Saturday, March 20, 2010

Rindu anak orang

Assalamualaikum wbt

Salahker saya menyimpan rasa rindu....


Mungkin sebab semasa budak ini masih baby banyak depan mata saya.....


Selalu sangat saya rasa macam nak sangat tengok dia....


Boleh katakan budak ni selalu jadik tajuk perbualan saya dengan pak hj


Tapi kalau tanya pak hj perkembangan budak ni cerita dia takdelah menarik sangat....


Dia tak pandai nak cerita....


Tapi kalau dengan hani baru best..panjang dia cerita kalau saya tanya pasal Sofiyyah...






Dia cerita, Sofiyyah ni, sapa pun tak boleh pegang ayah...dah pandai panggil ayah dah...kalau ad sesapa pegang ayah atau duduk kat ayah, mesti dia menjerit kuat suruh orang tu duk jauh2...pandai betul....kata hani lagi, ummie nak urut ayah pun tak boleh, kiranya sorang pun nak pegang ayah tak boleh...dia sorang jer boleh....betul anak ayah ni!




Dah pandai nak ikut ayah....kalau ayah keluar jer pandai membontot ayah.....tiap kali nak keluar ayah kata kena tutup grill, kadang ayah bawak jugak, gi ikut ambil zubair di tadika, dalam kereta sebelah ayah berdiri jer, pegang cermin kereta...seronok, ayah kata diam jer sepanjang jalan..khusyuk agaknya...hishhh terbayang saya..alahai bilalah boleh jumpa, kalau jumpa mesti dia taknak kat saya lagi...dulu dia suka juga kat saya....hmmmmm, salah saya jugak...



Kalau hani di PD, dia suka main dengan hani, kadang kak aza suh hani kepong dia masa dia menyusu atas sofa, hani kena baring sebelah dia, takut dia jatuh, kata hani....masa hani baring tu sofiyyah suka main muka hani, mesti nak korek2 hidung hani...hani kata..."kakak biar jerlah dah dia nak korek..." terbayang2 saya, rindunya...

Pastu hani cerita, sofiyyah suka menjerit, dia paling tak suka zubair sebab zubair suka mengacau, kalau hani ada sana, suka betul panjat2 hani dan naik atas belakang hani, pastu suka tarik2 tangan hani bawak sana sini tak taulah nak tunjukkan apa....dah pandai main dah dengan kakak2 dn abangnya....
Tu yang salah satu sebab hani suka duk sana....dia suka sofiyyah.....meriah hidup dia kat sana sampai tak ingat kat saya....
Petang ni balik seremban, nak basuh comforter, mesin rumput, basuh kereta dan ambil comforter dan bantal tambahan, tak boleh jadi berebut nak baring atas comforter biar saya bawak banyak2..geram betul...dan nak bawak gak beras, bawang (ntah2 dah kecut), nak ambil baju2 kerja tambahan dan nak bawak buku2 dan nota berkaitan rasuah....nak kena banyak ilmu pasal rasuah......kata dok bahagian komunikasi korporat pejabat KP mesti level pengetahuan kena sama paras dengan orang2 atas....cehhhhhhh!







Wassalam

3 comments:

ibuVouge said...

salam kak wa
comeinya bb ni
tak salah kak wa, sbb bb kan kupu kupu syurga

oren said...

comei lah bb..

mmg lah hani seronok duduk sana, ada kawan kan..

mira pun siap cakap nak adik lagi 2 (supaya depa semua jadi 6 beradik)..haduilaaaahhhhhhhh....

Hanisumayyah said...

Iv...


email kak wa hanisumayyah@hotmail.com


tulah tyang comel tu yg geram tengok tu...tapi agak2nya dah besar nanati baru jumpa kot? hati ni masih ada prasangka lagi, malas nak ke rumah kak aza, kirim Hani jer ke sana...


Oren...

Oren takper, cakap jer nak tambah terus ada rezeki, kak wa ni sampai ke sudah anak sorang jer kot?