Tuesday, February 10, 2009

Politik lagi

Politik & belanja dapur
Asslamualaikum w.b.t



Bila ada isu politik meledak, maka mood saya berblog juga agak merosot sedikit. Sebab? Sebab saya dok melahu sana-sini nak dapatkan info terkini lagi terbenar dan tertelus sekali. Muak juga menonton berita di RTM 1, TV3, Astro Awani dan Bernama Tv. Maka dari satu web ke satu blog menjangkit2, sudahnya tak sempat ke blog sendiri pun...tu yg lama tak buat entry tu.



Minggu lepas lagi saya dah mula ikuti isu2 ni, tup2 streamyx takleh masuk. Pastu sibuk kelas pulak. Mula2 ingatkan masalah biasa, mana tau streamyx bermasalah ker... pergi kelas bagitau classmate tak dapat nak emailkan nota sebab streamyx problem, dia pulak jawab, memang sekarang streamyx tengah problem, so saya ingat memang streamyxlah bermasalah. Punyalah haru...



Tiba2 teringat...waduuuh jangan2 kena potong streamyx ni tak? Hari Sabtu hari tu, saya called 100 saja nak sahkan. Rupa2nya sah....memang dah dipotong....Selalu saya bayar dalam lumpsum rm200 untuk 4 bulan. Bukan apa, sebab nak parking, punyalah payah, dan kalau dah balik ruamh tu nak kena bandar rasanya jauh sangat plk. Sebab bil tel saya RM 44 jer sebulan [staff rate]. Kiranya 4 bulan sekali baru saya bayarlah Tak pernah kena potong lagi dengan kaedah bayar begitu. Lepas gaji tu jer dah berapa tempat pergi bayar segala bil, selalu streamyx ni tertinggal....lain kali saya nak bayar kat pejabat pos jerlah semua, selonggok senang citer....



Ntah kenapa nasib saya selalu baik agaknya. Bayar air lagi pulak, sampai 6 bulan sekali, tak pulak kena potong, sebab bilnya takat RM5 sebulan [minimum] Telefon pun gitu, bil saya sebulan seringgit jer [OKU], saya bayar lumpsum 50 ringgit sekali serentak bayar streamyx tu kira berbulan2 lah tak payah bayarnya...cuma kadang tu pak haji guna untuk call rumah p. dickson/Aza sebab dia kan guna line prepaid maka nak save pakailah tel rumah ajer...adalah kadang RM5/6 sebulan. Masih jimat juga tu.



Maka bila streamyx dah kena potong tu, saya biar jerlah, pak haji takde, takdelah sapa nak bising internet takde, maka melepaklah saya dan hani depan astro pulak. Syok jugak sebab selama ni hani conquer. Barulah merasa tengok macam2 ceritakan, nak2nya pak haji takde....merdekalah kami dua beranak takde sapa control, barulah sibyuk tengok Gubra, Sepet, dengan macam2 drama melayu dan filem inggeris lama pulak tu [org lain berzaman dah tengok, Gubra dan sepet tu banyak benor adegan yg xsesuai dgn nilai2 murni], barulah nak tengok channel news yang saya ambil sebagai tambahan yang selama ni tak bernafsu nak tengok, mengadap AFC, Dicovery Chennel dan yer tak yer jugak, channel 303 KBS pun best jugak, saya sukalah tengok cerita Korea, romantic sungguh...diolog dia yg paling saya suker...powerr...lepas tu menyelit2 jugak tengok raja lawak, konsert akademi fantasia yg lama2, pendek cerita macam2lah sebab selama ni mana tengok tu semuakan, sungguh ketinggalanlah..



Hahaaaa, tengok astro ni...siap gaduh ngan hani lagi tu. Selama ni perjanjian tak rasmi kami untuk Astro ni, Hani giliran siang saya plak giliran malam, selama ni takde masalahlah kan sebab saya depan pc memanjang tapi sebab internet takde terpaksa bubar perjanjian ikut giliran cerita, satu saya, pastu dia, sayalah yg untung jugak sebab cerita kartun kat disney channel tu setakat setengah jam jer, cerita saya kat channel lain berjam2...heheheee tak aci betul maknya ni...dia pun tak perasan...sian hani...




