Tuesday, March 23, 2010

Cuti kecemasan dan gambar makan2

Assalamualaikum w.b.t

Intro : Gambar hani tido sebab demam....ni gambar betul2 tengah malam lepas jam 12..tiba2 dia bangun cakap lapar....terus saya suapkan bubur, dan saya suruh buka baju (sekolah) dan dia terus tido semula....tak larat sungguh anak dara ni...saya balut dengan towel basah....hahahaaa tido dengan panties jer anak saya malam tadi!


Jangan pening....entry berselang dengan gambar2 makan2....


Tak yah caption, ni masa makan2 consultant kami yang belanja....belanja orang2 pej Kp ajorr...
dua hujung tu dara lagi yer....teka mana satu miss conquer?




Cadang nak cuti hari khamis sebab nak hangkut barang dari rumah Pd bawa ke sini ke Putrajaya. Rupanya lain lak jadi nya. Tulah kita rancang Allah tentukan.





Teruk kan muka yg tukang belanja ni....yg baju pink ni....hai Dr.....menyesal ker.....ikhlas tak ni?





Semalam petang ambil Hani sekolah terus bawa ke pejabat. Sebab ada kerja tak selesai lagi. Masa kat pejabat tu kecoh betul Hani kata sejuk2, saya bagi pakai blazer saya suh cover badan dia, pun sejuk jugak, pucat bibir dia.






Saya ingatkan sejuk biasa, rupanya nak demam. Dalam kereta nak balik tu, dia kata sejuk lagi, saya tak buka aircond pun sebab nampak bibir dia masih pucat. Rasa dahi dia rupanya panas...sah demam dalam hati saya!






Ini dia miss sinar.... orang belanja kita2 jer makan, sya siap bawak anak lagi.....hahahaaa.... camana kan saya kata tak nak pergi nak urus anak, diorang suh bawak anak sama....







Balik tu terus tenggek bubur. Dia pulak cabut tudung terus baring atas toto. Siap tenggek bubur jengah tengok dia dah tido! Saya selimut kan dia dengan toto senyap jer...stokin pun tak tanggal...dengan baju sekolah dia tido. saya biarkan....sian pulak...







Stok ubat semua dalam freezer kat seremban. Nak keluar memang rasa tak boleh sebab hani dah tido kesian nak kejut.






Malamnya memang tido tak lelap sangatlah dia...merengek halus dan ada jer mulut dia macam mendesah....saya basahkan towel kecik balut badan dia, letak celah ketiak....bagi sejuk badan sebab rasa panas sangat.






Dalam hati memang susah. saya sms pak hj bagitahu ehwal anak, nak suruh dia datanglah....tapi tak berbalas. Call pun tak jawab!





Ni sorang lagi bahagian kami. Dia ni keturunan dan sekampung dengan Idris Jala, ntah apakernama kaumnya ni...jauh dalam hutan asalnya....area Ba'kalalan, kuat kristian dia ni...macam gaya model.....baik sangat budaknya, taat dan patuh....handsome jugak kan?






Dua boss atas saya.....bizi jer boss borak....yg kiri ni convert, dulu hindu....dah lama masuk islam dah....







Dalam jam 10 saya call baru berjawab tu pun syakirah yg jawab. Cakap hal anak pastu dia bagi cadangan suh gi kecemasan, saya kata takperlah, lupa lak nak tanya dia baca sms ker tidak pasal saya suh dia datang sini....hmmmm jawabnya memang tak datanglah tuuu....




Saya susah hati sebab rasa macam tak wajar tak datang kerja hari ni. kami ada majlis yang kami uruskan sebagai organizer...Majlis Luncheon Talk dan pelancaran Frenz Of MACC. Memang kamiler penggerak semua ni. Sebelah petangnya mensyuarat Persatuan Bekas Pegawai SPRM/BPR.
walaupun saya tak ada, tapi legalah diorang dah selesai dah.....lepas ni ada satu lagi event...sekejap jer dapat tarik nafas.....pastu KP gi Brazil, rehat lah....cuma masa dia takdelah kami nak kena buat roadshow promote fungsi dan peranan bahagian kami ni...dengar2 nak ke sabah sarawak....jumpa reporter sana dan nak kena gak jumpa sekretariat pencegahan rasuah seluruh u...banyaknya kerja.....tapi seronok...tak tenion macam menyiasat....



Apapun, jom saya jemput anda semua join facebook SPRM, buat masa ni saya salah seorang admin fecebook tu...tanya apa sahaja....dan promote gak kat kawan2...dari situ nanti kami akan register sebagai Frenz of MACC dan segala maklumat awal yang kami boleh dedah akan dimaklumkan dahulu pada frenz of macc supaya tak adalah persepsi negatif tentang SPRM...



gambar2 tu saja promote pegawai bahagian komunikasi korporat SPRM, 6 org jer...yg lain2 tu jemputan dari pej KP...5 jer ada, Glenn budak sarawak takde dan dato' pengarah bahagian kami....tak datang lak makan2 hari tu...dunia saya bekerja skrg ni kecik jer rasanya sekarang compare dulu....

No comments: