Thursday, February 12, 2009

Merajuk dan sensitif, wajarkah?

Merajuk & sensitif


Assalamualaikum w.b.t


Saya nak bebel hal orang hari ni. Hal orang merajuk dan sensitif tak bertempat. Mungkin pada dia wajar dan sesuai nak merajuk dalam situasi tu, ntahlah.....


Tapi bagi saya, membazir sungguhlah nak merajuk2 ni dalam usia matang begini. Kalau merajuk dengan suami atau anak2 tu saya fahamlah. Ni nak mearjuk dengan kawan2. Haihhh....meluat ada, menyampah pun ada...mula2 tu siap saya tak perasan pun yang dia merajuk da sensitfi.


Saya tetap nak cerita juga, sebab tak tau nak cerita kat mana...hehheeee...suka2 jer cerita ni. Kami kan ada 9 orang dalam kursus kami ni. Dahlah sikit, kalau ikut prof yang mengajar kami nilah kursus paling min yang diorang pernah ajar, satu pembaziran guna tenaga pensyarah pun iyer jugak, kata mereka. Sebab couse lain yang MoU dengan jabatan lain macam Sarjana Pertahanan [ATM] dan Diploma Kepolisian dan Kaunseling [PDRM] semuana mencecah 40 -50 orang.


Jadi sebab sikit agak sukar jugalah pensayarah nak tentukan pembahagian kerja atau kumpulah, dahlah sebab ganjil,kan. 5 orang dari jabatan saya, dua dari PDRM dan seorang wanita dari syarikat GLC terkemuka, dan seorang lgi pesara yang sangat minat dengan isu rasuah dan dia sanggup bayar sendiri kos untuk ambil sarjana ni. Jadi kami bersembilan ni 6 lelaki dan 3 perempuan.


Selalunya bila pembahagian kumpulan pilih ikut suka ataupun secara undian. Semester lepas, kumpulan saya rojak jer, ikut mana saya suka. Saya tak suka kalau kami 3 perempuan dari 3 jabatan ni dalam satu kumpulan. Sebabnya saya nakkan pandangan lelaki dalam tugasan kami tu nanti.


So dalam satu tugas tu, ketua kami terus bahagikan kunpulan kepada 3 kumpulan, masing2 bersuaralah nak kumpulan mana, semua dah tua dan dah matang takdelah nak sibuk2 jerit nak kumpulan tu ker ni ker...berlapang dada jerlah kumpulan mana..... masa bahagi tu ikut majaoriti jerlah sebab pensyarah bagi masa pendek jer untuk buat keputusan kumpulan ni. Dah bahagikan habis cerita, ingatkan selesailah semua.


Tiba2 ada pulak yang tak puas hati. Macam biasalah kan, sebab takkan lelaki lak tak puas hati,kan? Mestilah perempuan. Saya?...confirm tak kecik ati sebab saya ni boleh masuk dengan sapa pun...yang ASP perempuan Cina tu pun sama, agaknya kami dah muka tebal sebab kerja dengan agensi penguatkuasaan, dah selalu kena marah dengan boss, dengan OKT, saksi...so memang jenis redah jer....


Yang ASP Cina tu mula2 marah saya sebab saya tak satu group dengan dia, tapi terus terang saya cakap memang saya tak boleh dengan dia. Sebab dia sangat susah terima pendapat saya, kalau satu baris atau satu perkataan menyebabkan perbahasan sampai 10 minit, gilakah...malahan kalau buat tajuk rasuah yang saya dah bergelumang 10 tahun tapi dia tetap nak tunjuk dia tau, maka baik saya diam dari berbahas dengan dia, sudahnya bukan dengan saya jer, dengan yang lain2 pun tak mo dengan dia. Yang oleh tahan dengan dia ketua kelas kami lah, so diorang satu group dengan yang sorang lagi ASP lelaki tu.


Dia bagus kalau belajar sama2, saya suka, cuma masa buat tugasan tu dia nak idea dia jer diterima....sakit atilah kan...dah tu setiap page nak buat sama2, bincang sama2....bayangkanlah...kalau 30 page ....baik saya buat sorang2 tugasan...buat dengan dia asyik alter sana-sini jer kerjanya sebab dia tak pernah puas hati...sampai lama2 dia dan saya hilang mood lah...sudahnya terima juga idea saya..tapi isunya banyak masa dah dibazirkan bincang2 tak habis2...


Yang sorang lagi tu rupanya tak puas hati pembahagian kumpulan, tapi masa kami bincang bahagi kumpulan takdelah pulak bersuara bila Prof tanya baru cakap paksa rela....dan dia jugak menangis [meleleh air mata kot] masa dalam kelas tu...dia duduk depan sekali, kami tak nampaklah, prof yg nampak, habis kelas prof panggil dia masuk bilik....baru kami semua terkujat...apsal pulak ni...


Kebetulan bila saya dengan ASP cina tu jalan2 kat lobby sementara tunggu kelas malam, terjumpa prof dia pun cerita kat kami isunya...lorrr...panjang gak bercerita cuma prof kata kawan kami tu kecik ati pembahagian kumpulan tak libatkan dia...eh..kami semua open dan transparent masa bahagi kumpulan, kenapa dia tak bersuara, depan prof baru nak luah pulak???



Kalau sekolah rendah or menengah isu ni timbul saya tak kisah, tapi hello yang merajuk tu nak masuk 43 tahun dah....ikut saya memang saya tak minat pujuk orang2 marajuk ni. Terutama kalau hal2 formal ni, Kalau melibatkan personal anak2 buah kat pejabat saya macam masalah anak sakit ker rumahtangga berantakan ker boleh juga saya cuba tangani tapi kalau hal rasmi, hal kerja takdenya personal feeling saya nak masuk campur.