Esok pak haji tamat keluar dakwah 40 hari tau, dia ada sms anaknya, asyik bertukar2 sms lah dengan hani sejak akhir2 ni macam tak ingin dah nak ber sms dengan saya nih. Elok pulak panjangnya sms dengan anak takdelah tulis 'ok' jer, siap ada nanti malam kita jumpa dalam mimpi, macamlah anak tu faham, yang hani pulak esoknya siap balas sms ayah tanya, "ayah jumpa kakak dalam mimpi tak, kakak tak jumpa ayah dalam mimpi pun". Maklumlah anak dah pandai sms ayah sendiri. Ayah takat sms hani bagitau suh kirim salam ami ajer...cisss...




Pak haji cakap nak balik sini hari khamis. Saya kata khamis tu saya ada dua kelas 2-5 ptg dan 5-8 malam. Maksudnya saya hanya boleh balik rumah jam 9 malam bih dengan ambil hani di sekolah dulu plak tu. Pastu dia tukar pulak, katanya tengoklah nanti dia buat keputusan nak balik hari apa. Saya memang tak jangka dia akan balik rumah saya dulu, takkan hari rabu tu nak balik sini dulu....rasanya mesti hari jumaat baru balik rumah saya kot. Takperlah gitulah nasib bini kedua...



Kalau nak cakap boring, rasanya dah tahap bosan paling maksimum dah terperap dalam rumah ni. Kononnya nak belajar duduk antara 4 dinding, tapi Ya Allah punyalah boring .... rasa macam nak pergi jauh jer..jalan2 lama2...rasa fedup sangat dah mengadap rumah ni jer..rasa nak tukar suasana pulak....bilalah agaknya nak jalan2 ni, rasa kali ni saya keluar kos pun takperlah asalkan dapat jalan2 sekeluarga kecil ni, w.pun kami bertiga jer.....




Satu boring sebab rutin yang sama setiap hari. Hantar hani ambik hani, pergi kelas balik kelas, beli lauk masak lauk, makan bila lapas tido bila ngantuk, solat dan mengaji tambah malas sebab badan dah makin naik. Rasa dari segi motivasi dan semangat rasa masa kerja hari tu lain sangat dah dengan masa belajar ni. Jadual hidup masa kerja lebih bervariasi dan mencabar....




Masa kerja hari tu dari segi pengisian masa, penuh sampai tak cukup2, tapi badan rasa sihat dan fit jer. Satu hari tak tau berapa kilometer jalan, berapa puuh kali turun naik tangga. Cuma yang tak tahan stress dengan masalah boss yang pagi petang siang malam carik saya, asyik kena panggil jer mengadap, bincang, mesyuarat, pemantauan dan asyik pulak deal dengan masalah orang tak habis2....




Bila duduk rumah ni, asyik fikir perut lapar nak masak, makan pastu letih tido jer pulak. Nak bercakap takde orang. Nak shopping kang habis duit dan pulak nak beli apa? Bukan takde benda nak dibeli, dari rumah memang macam takde apa, cuma rasa macam nak window shopping jer tapi tengok bila dah sampai kang, mau dua tiga ratus habis tak sedar...




Rasa saya dah hampir dua tahun lebih saya mengharamkan diri dari menggunakan kad kredit sebab saya pernah terjebak dengan hutangnya. walaupun tak banyak seriklah jugak, sampai kena minta bantuan pak haji lah untuk settelkan. Mujurlah pak haji masa tu angin baik. beribu2 dia labur untuk saya selesaikan hutang tu semua.




Sekarang ada kad kredit bank islam jer, tu pun dua2 kadnya visa dan master saya bagi kat pak haji lama dulu utk dia simpankan. Dia pun dah lupa mana dia letak tu tapi yg pastinya kat rumah kak aza lah tu. Dia diam saya pun diam jer hal ct card ni. Rasa takde terkesan apapun takde kad kredit, tapi kalau ada agaknya tu, terasa gatal juga nak guna, agaknya?




Baru2 ni, gi pejabat ambik surat saya yg bertimbun, adalah surat dari bank islam, bagi kad kredit baru, katanya diorang dapat mengesan kad kredit saya rosak, [ehh macamana dia kesan, ek? ker sebab bertahun saya tak guna tu pasal dia syak kad saya rosak] tulah pasal, dah adalah satu kad kredit kat tangan saya ni. Kena diaktifkan sebab kad baru,kan...dah mulalah tergatal nak isi minyak pakai kad ni...tak bagitau pak haji lagi ni..dah 2 minggu dah dok pandang2 kad ni....




Selama ni pakai debit kad maybank jer isi minyak..tapi boleh isi di petronas jerlah kan. Sejak tukar keter dengan pak haji ni saya dah boleh bajet minyak saya RM 50 seminggu, dua kali seminggu ulang alik UKM sambil hantar/ambik hani, 3 kali ulang alik ambik hani sahaja selain hari takde kelas tu, dekat jer, dalam 6 km kot pergi balik tu, isnin on the way balik hantar hani tu singgah Paroi Mart beli lauk untuk seminggu. Cukup tak cukup tetap isnin tu baru pergi semula. Lain2 tu pepandailah berjimat. Semalam beli baru RM 24...sangat murah...satu sebab saya tak beli ayam minggu ni dan saya tak beli sotong. Maka duit minyak RM 200 sebulan dan duit lauk pula tak sampai RM150 sebulan. Bulan ni takde kos makan luar. Tu yg tambah boring tu...boikot lah katakan....




Minggu ni minggu untuk makan ikan ajer. Sebab hani dah jemu dengan syup ayam dan saya pun jemu dengan ayam masak serai. Ikan beli 4 jenis, belanak, serkut [apa nama sebenar ikan ni ntah], siakap dan ikan sardin untuk fifi. Perkakas buat mee, dan udang. Semalam udang RM 13.50 sekilo dan sotong RM 9.50 sekilo. Agak murah jugak tu. Tapi kalau kat Melaka, saya tanya mak saya wah jauh benar murahnya dari seremban ni. Itulah bagusnya melaka ni, kalau ke pasar borong lagilah murah yer...




Dah beli tu, saya terus ke kiosk TM di bandar bayar bil tertunggak tu, pastu tiba2 dah terlalu dekat2 jalan nak ke rumah mak ros saya pun menyinggah ler. Dah menyinggah bukannya sekejap, dekat2 setahunlah punya cerita nak bertukar. Masa borak2 tu cucu mak ros main kunci keter saya, remote nya tu dimasukkan dalam mulut. Sudahnya bila nak balik, remote dah tak berfungsi, agaknya sebab masuk air liur si hazriq yang umur setahun tulah.




Saya dah tau dah kalau saya buka pintu secara manual mesti alarm dia berbunyi. Tapi zarin, mak si Hazriq merangkap anak mak ros tu nak cuba jugak, Sudahnya berbunyilah keter tu bukan main lama, kami dua2 belek tak tau nak tekan atau nak picit punat mana. dua tiga lelaki jiran mak ros dekat2 situ datang nak tolong pun tak reti jugak. Keter merc ni walaupun lama tapi kalau orang tak tau memang susah.




Zarin cepat2 call husband dia, nak tunggu pulak lama lagi nak sampai sebab semalamkan le tour de langkawi tu ada kat seremban, banyak ler pulak jalan yg tutup. Sementara tu suami mak ros ntah apa ditekannya kat remote tu boleh pulak, tapi saya phobia jgk nak bawak. tunggu jugak si aizat, suami zarin. Aizat ni macam2 keter dia ada [syarikat abang dia yg punya] memang kereta mewah ni dia pakarlah, so tak tau apa ditekannya maka diamlah keter tu. Hari ni saya nak tukar jgk dua2 bateri remote tu, satu remotenya hari tu saya dah masuk terputar dalam mesin basuh sebab pak haji simpan dalam kocek jubah tak keluarkan, saya pulak tak check...dan satu lagi ni dah masuk air liur hazriq pulak...




Sudahnya, selesai masalah keter, masalah hani pulak, menjerit2 tak nak balik, nak duduk rumah mak ros. Sudahnya daripada buang masa baik saya balik jer, petang nanti datang ambik dia sekali lagi. Masa ni baru teringat ikan kat bonet..memang busuklah jawabnya....balik ruamh terus kerjakan ikan dan udang, terus masak. Memang agak2 dah berbau ikan tu sikit..tapi halal jerlah...saya pulak sekarang ni suka betul siang ikan, udang, sotong, kemaskan semua, siap2 potong dan asingkan tiap2 untuk satu hari punya menu dan bungkus dalam paper, baru masuk dalam peti ais. satu kepuasan. Kira saya buat elok2 macamlah tu SKT untuk surirumah pulak....




Benarnya...tau dak, masa pagi nak keluar rumah tu, saya sms pak haji bagitau saya nak gi sarapan di luar, nak gi beli lauk pastu nak gi bandar bayar bil streamyx jer, xde bagitau nak gi rumah mak ros. Bila jadik hal kat keter tu serba salah saya nak call dia, sebab selama ni saya macam dah boleh agak dah kalau tak minta keizinan, tapi saya buat jugak mesti akan ada hal punya sebab dah banyak pengalaman dah hal2 gini. Kan dah tau, tapi buat jugak! sudahnya tinggi suara dia masa saya call tu...




Petang jam 6 baru saya gi ambil hani semula, tapi tetap taknak balik jugak. Tak puas lagi main kat rumah mak ros. Sama macam dia kecik2 dulu, ari2 berperang masa nak ambik dia. Orang perang anak taknak pergi rumah baby sitter, saya plak berperang anak taknak balik rumah. Dulu2 sampai saya ingat mak ros ni ada pakai ilmu buat anak saya suka kat dia kot. Semalam saya kejar hani keliling rumah mak ros, dah macam apa pulak kami ni. Main kejar2 siap bawak ranting nak pukul lagi tu. mak ros dan semua yang ada kat situ pakat2 gelak jer tengok kami dua beranak, terutama hanilah, apapun saya pujuk tak jalan dah.




kalau dulu dia nangis tak nak balik, saya pun akan nangis jugak, sedih + dahlah penat balik kerja masa tu, dan masa tu mak ros boleh sumbat jer dia dalam keter, pastu saya kunci pintu, kali ni dah besar, sumbat pun dia bukak balik pintu tu mencicit dia lari. lama jugak saya kejar, pastu tak tahan saya minta sorang adik tu anak jiran mak ros [kami jadi tontonan smlm] pegang hani masukkan dalam keter pastu cepat2 saya kunci dari dalam, pastu apalagi menjerit hani, sayu menangis lah...mak ros sempat perli saya kata lama sangat kau tak datang bawak dia jalan sini...lain kali datanglah selalu....heheheee...malas ohh..rasa jauh sangat dah rumah yg ni dgn rumah mak ros...




Tulah alkisahnya semalam. hani ni memang dah tahap kronik boring kat rumah. kalau maknya boring bayangkan budak 5+ tahun lagilah boring. Bercakap sorang tu toksah cakaplah..memang jadik rutin. ada ajer kawan iluminasi dia, sampai satu tahap dulu saya potong daging lembu, dia ambik potongan daging tu pegang kiri kanan pastu dia buat2 berborak antara dua potongan daging tu...penat dah cakap kat dia, ammie ni kan ada cakaplah dengan ammie...katanya cakap dengan ammie tak best...sekarang ni plak dia banyak cakap dengan fifi, siap ajar fifi baca doa...macam2lah..




kalau yang terbaca ni adalah sapa2 nak bagi baby kat orang, bagitaulah saya, saya teringin nak bagi kawan kat hani ni...jenuh dah dia berdoa lepas solat, khusus doa dia, "ya allah, bagilah saya baby, bagilah ammie saya mengandung bukan ibu tiri saya...bagilah saya adik yang baik dan cantik..." wah spesifik doanya tu....lama2 dia boring tau dia cakap, ammie lah doa, sebab ammie yang nak mengandung mungkin kalau ammie doa cepat sikit dapat...




Kalau ayahnya ada mungkin keboringan kami dua beranak ni kurang sikit..ni bayangkan kehulu kehilir dua orang jer...anda bayangkanlah..boring tak boringnya...asyik borak dengan ammie, pastu gaduh pun dengan ammie jugak, pastu suh pujuk pun ammie jugak, kena marah dengan ammie jugak, main pondok2 pun dengan ammie jugak, baca buku pun dengan ammie jugak...balik2 ammie daaaa...ammie pulak..balik2..hani daaa...




Bila sms ayah bagitau keboringan kami duduk berkurung dua beranak ni, ayah balas..."Itulah mujahadah, syukur ada juga anak, dapat juga kawan buat gaduh..."....so dendiam jerlah...

2 comments:

Zareda Norman said...

salwa

gitulah kalau anak sorang.. anak kak zar tu, memang full aktiviti setiap hari.. bila wiken.. dia pun macam kak zar.. nak rehat rehat aje kat rumah..

MOKCIK AZWA said...

Anak2 dara azwa pun cenggitu gak...kalau gi rumah sepupu dia, melalak2 takmo balik. yang tak faham tu wiken pun dia berkeras nak gi rumah sepupu dia sampai asben pulak naik hangen huhuhu.. Tapi Hadi pulak dihantar pun diam, diambil pun diam ajerr...hehehe