Saturday, January 31, 2009

Aktiviti baru

Aktiviti baru


Assalamualaikum w.b.t

CERITA 1 : BERBUDI PADA TANAH


Bulan 7/2009 ni genaplah 3 tahun duduk rumah ni. Tapi alangkah ruginya sebab saya takde berbudi sikitpun pada tanah ni dari mula 2006 tu. Kalau berbudi gamaknya dah dapat hasillah kot? Yang ada tu hanyalah tanaman orang yang duduk sini dulu, serai wangi, serai [angah pulak dah racun baru-baru ni] dan pandan wangi pulak pun sama dah dicabut dek angah.. mujur juga ada tinggal akar-akarnya dan dah alhamdulillah bertunas semula dah...



Maka bila baca blog Pnut [Pnut lagi....hehehee] tengok ada bibiknya menanam maka secara tiba-tiba semangat nak mencontohi aktiviti bibik Pnut tu membara-baralah. Masa tu membara sebab bibik saya ada, kononnya nak suruh dialah yang mencangkul semua tu sebab saya ni kan ker lembik, pinggang dah tak berapa kuat nak kerja-kerja keras ni. Tapi rupanya member tak minat dan tak langsung menawarkan diri nak buat tu semua, maka saya menggagahkan diri menyemai benih2 sayur yang dahpun dibeli.




Banyak juga beli benihnya, macam2 sayur tapi setakat ni saya semai 3 jenis ajer ~ betik, kangkung dan kacang botor. Tiga-tiga dah naik dah, nak taknak kenalah juga saya menyediakan tempat atau batas nak menanamnya. Takkan nak biar jer dalam pasu semaian tu.




Petang tadi saya pun merajinkanlah diri mencangkul tanah sekangkang kera di bahagian belakang tu. Mencangkul pun sambil duduk jer atas kerusi kecik...nak kena jaga pinggang juga! Cadangan saya ukur2 dalam 3 batas cukuplah. Alaaah betul2 kat tepi tempat sidaian baju saya. Ini orang malas punya kerja, kononnya nanti senanglah sebab dekat dengan sinki belakang, 4/5 langkah dah boleh ambil air siram jer. Takdelah alasan malas nak siram sayur nanti. Dan kalau dah membesar [harap2nya membesarlah macam sayur2 Pnut tu], senanglah nak petik buat masak...kenalah berangan dulu,kan?






Tu hah...Fifi nak meletak 'baja' kat kawasan yang dah dicangkul...sepanjang mancangkul ni Fifi ler yang menemankan saya, ntah berapa kali saya nak tercangkul kepala kucing ni, berani sangat duduk kat depan/belakang/kiri/kanan saya, anak dara sorang tu asyik menonton Astro....kejap2 keluar jenguk, sayang betul dia nak tinggalkan TV...mana taknya, baru ni jer saya benarkan dia menonton astro semula sejak bermula musim sekolah ni. Oh yer, saya dah called dua kali astro ni kononnya nak putuskanlah perkhidmatannya, 'tak boleh' pulak jawabnya sebab dah ada kontrak sampai november 2011, kalau nak potong jugak, kena denda RM 500 dan akan didakwa dimahkamah.




Seingat saya, takde sebarang perjanjian black & white yang saya tandatangan, macamana dia nak dakwa saya?...pelik2...kalau nak buat test case boleh jugak,kot? Tapi leceh juga nanti turun naik court, terfikir juga nak ke Tribunal pengguna, minta pandangan...memang silap besarlah saya masukkan astro, tulah marahkan nyamuk kelambu dibakar...<-- ni merujuk masa saya masukkan astro tu kan tengah exam, so taknak Hani kacau saya study dan juga sebagai melempias rasa marah + nak bercerai dengan pak haji! tu yg cepat jer bertindak masukkan astro...






Semalam juga saya menanam anak pisang ni, mak saya panggil pisang ni pisang 44 hari sebab dari berbuah jer genap 44 hari dia akan masak. dua batang anak pisang ni mak saya beri. Saya ni ambil pisang sebab senang nak ambil daunnya, mana tau ada cita-cita nak buat kuoh koci atau nak bungkus nasi lemak ker..kira lepaslah jugak kalau ada daun pisang w.pun pokok pisang ni kecik jer saiznya. saya fikir dari biarkan rumput dan lalang tumbuh melata beribu kali baik biarkan pokok2 ni membesar...








Mak saya juga bagi saya 3 anak nenas madu, pun baru semalam saya tanamkan, kebetulan rumput2 bahagian depan dan tepi ni semua dah mati sebab dah diracun angah seminggu lepas dia mesin rumput, sebenarnya saya takmau diracun sebab buruk rupanya kuning semacam jer, tapi dah anak tiri, Angah offer nak diracun sebab katanya, "makcik, biar angah racun kan sekali, takdelah susah makcik asyik nak fikir nak mesin jer, kalau angah racun 3/4 bulan makcik tak payah mesin", katanya. Sebelah belakang tak tau kenapa tak mati rumputnya, agaknya dia buat campuran racun lain dan dah tak berkesan kot?








Ni anak-anak kangkung yang dah mula naik, seminggu lagi bolehlah dipindah ke batas sementara saya letak gemburkan tanah2 batas dan letak baja dulu kat batas tu. saya pilih kangkung sebab saya suka kangkung goreng berlada, kalau buat goreng belacan pun sedap rasanya kot..kebetulan baru jer minggu lepas kawan office bagi belacan Tanjung Dawai....kuat sungguh baunya...dan hari tu masak laksa saya masukkan sikit memang berubah rasanya berbanding laksa yg tak masukkan belacan...








Dan ini lebihan daun kesum yang saya guna untuk masak laksa, saya tanamkan juga walaupun nampak macam hidup segan mati tak mau jer daunnya, tapi saya memang dah rendamkan sebelum ni dan semua batang2nya dah berakar, insyaallah besar harapan untuk hidup daun kesum ni...bolehlah masak asam pedas lepas ni letak daun kesum, kalau tak jangan harapler nak letak...tak kuasa nak ke kedai semata-mata nak beli daun kesum ni... rumah sebelum ni memang ada tanam...sampai saiznya besar sangat, tumbuh serumpun jer agak2 setinggi budak 6 tahunlah..pastu kenapa ntah tak terfikir nak tanam bila duduk sini.

CERITA 2 : BIBIK KU SUDAH KU USIR



Genap 17 hari Suliyati bt Painom bekerja dengan saya, maka seperti sudah ditentukan agaknya jodoh saya dengannya tidak panjang, maka pada hari sabtu 23 jan 2009 hari tu saya putuskan atas nasihat pak haji untuk menamatkan khidmat dia. Sedih juga hati saya sebab pada saya dia setiap hari menunjukkan peningkatan dalam melaksanakan tugasnya di rumah saya. Maksudnya dari segi kerja saya boleh kategorikan puas hatilah sebab dia juga jenis tak kisah ditegur, takde merajuk dan takde tunjuk tanda protes atau tak puas hati atau degil. Pantang dipanggil cepat betul dia menyahut, "Ya...buk". Maid yang takde perangai macam tu pun dah dikira cukup baik tau!



Mulanya dia ada tanya saya, boleh ker kalau dia nak bercuti pada tahun baru Cina, pada saya okaylah...sebab dia dah bersuami, lagipun kan ikut Akta Buruh majikan kena memberi cuti apa pada pembantu rumah. Dan pada jumaatnya dikhabarkan apda saya yang agennya [dipanggil bapak] akan ambil dia pada sabtunya. Saya pun suka jugalah sebab saya bolehlah berbincang dengan agen tu [saya panggil Ustaz Rahim, merangkap kawan pak haji]. Berbincang tentang isu permit, penukaran nama majikan dan urusan nak ke Imigresen S'ban. Dan juga hal-hal kecil seperti cuti, kebajikan dan adalah isu2 baru saya nak bangkitkan.