Tapi Asp Cina tu memang baiklah hal2 gini, bila saya gi solat maghrib dia tunggu luar surau untuk ajak saya jumpa *yang merajuk* tu bincang apa masalah sebenar, saya cakap kat dalam surau tu dengan *yang merajuk* tu, yang ASP tu tunggu kat luar surau nak bincang, *yang merajuk* tu masa tu baru macam nagis2 called suami yang saya malas nak dengar biji butirnya...sebab yang merajuk tu dah masuk surau dulu baru saya masuk kemudian....tapi *yang merajuk* tu cakap takmolah saya takde mood nak bincang hari ni, u cakap kat *ASP...* tu lain kali lah.



So bila keluar surau saya cakaplah kat ASP tu, " eh dia taknak bincanglah membazir jer u tunggu, jom kita baliklah..." ASP tu jawab, "eh i penat2 tunggu leuar surau ni berperang dengan nyamuk dia kata dia takde mood...camni i pun malas layanlah"



Semalam kelas, *yang merajuk* tu tak datang, ada hal kerja katanya. Petang ni tak taulah dia datang ker tidak. Masalah kami tetap terbiar macam tu.....saya pulak malas nak joint usaha memjuk *yang merajuk* tu sebab memang saya tak reti hal2 gini...kalau ASP tu nak gi jerlah pujuk sendiri....


Saya agak frust sikit ni sebab baru2 ni, 3 Feb hari tu ada kenaikan pangkat ke gred 48, ada 12 nama, majoriti semua tu junior dan yang sama naik gred 44 dengan saya 2007 hari tu, disebabkan saya lambat ke PTK maka nama saya yillek...rasanya kami 6 orang yang terlambat gi PTK tu takdelah naik dalam tempoh terdekat ni....kecewa sangat tu tidaklah sebab takde rezeki kan cuma kecewa kerana kecuaian dan kesibukan saya masa buan mac 2008 tu menyebabkan saya tak ambil PTK, lebih kecewa rupanya pen pegawai tadbir yang urus PTK tu cakap kat saya dia dah telefon pejabat nak cakap dengan saya suh saya ambil PTK bulan Mac tu tapi saya takde di bilik dan dia tinggalkan pesan, tapi takde sampai kat saya pun...



Yerlah dah bukan rezeki saya nak naik 48, biarlah berapa ramai yang junior naik pun takde rezeki nak buat camana,kan. Berlapang dada jerlah dengan anjakan gaji sebab dapat aras 4 yang jumlah kenaikannya saya rasa adalah dalam 2-3 ratus jer kot banding kalau naik 48 kenaikannya RM 1,700.... bila tengok angka tu fuhhhhh bertambah frust beb!!!



Dan saya tu frust jugak sikit2 sebab takut2 kalau saya tak naik kebarangkalian saya akan kekal kat sini tu besar, kalau naik confirm kena pindah sebab takde post tu kat sini. Heheeee serik sangat dah saya jaga Unit siasatan, kalau boleh takmo dah..biar saya unit lain...minggu lepas bekas timbalan pengarah saya yang India tu yg juga baru naik 48 jan lepas called saya, dia calonkan nama saya untuk ke unit dia di HQ [unit hubungan antarabangsa dan kejian dasar ker apa namanya ntah] bila bis belajar nanti...so saya apa lagi setuju sangatlah...tapi banyak masa lagi, sampai hujung tahun macam2 berlaku kot..ntah2 dihantar ke sabah sarawak..lagi best!





p/s : versi merajuk tu panjang lagi versi dia sbnarnya, malah kami berlapan siap bincang dalam kelas lagi isu ni....tapi majoriti semua malas nak panjangkan hal ni, cuma *yang merajuk* tu masih diam seribu bahasa. Saya malas nak citer penuh cuma rasa kelakar sebab dalam usia2 gini pun ada yg merajuk juga....
. Dan malam ini pak haji balik, dan prof yang kelas malam ni pun macam tau2 jer, sebab dia dah batalkan kelas sebelah malam tu...

4 comments:

Zareda Norman said...

salwa

sekarang PTK tak bleh missed.. kalau terleka, memang akan ketinggalan dan junior akan naik dulu kalau dia lulus PTK dan dapat recommendation. Sebab tu sekarang ramai pegawai bertimbal bolak nak sambung belajar sebab takut terlepas PTK.

Bab bab merajuk tu.. alahai kelakar ler pulak dah tua tua masih sentap lagik..

Irfa said...

xde rezki nak wat camner.hehe.
malulah dah tua2 nk majuk2

MOKCIK AZWA said...

Salwa,

azwa pun baru satni dapat berita post kosong 54 di tpt azwa nie dapat ke orang lain. Azwa takla berharap sangat tapi klu dapat apa salahnya. Dah bukan rezeki reda ajer la kan. Cuma yang sedikit terasa sebab kawan itu dulunya kat sini dpt promotion 54 ke hq. Azwa dah gi PTK tempohari, so klu dpt kat sini molek gak takyah pindah randah...ropenya sikawan itu telah menggunakan kabel supaya dapat balik ke sini semula. Dah rezeki dia...saboo jer la.

InsyaAllah giliran salwa ke 48 akan tiba juga akhirnya... u punya KBP sudah dapat datuk ek...dia banyak bantu masa azwa melalui masalah jadik 'infamous' tempohari.

kelakarnya dah veteran2 pun masih merajuk lagi ek..eehh...tapi kata org lagi veteran, laggiii kuat merajuk tau...

malam ni pak haji balik ek...dah minum bidadari kerr...muahahaha...

kakLuna said...

*yg merajuk* tu x ada mslh besar2 mcm kita kot kak?

hal yg kecik2 pun jd besar :P