Thursday, March 18, 2010

Rindu pulak rasanya.

Assalamualaikum w.b.t


Malam ni genap 7 hari hani duduk di rumah mak tiri dia. Senyap jer takde khabar berita. Sekali jer hari tu saya call dia, lama gak cakap2 dengan dia...biasalah dia melapor perkembangan semasa dan bertanya itu ini pada ammie.


malam ni tiba2 teringat sangat kat dia. Puncanya sebab tadi gi masjid Sultan Mizan (masjid besi) sebab ada majlis bacaan yasin dan solat hajat sempena setahun penubuhan SPRM, ramailah staff yang bawak anak, so teringatlah kat hani...


Siap solat isyak saya tak makan pun di jamuan yg disediakan sebab saya pergi dengan kawan, dia tak makan saya pun malas nak makan, masih agak kenyang juga sebab petangnya kami ke UiTM Shah Alam ada program, balik tu singgah drive thru McD, so dah makan McD petangnya tu....lagipun...yerlah saya kita tumpang keter dia...pandai2lah bawak diri...


Dalam pada tu, saya pun call hani rupanya dia tengah makan juga di masjid Telok Kemang, PD...ikut ayah bersama-sama 3 adik beradiknya yg lain, Uda, Syakirah, Zubair dan hani sendiri. Seronok bukan main...


Sebab makan, tak dapatlah cakap, cakap dengan pak hj jer...dah nak sampai rumah baru hani call dari no. rumah kak aza. Lama kami borak....barulah lepas rindu....


Satu lagi punca saya teringat kat dia....hari tu ada satu hari saya bawa dia ke office tapi saya letak dia kat surau, bagi kertas, pen dan handphone....bila ada semua tu dia leka lah, takde kacau saya...


Tadi lepas solat asar kat surau tiba2 saya nampak kat dalam almari ada kertas A4 ada lukis2...dari cara lukisan tu memang sah lukisan Hani...ada gambar ikan, banyak ikan macam2 saiz...ada ikan paus, siap ada gambar udang lagi yg kelakar...siap ada dialog....ada sekor ikan tu kecik jer dia lukis kat tepi, macam baru sampailah, siap cakap...."eh...kenapa ramai sangat orang ni?" dialog tu dia letak anak panah kat mulut ikan kecik tu konon macam ikan tulah yang berkata2.....kelakar betul bila saya baca....


yang tak tahan tu..."ramai orang" patut "ramai ikan".....pastu saya ambik lukisan tu saya tampal kat board dalam bilik saya...bila ingat dia saya tengok lukisan tu....tersenyum2 saya tengok lukisan dia....sayu pun ada gak, rasa macam lamaaa tak jumpa!


Esok petang insyaallah saya akan ke tanjung bidara, urusan kerja, saya cadang nak singgah ke PD sekali ambik dia....tapi tadi ayah kata esok diorang nak ke melaka nak hantar uda ke melaka central balik madrasah balik Pulau....hani memang seronok nak berjalan ramai2 tu....tengoklah kalau tak clash, saya singgah rumah kak aza, angkut dia bawak balik putrajaya...bapak dia nak balik ikutlah kalau taknak lantaklah....bagus jugak tak balik selalu..letih nak melayan masak makan, basuh baju semua tu....pastu kos bertambah...nak siapkan makan beli lauk semua....kalau tak balik selamat gak duit saya.....dahlah hujung2 bulan ni....


Entahlah kadang rasa rumahtangga ni hambar, kadang rasa bermakna....kalau rasa hambar tu selalunya masa-masa iman lemah nilah....yerlah dah lama tak top up.....tambah2 dah bergaul macam2 ni, kerja pulak bizi, solat pun agak2 lewat...syaitan pun bermaharajalelalah....hai salwa...cepat2...dah tau tapi masih leka....

No comments: