sebab ada perjumpaan ibu bapa yang hantar anak ke MURNI CDC dengan guru2 dan pengarah CDC. Tu pun tak berbalas sms saya minta izin pergi tu. Saya pergi jerlah dengan andaian dia izinkan, benda baik,kan? dari sabtu tu malam petang semalam tup2 dia sms suh bantu kak aza urusan hospital.




Saya pun sebab dah seminggu lebih tak dengar suara dia, saya called jerlah. Oh yer....pada rabu minggu lepas hari yang saya baru balik dari kampung cuti CNY tu saya ada sms dia konon nak suh dia balik satu malamlah...[jahat jugak saya ni, manalah tau dia nak balik ker...kotler kan member pun tak tahan....test marker jerlah...] tapi dia balas..."10 hari jer lagi abang balik...sabar jerlah tak lama lagi"





Hishhh...malas nak layan....10 hari tak lama katanya? So malam tadi saya tanyalah, selasa minggu depan balik, balik rumah mana? Walaupun saya dah tau jawapannya, tapi saya tetap nak dengar juga jawapan dia manalah tau ada keajaiban. Hah kan....betullah saya agak, mesti balik PD dulu dengan alasan "nak tengok anak" ...memang logik lah jugak dia balik sana, sebab dari keluar hospital tu mana dia ada tengok betul2 kan..hanya hari yang dia hadir kes di mahkamah 16 Jan tu yang dia gi jenguk dengan saya tu.





Saya sebenarnya takdelah kisah sangat, sebab dah selalu jugaklah [w.pun bukan setiap kali] dia balik 3 hari, 15 hari atau 40 hari dia naik rumah saya dulu sebab markas tabligh dekat dengan rumah saya tu pasal dia tuju rumah saya setelah saya dengan keupayaan yang ada 'memujuk' dia. Kadang kena main kotor juga dalam bermadu ni.





Dan ini saya nak cerita satu rahsia, jangan ada yang baca ni kenal kak aza sudah...takut kak aza tau plak nanti..mampus saya! Saya selalu cool jer kalau suami balik rumah kak aza dulu sebab selalunya [bukanlah setiap kali okay!] dalam tempoh suami keluar lama seperti 40 hari [melainkan tempat jauh sangat macam Labuan, Bintulu, Gerik] dia akan saya usahakan balik sekali sepanjang tempoh tu, dengan hujah saya "jihad dengan keluarga pun tuntutan agama jugak!" Dan tiap kali itu dia akan terima alasan saya....hanya sekali suami saya 'terperangkap' dan 'tertangkap' masa dia balik rumah saya masa keluar tu.





Masa tu tahun 2007 rasanya, suami keluar di Johor, dia balik satu malam ke rumah saya. Kebetulan pulak, masa suami kat rumah saya tu, waktu tu tengah bersiap nak ke Johor semula, kak aza telefon suami. Dan kebetulan juga, masa kak aza call tu bolehkan jam bermuzik jenis 'RTHYM' kat ruang tamu saya berbunyi. Panjang bunyi dia, lepas muzik siap ada 'dong dong' ikut kiraan jam berapa masa tu.





Masa tu saya dan suami tak perasan pun pasal bunyi jam tu. kami punyalah gelak lepas suami jawab called tu sebab seolah2 kak aza dapat cium jer suami ada buat hal...macam 2 tau2 jer suami ada kat rumah saya, macam nak check suami tengah buat apa. masa ni punyalah suami bagi saya isyarat jangan bersuara takut2 kak aza terdengar.





Tapi masa tu alhamdulillah tak jadi apa2 isu, yang jadik isunya lepas suami balik ke PD. Masa tu suami balik ke PD dulu, kak aza tak bertegur dengan suami. MAsa ni memang suami peliklah jugak, apasallah muncung jer, diam jer macam perang dingin, ribut takder, gaduh takde tiba2 tak nak tegur suami.




Adalah dalam 5/6 hari tau perang dingin. Suami pun balik rumah saya masam jer, sedih jer air muka dia. Kira macam takde moodlah. Saya macam biasalah kan ker pegawai penyiasat bertauliah [cewwah] kejap jer dapat bongkarkan puncanya suami murung. Dia pun ceritalah...wah panjang luahan perasaan dia. Saya pendek jer cakap, bincanglah apa dia nak sebenarnya....




Lepas tu, suami dah tak tahan tanyalah jugak.... sebelum tu dia diam jer malas nak layan kak aza yang tak pasal2 nak perang [masa ni tak tau lagi puncanya]. Rupanya asbab kan jam ber rthym tu punya angkara. Dia syak suami ada balik rumah saya....sebab masa called tu dia boleh dengar dengan jelas muzik dari jam tu..hahahaaaa masa suami cerita ni punyalah kami duaorang gelak....tak hingat dunia. Tak sangka cekap jugak kak aza ni....




Hahahaaaa cerita selebihnya takyahlah saya coretkan....kelakar jer...yerlah saya kalau kak aza nak buat atau nak panggil suami saya masa dia keluar saya tak kisah pun. tapi dia tak nak, dia nak suami keluar penuh..bagi saya pulak, berdakwah ni ada nilai disisi Allah, bukan rigid sangat sampai keluar 40 hari non stop. Yang penting istiqamah. Kalau keluar 40 hari atau 4 bulan tak balik2, anak sakit buat tak tau, bini ada keperluan tak di endahkan...buat apa keluar,kan? Yang penting keluar dakwah dan buat secara berterusan....keluar kali ni dalam negeri sembilan jer..lagi dekat..tu pasal dah dua kali saya 'panggil' suami balik, setakat bermalam jer kebetulan dia ke markas...hah kalau tau dek kak aza perang dingin lagi dia...


Update: Selasa; 3.00 pm

Dalam jam 10 kak aza sms bagitau tengah menunggu utk rawatan, Q panjang, zubir pulak dah minta nasik...saya jemput diorang datang ke rumah singgah makan tengahari. Kebetulan saya dah masak sup ayam dan ayam masak sambal serai [sedap resepi ni, saya ikut resepi mak lang] tapi macam biasa saya dah agak kak aza takkan datang. Lepas saya agak2 dia selsai jumpa doc saya pun called dan dia baru lepas makan kat cafe, dah nak balik. Sebab Uda akan balik sekolah jam 2.30 katanya. Tu jerlah...dah ajak via sms dan called jugak, tapi takmo datang, lain kali cuba lagi...dan zubair telah kurang dos ubatnya 5 biji sekali sehari selang sehari...

4 comments:

Irfa said...

salam kak wa..
maaf ye kalau komen sy mengguris hati.
tp tiba2 hati saya kesian kat kak aza..
tp mgkin masa dia jd yg ke2 dulu ,dia pun penah buat sama macam yg akak buat sekarang.
jd kira adil lah..

Hanisumayyah said...

hahahaaa irfa...

ayat yang 2nd ang last tu....pandai irfa agak yer....kalau akak cerita apa dia buat, lagi tak adil pada dia, apa yang akak tau kisah dari bekas madu dia (1st wife husband) dan ipar duai akak (adik beradik husband) biarlah akak simpan sendiri...sebab itu semua dah jadi sejarah...

apapun kami tetap berbaik...sikit2 kecik atu tu biasalah...

payarumput21 said...

Salam WA..

gelak.. gelak.. gelak.. kelakar pun ada..

Apa2 pun.. bersangka baik.. bersangka baik.. heheheh..

Tah la.. tak nak kata apa2.. cumanya.. kalau akak.. memang akak berat nak bagi bebudak ni duduk rumah org.. hatta rumah neneknya.. sebabnya?? risau.. anak kita nakal.. sat nanti.. takut org tak tahan.. sudahnya.. masam2 muka la pulak..

Sebelum jadi.. baik ingatkan diri sendiri.. (ini cerita akak sendiri - tak pasti la pulak org lain)

Tapi.. yg herannya.. tak pernah lagi neneknya.. makcik2nya kata nakal.. semua kata baik.. hehehehe.. (perasan nih.. kembang pun yea jugak..)

MOKCIK AZWA said...

Muahaha..pak haji nie pun macam cik abang azwa gak...kita sms panjang berjela dibalasnya "ok" ajer...biasa la tu salwa. Cuba klu time bercinta dulu ada hp...mesti jawapannya panjang berjela2 kan kan kan.