Isu pokok yang saya nak tanya adalah tentang hal Suli yang bercerita pada saya yang dia nak mengandung sebab katanya 'umurnya sudah banyak, tambah lagi kalau belum punya anak udah diambil 'kabe', nanti kemudian takkan ada harapan untuk mengandung' dan dia taknak ambil keluarga berencana [KABE] secara suntikan hormon, tapi lepas saya asak dia "macamana kalau mengandung?" barulah dia keluarkan statement dia nak merancang secara manual [pandai dia kata dia nak buang luar jer dengan yakinnya yang dia takkan mengandung]...walhal sebelum tu beberapa kali dia ada kata dengan saya..."buk....disini kerjanya nggak berat macam di kedai itu hari, kalau mengandung pun bisa, kerja pun ringan2 ajer"....





Waaaahhh...harus saya termenung dengar ayat dia tu. Saya mesyuarat dengan suami via hp, terus suami saya macam frust jugak dengan kawan dia tu, barulah terbongkar katanya asalnya Ustaz tu cakap budak ni tak kawin lagi, baru bertunang dengan anak tirinya, kemudian pulak lepas Suli cerita pada saya pasal tunang dia yang dia asyik sebut 'suami saya..suami saya'
, saya terpaksa tanya kenapa tak kawin dah panggil suami, baru katanya "saya udah nikah buk, bapak yang nikahkan sendiri di sini, balik ke sana nanti baru dibuat pestanya"...




Waduh..waduh...kok gini jadinya..tu yang terus sms suami, napa dah nikah pulak..tapi lepas ustaz kata dia ambil kabe legalah jugak w.pun dalam hati cuak jugak kot2 termengandung. Tapi akhirnya ternyata benar, Suli sendiri mengaku dia nak mengandung dengan alasan kerja di rumah saya senang, 'nggak berat' katanya. Malam sebelum dia balik tu saya sola siasat dia sungguh2, saya bagitau dia jangkaan keadaan orang mengandung, apa komplikasi yang akan wujud "morning sickness, simpul biawak, diabetes, sensitif, lenguh pinggang dll"...dan soalan saya pada dia, kalau semua itu berlaku pada Suli sapa yang nak ambik berat pada Suli,... saya tanya dia nak saya ker jaga suli???? Dia kata, dia nak kerja juga sebab kalau dah mengandung lagi membutuhkan wang.




Dia senyap, saya kata saya tak salahkan dia nak mengandung tapi dia kena buat pilihan, samaada nak kerja atau nak mengandung, sebab saya takkan sanggup nak suruh dia buat kerja dalam keadaan pening/mabuk dan nantinya dengan perut memboyot...haiihhh ni betul2 kerja giler ni...samaada saya serba salah atau dia akan rasa bersalah..salah2 gaya kelau keguguran lagi parah..hishhh baik saya ambil tindakans ebelum berlaku apa-apa.




Okay, sehingga perbincangan itu saya masih rasional lagi sebab sayaa perlu menunggu ustaz rahim untuk perbincangan tapi pagi sabtu tu yang saya jangka Ustaz rahim akan datang, rupanya sebaliknya. Yang datang ambil dia adalah suami dia. datang bawa van kedai kek tempat suami dia kerja lagi. Yang saya syak dia bawak tanpa lesen. Dan peliknya pandai pulak dia tuju alamat rumah saya. Pandainya dia cari, ni mesti Suli yang bagi direction. Patutlah banyak kali dia tanya saya cara nak ke rumah saya ni. Siap tanya nama jalan dan nama taman lagi!




