Monday, February 16, 2009

Angah

ANGAH


Assalamualaikum w.b.t



Tengahari semalam kak aza sms, antaranya dia minta saya tawarkan diri temankan abang gi ziarah angah. Akak tak dapat katanya, kalau kau pergi bagitauler akak apa ceritanya. Tiba2 macam terkejut pulak, sebab lepas dapat berita angah tak daat dikesan tu saya pun takde sms ayah lagi. Macam terlupa sekejap isu angah ni sbab semalam sibuk mengadap pc carik2 bahan buat assignment. 5 assignment menunggu nak kena siapkan ni.





Lepas dapat sms tu dalam lepas zohor macamtu, suami pun sampai. Baruler tau cerita yang angah ada balik ke bilik dia di suaru tu, dan polis kawan ayah tu terus pujuk dia dan terus bawak dia ke hospital. Ayah sampai tu kira baru lepas ziarah angah di hospital lah tu.





Bila ditanya keadaan angah banyak jugalah yg ayah explain tapi tak pus hati saya dengar jawapannya, tapi conclusion kewarasan angah kalau 100%, ayah kata 80% tak waras. Macam kes sebelum ni, yang angah accident di KL, hilang motor dan segala yang ada pada dia tu, dia dimasukkan ke wad psikitarik, jadik kali ni pun sama.





So semalam petang lepas asar buat pertama kalinya saya menjejakkan kaki ke wad psikatrik tu atau nama glamernya wad gila. Excited saya sebab pertama kali kan, tapi memikirkan hal angah kecut perut saya nak tengok dia macamana. Cuma masa sebelah pagi tu, masa ayah datang dari luar ayah dah dengar suara dia mengaji, bukan main kuat ayah kata. Yerlah budak hafiz, Quran dalam dada, dan mengaji antara benda yg dia buat hari2, jadi walau tak waras pun megaji tetap prioriti dia, sebab quran memang dia dah hafal, tak perlu nak ada quran depan mata baru boleh mengaji. Sedihkan dengarnya.





Angah nak biskut Munchy's dan 100 plus. So saya belikanlah semalam, serta rokok jugak. Tapi rupanya keadaan angah dah berlainan dari paginya. Terkejut sangat saya tengok mula2 tu. Sebab mas akes sakit dulu saya tengok hanya mata dia terbeliak2 dan tangan/jari dia macam kaku dan keras.





Tapi kali ini, memang sangat-sangat-sangat menyedihkan, sampai tahap saya tak sanggup nak tengok, dan ayah pulak saya tengok terus berubah air muka dia, memangis dan mengeluarkan air mata. Air mata seorang ayah tanda kasih sayang dia terhadap anak yang telah dididik 27 tahun dengan didikan agama. Sampai boleh menghafal Quran, menjadi imam hafiz solat terawikh dan solat 5 waktu!






Angah semalam tak dibenarkan keluar dari kawasan kurungan dia. Maka sebalik besi jaring di wad zarud tu. dari pintu ajerlah kami dapat tengok dia. Tu pun kejap jer tak sampai 5 minit. Bukan tak boleh jumpa lama-lama tapi angah yang pergi macam tu jer tinggalkan ayah dan saya dan hani. Saya tak tau dia waras atau tidak, tapi mungkin dia malu dengan keadaan dia atau mungkin dia tak betul, tu sebab dia blah macam tu jer. Tapi kami tunggu juga, mana tau dia datang semula, tapi lepas 10 minit hanya yg lain bersida kat pintu tu, kami pun kecewa balik ajer...lagipun dah nak maghrib.




Angah, bajunya basah, bahagian depan basah sebab ada air liur dia meleleh tak henti2, dan bahagian lain basah sebab berpeluh2. Nampak dia panas sangat. Yang paling menyedihkan ialah lidah dia terjelir panjang, lebam dan nampak tebal sangat. Masa tu saya tak pandang dia sebagai huduh atau buruk. tapi kelihatannya sayang menyeksakan bagi angah yang menangunggnya.





Tapi dalam hati saya kasihan yang amat sangat. Lidah tu sepertinya tak boleh nak dimasukkan. Masa mula2 jumpa tu, lepas dia salam dan cium tangan ayah melalui besi jaring pintu tu, ayah terus usap2 kepala/ubun2 dia, sebab ayah terlalu kasihan dan ayah hanya cakap "angah sabar eh..sabar"..hishhh terharunya saya, bergenang air mata saya nih.





Lepas tu angah pegang lidah dia macam cuba nak masukkan, tapi sekejap jer terjelir semula, panjang pulak tu...dengan air liur meleleh, bila ayah cuba suruh masukkan, dia geleng2 kepala. Sebab lidah tu maka dia tak boleh nak cakap dengan ayah. Air 100 plus pun dia hanya boleh minum dengan mendongak kepala dia dan curahkan air tu ke mulut. Kesian kan?





Dalam pada tu ada dua tiga orang 'kawan2' dalam wad tu sibuk datang nak berbual dengan kami, bagitau hal lidah angah ni. Nampak macam serius dan masing2 cuba nak ikram angah, perkenalkan diri dan cakap kat ayah, "tuan hj, tadi lidah dia tak macam ni". Tolong pegang air, tolong pegangkan biskut tu. Ada dua lagi sibuk panggil2 hani, sebab tengok hani lawa kot [ker sy yg perasan], tu yang dua tiga orang panggil2 'adik..adik..adik", yg kelakar siap ada yg tanya ayah, tu cucu ker [dlm gila2 pun sibuk jer hal org]. Ada sorang siap bagi Hani telur rebus yang masih suam lagi. Walaupun "gila" tapi nampak cara macam siuman cuma mereka kelihatan begitu bersungguh2 nak membantu angah dan turut sama nak joint perjumpaan kami tu.





Dipintu bertentangan pulak, wad baiduri [perempuan], ada sepasangan mata wanita memerhati tanpa jemu melalui sekotak cermin telus pandangan sepanjang perjumpaan tu. Dari air muka dan raut wajah jelas sangat yang renungan dia itu hanya sesuai bagi yang 'tidak waras'. Selepas tu, dia didatangi kawan dia yang terus bersama-sama menari dan menyanyi berdua. Kelakar, sama macam dalam drama2 orang gila yg kita tengok. Saya pulak jadik pemerhati melalui cermin sebesar saiz kotak kasut tu. Saya mula alihkan pandangan ke wad wanita ni sebab tak sanggup dah nak tengok ayah berhadapan dengan anaknya. Sedih dan pilu suasana tu.






Kemudian saya terus pergi jumpa dresser [sblm tu, tanya pengawal, dengan sapa saya boleh buat pertanyaan], saya nak tanya tak bolehker jumpa angah kat luar, kat lobby tu? Dresser tu kata, tak boleh sebab paginya, masa Along dan maknya datang [ohh....alhamdulillah diorang dah datang tengok] lepas habis jumpa dia taknak masuk. Jadik kali ni dia tak dibenarkan keluar sebab nanti kalau dia lari takde sapa nak bertanggungjawab. Saya tanya kenapa lidah dia macam tu, dresser pun tak tau, tapi katanya angah sengaja buat, pada saya tak mungkinlah...boleh juga bangi ubat "ATIN", dia kata angah dah berapa kali minta dah sebelum kami datang tu, dan katanya ubat tu akan buat angah tenang dan jadik "high', jadik dia tak bagi ubat tu...yerlah semuanya kena preskripsi doc jugak,kot.





Jadik memang sedihlah cara perjumpaan tu. Ayah tak dapat nak peluk2 angah dan hanya dapat usap ubun2 kepala dia jer. Kan saya pernah cakap, ayah ni lebih ketara cara dia tunjukkan sayang dia pada anak2 dari kami mak2 ni. Cara dia menyentuh anak2 pun kita akan tersentuh melihatnya, walaupun angah dah 27 tahun, melihat dia mengusap ubun2 angah tu..sedih bukan kepalang saya melihatnya. Hani pulak sebagai seorang yg sibuk nak tau itu ini, bertanya tak henti2, kenapa angah 2x...pastu tanya sapa semua2 yg kat dalam tu. Kenapa diorang tu ammie...sebab semuanya nampak pelik, kan?





Sekali pandang macam derita jer angah tu, yerlah dengan lidah terjelir [gaya anjing lapar kat tepi jalan] tapi takdelah macam anjing kan, nampak dia tenang jer, saya rasa otak dia boleh fikir jugak tu, cuma mungkin kesan dadah takde lagi, jadi badan dia tunjukkan symptom macam tu, macam ketaguhan agaknya, kalau dapat dadah syabu tu agaknya okaylah tu. Kira ni pun macam salah satu cara pemulihan dia, elok juga dia dikurung kat wad G-I-L-A tu. Sedih nak sebut wad gila sebenarnya, tak sampai hati nak cakap angah gila.





Cuma semalam lupa nak bawak air susu lembu/kambing segar, macam ASP lelaki coursemate saya pesan sebagai usaha hilangkan kesan dadah tu, lepas ni baru nak bawakkan sebab kami nak gi ziarah lagi sekejap ni, jam 10 pagi ni. Ayah nak jumpa doktor sekali, nak tau apa perkembangan angah.





Dalam kerata balik masjid tu, ayah kata, ayah sendiri sedih dan biasanya dengan mana anak2 pun dia akan pesan, solat dan doa, tapi kali ni Allah dah tarik nikmat sebagai manusia/hamba dari angah untuk beribadat. Tak boleh nak pesan suh mengaji/solat sebab dia dah tak wajib nak solat atas kapasiti "orang gila/tak waras'. Begitu teruk sekali, kata ayah, sifat sebagai insan pun Allah dah tarik dari dia.






Memang dalam keadaan Angah tu, saya sebagai mak tiri pun rasanya, tak sanggup nak lihat penderitaan dia, rasannya kalau ada wang yang cukup saya pun sanggup korban untuk pulihkan dia. Kalau menurut justifikasi kak aza, keadaan angah tu teruk dan berbeza dari orang lain, sebab dalam dada dia ada Quran, orang hafiz ni kalau masuk benda tak elok, dia akan jadi teruk, macam berlawan. Tu sebab keadaan angah sangat2 teruk. Sampai angah katanya ikat tangan kat sebelah kat pokok tepi pantai jerit2 marah orang...banyak lagilah katanya, cuma malas dia nak cakap kat ayah.






Saya pun tak tau dah nak kata apa lagi, tak tersampai hati nak tulis kat sini. Cuma apa yang saya kenal angah ni, dululah, kalau kita tengok dia memang sejuk hati kita, bila dengar dia mengaji rasa syahdu sangat, merata malaysia dia [dan along] dah pernah pergi atas jemputan masjid/surau kepada madrasah dia sepanjang ramadhan untuk jadik imam, sebab kan mereka nak imam hafiz, dan sebelum ni berapa bulan dah dia jadik imam dan ajar ngaji kat surau taman ayah tu. Kata kak aza dah elok sangat dah, dah ada ciri2 anak soleh dalam diri dia, even apa saja akak suruh, gi kedai beli barang dapur ker, gi pasar beli lauk ker, tolong jaga adik [buai sofiyyah] semua dia buat, malah basuh baju semua sendiri, gosok sendiri, rambut trimmed seminggu sekali. Bersih air muka dia....duduk mengajar sambil2 ulang hafalan dia...sampai ada 2/3 orang tanya ayah macam cara diorang tu berkenan nak buat menantu....tapi pagi semalam ayah datang ayah suruh di baca Yaasin, separuh jer dia boleh, sebab lepas tu ayah kata lidah dia dah macam keras....



Edit: hari ni, 12.30 pm

Saya baru balik ziarah angah jam 11 tadi. Alhamdulillah dah agak waras sikit, tapi takdelah 100% pulih. Masih ada yg tak kena bila berborak dengan dia. Balik2 dia minta rokok dgn ayah. Doc plk tak benarkan. yang lidah terjelir semalam bukan sebab ketagih doc kata tapi kesan ubat yg doktor bagi tu, hari ni dia mengadu sakit rahang, yerlah sebab lidah terjelir semalam tu...sekarang doc tgh test ubat2 yg berlainan, hari ni kasi ubat lain. tapi doc tanya kami perwatakan angah macamana...sebab dok kata dia cakap merepek, doc tak caya bila dia kata dia imam.



Doc tu India so dia bayangkan imam tu mesti yg tua2 beruban, angah ni muda lagi takkan jadi imam pulak. Bila kami kata betul, katanya ohh jadi betullah apa dia cakap tu....macam2lah doc citer, bila doc tanya adik beradik berapa, dia tanya doc balik doc nak tau adik beradik betul ker adik beradik tak betul..heheeee, kalau betul 3 katanya, kalau tak betul ada 8...doc pun pelik, dan sahlah doc pikir dia ni memang tak betul.....tapi bila kami cerita, baru doc tau kedudukan sebenarnya.





Masa kami sembang2 tu, angah ada bersidai kat jaring tingkap sebelah kami duduk tu, siap doc tanya dia sambil tunjuk ayah dan saya, doc tanya dia, ni siapa ni? Angah gelak2 jawab, yang tu ayah, tu mak..katanya. Wah...dia tak kata pulak yang saya ni mak tiri...dan urine dia pun dah ditest, ada yg positif dadah dan ada yg tak, yg positif tu pun dadah dari kandungan ubat yg doc bagi tu..maksudnya dadah syabu -ve, dah hilang kesannya kot atau dia memang tak ambil..ntah tak taulah...doc tadi macam nak kata ketidakwarasan angah sebab memang ada masalah mental bukan sebab dadah tapi ayah pulak macam yakinkan kata tu sebab dadah. Takperlah tengok dua tiga hari lagi lepas ni kotler ubat doc ada kesan penyembuhan ker...




Masa nak balik tadi, ayah tanya nak duk berapa lama lagi sini, ayah kata, duklah sebulan lagi..angah gelak kata setahun pun takper yah....saya terpandang dia gelak, sampai nampak lesung pipit dia...manis air mukanya...sambil saya terfikir..sayangnya kalau angah ni tak dipulihkan, banyak potensi ada dalam diri dia...dan kata2 akhir ayah tanya solat tak..terus dijawab "solat"....alhamdulillah dah ingat agaknya tu...

2 comments:

Irfa said...

salam kak wa..
YaAllah.menitik air mata baca psal angah.
x tau nak komen macam mana,sbb akak yg meilhat sendiri pun x sampai hati.semoga dia cepat baik

MOKCIK AZWA said...

Salam Salwa,

kesian kat angah ya. Apa la masalah dia agaknya sampai jadi macam tu sekali.

masalah orang yang ambil dadah syabu ni macam org yang hisap gam...jadi macam tak betul. azwa sekeluarga pernah mengalaminya apabila salah seorang adik yang dulunya begitu rajin dan bijak serta hormat orang tua terjebak dgn hisap gam. gam pulak tidak dikira satu kesalahan jenayah, jadi org bebas menjual. kita yang melihat org yang ketagih gam memang kesian kat dia tapi hidup kita pun tak aman sebab bila2 masa dia boleh mengamuk. Last2 kami hantar dia ke Rumah Inabah. Dah beberapa tahun dia duduk sana dan dah nampak perubahannya.

semoga angah juga akan sembuh dari dugaan yang dihadapinya.