Ohhh, saat itu saya lihat Suli tak keruan, macam dah gatal sangat nak jumpa laki. Masa ni saya pun sibuk nak cakap dengan dia nak tanya kenapa ustaz rahim tak datang...dia macam dah tak minat nak layan soalan saya, laki dia dok ada dalam kepala jer agaknya...bila laki dia dah sampai depan rumah lagilah tak tentu arah dia, sebab dari air muka saya boleh baca...siap bedak2 depan almari solek, sikat2 rambut yang basah2 baru bersyampu...dah tak sabar2 nak peluk cium laki gamaknya! eiii geram saya tau! pastu dah jumpa laki dia kat depan... datang balik dapur, cakap kat saya, "buk.....itu suami saya ada di depan..." tapi hati saya dah panas saya kata tak perlulah saya jumpa...bila van dia bergerak hah padan muka saya...barulah saya mengendap celah langsir...taknampak pulak muka laki dia...





Tulah kisahnya, lepas ni ustaz tu kata nak cari yang baru gantikan Suli ni. Suami saya kata nak yang anak dara..entahlah hati saya ni dah taknak ada maid semua ni. Walaupun rumah kemas, licin dan sempurna tapi hati jadi sakit, ada jer masalah.... tulah nak ikutkan cakap laki terpaksalah. Harap2 Allah gerakkanlah hati suami saya fikir tak perlulah nak pakai maid lagi...sebab kalau dapa maid sekali lagi ni, nampaknya memanglah saya kena ubah watak, tak bolehlah nak kasi muka sangat kat maid ni, kena betul2 layan dia macam maid...takde kesian2. Anggap betul2 yang diorang datang untuk kerja, bukan untuk istirehat.






Tapi tulah kelemahan saya ni [p/s: kak sya, saya pun sama agaknya dengan kak sya anggap diorang macam saudara kita, nak layan baik2, konon bagi yg terbaik] saya mesti nak anggap diorang macam saudara atau tetamu yang datang ke rumah kita, kalau boleh semua yang kita ada, kita nak kongsi sama dia, nak bagi dia rasa dia tak menumpang, bagi dia rasa macam di rumah sendiri. Tapi bila kita buat macamtu lain pulak balasan diorang.





Macam Ustaz Rahim tu cakap kat saya, kenapa saya bagi dia cuti sampai 4 hari, sebenarnya bukan saya bagi cuti 4 hari tapi dia sendiri yang cakap, dia nak cuti hari raya cina, saya tanya bila nak balik sini semula, dia jawab hari selasa....abis takkan saya nak halang orang jumpa suami? Lagipun kerja kat rumah saya memang takde apa sangat, zalim sangatlah saya kalau biar dia termenung kat rumah saya masa cuti2 ni walhal member dok ingat kat laki jer?



Tunggulah 2/3 minggu lagi kata Ustaz rahim, dia akan bawa masuk orang baru, tunggu jerlah...saya sendiri pun cuak nak terima maid baru ni, apa pulak isu yang akan timbul nanti. Kadang terfikir saya kah yang terlalu pemilih atau cerewet. Atau mereka yang tak semenggah???





Rasanya mana-mana maid yang datang kerja dengan saya ni memang bertuahlah, kerja tak banyak, anak pun berdikari [dahlah 5 hari sekolah, petang jer ada rumah tu pun pandai tengok tv sendiri] , suami saya jarang ada di rumah, saya pulak tak kerja [kelas pulak semester ni dua hari jer], masak tak payah, bilik siap tv dan radio dan ada bilik air sendiri...walaupun tak mewah tapi serba serbi tak dikawal, bebas bergerak mana dia suka, apa dia nak buat, saya tak pernah halang atau marah. Macam Suli sampai hari2 2/3 majalah saya dia dapat khatamkan, dapat salin satu buku nota kecik resepi, siap dengan beberapa persalinan baju saya dia ambil dari stor....dia main pakai jer tanpa kebenaran...tu sebab dia fikir yang dia boleh mengandung sambil bekerja....saya pun tak salahkan dia 100%...



No comments: