Wednesday, January 5, 2011

Hani & Yaya Sekolah ~ Part 1

Assalamualaikum w.b.t


Yaya dah mula sekolah hari ni


Comel sangat pakai baju sekolah kurta hijau tu


Yang tak tahan bila pakai tudung, terserlah lagi kecomelan dia


Eh majoriti sapa yang tengok dia akan kata dia ada rupa saya


So, memang tak peliklah dan sesuai sangat kalau Yaya jalan dengan saya, macam anak dengan emak gayanya, especially tang mata dan mulut yang dikatakan ada persamaan


Entahlah saya sendiri tak nampak langsung persamaan tu, tapi nyatanya Yaya ni memang serupa dengan ayah dia, abang saya yang sulung tu...


Malah jiran2 kat sebelah menyebelah rumah mak saya semua tengok Yaya terus kata, eh sebiji muka si Nasir, anda taukan abang saya lari dari rumah pada tahun 1986 (masa saya darjah 6) pastu jiran2 mana pernah tengok dia lagi, terus lesap dan lenyap....sekali lepas berpuluh tahun yang timbul anak dia jer...tu yang bila tengok Yaya terus jiran2 ingat balik rupa abang saya tu...


Lainlah kalau saya dengan hani tu memang sah2 pelik majoriti yang pertama kali tengok kita boleh tau macam terpelik bila saya bagitau hani anak saya...


Semalam masa ambil hani balik sekolah....bila cikgu nampak saya, dia tanya nak ambik sapa, saya terus cakap Hani, kebetulan ada dua hani so dia terus panggil hani Shafiyyah....gelak jer saya....sebab Hani Suhailah tu tak dijangka anak saya agakanya....


Ok, balik pada cerita sekolah hani, first impression saya pada sekolah tu memang agak sedihlah


dengan bangunan tak siap, dengan keadaan fizikal yang sangat dhaif dan macam takde proper perancangan...dan juga keadaan ibu bapa yang tak tau nak buat apa pagi tu kepas daftar anak...


Kononnya ada taklimat, pastu saya tunggu sambil borak2 dengan sorang makcik dari teras jernang, pastu kata Ustazah Anili (isteri pada Ustaz Khiarudin ker apa namanya pengasas sekolah ni) kena ambil buku pulak.


Yuran pendaftaran RM910, so saya agak dengan yuran setinggi tu persiapan untuk mula belajar mesti dah ada...tapi kecewa jugaklah


Pagi tu juga baru saya nampak pekerja sibuk nak vacum, sibuk nak kemas. Malah pekerja2 Indon masih dok menyiapkan bangunan tu lagi...agak bahaya juga sebenarnya tapi mujur ramai juga Ustaz dan ustazah...ada dalam 8 orang tak salah saya...ustaz2 semuanya hafiz...


Ada 6 kelas semuanya tapi semalam yang ada dua kelas jer. Pra sekolah dan darjah satu digabungkan. Darjah 2 dan 3 digabungkan dalam satu kelas.


Tapi bila saya tengok jadual kelasnya terubat juga hati dan bila saya berbual2 dengan Ustazah Anili katanya 2 bulan pertama ni tumpuan hanya diberikan kepada penghafalan dan pengujian kemahiran pelajar dalam hafalan, tulisan jawi dan bahasa Arab. Tu saya suka.


Dan setiap hari, pelajar diwajibkan solat sunat Dhuha. Dan yang ini juga saya sangat suka. Petang pula akan ada subjek macam kelas KAFA, tauhid, sirah, fekah dll.


Bulan2 berikutnya sampai hujung tahun, setiap hari hanya 2 jam untuk akademik. yang ni saya kena tanya ustazah, apakah nanti sekolah ni akan ada UPSR?


Makan pula 3 kali sehari dan pelajar wajib solat jemaah zohor dan asar di surau. Tu pun alhamdulillah, sebab aspek pembetulan solat dan bacaan dalam solat akan dibuat dengan teliti.


Pelajar kelas Hani kalau berdasarkan meja dalam kelas dia saya tengok 10 orang. Saya anggap molek sangat angka tu, dan pendekatan pengajaran di sini adalah secara tumpuan pada setiap individu. Memang takde peluang nak main2.


Walaupun keadaan sekolah tak sempurna, harap pengajaran akan sempurna, semalam duduk dalam dua jam di situ saya agak yakinlah yang pengasas sekolah ni serius dalam usaha dia buat sekolah ni. Harap2nya begitulah.


hani pula teruja sangat sekolah ni. Walaupun suasana dia sangat berbeza dengan dua sekolah dia sebelum ni iaitu di SRI ABIM seremban dan SK Putrajaya Presint 9(2), tapi dia snagat positif...


Sebelum datang pertama kali semalam (bagi dia) saya dah dua kali ke sekolah tu, saya bagi gambaran teruk2 pada sekolah tu supaya dia tak letakkan harapan tinggi sangat, saya cakap murid tak ramai, sekolah tak siap lagi, pelajaran pulak hanya ditekankan hafalan....tapi Hani tak kisah....mungkin sebab dari kecil dah ditekankan yang dia akan masuk madrasah...so mental dia dah boleh bayangkan suasana madrasah yang rat2nya lebih 'mujahadah'.


So, lepas daftar terus dia masuk kelas dan start sessi taaruf...saya tunggu sampai rehat makan pagi, bila tanya dia terus katanya okay..petang ambil karguzari (laporan) lagi dan katanya best sangat sekolah tu, kakak sukalah ammie....seronok sangat, tambahnya lagi....


Sebagai ibu yang nakkan yang terbaik untuk anak saya teramat lega dengan komen dia...saya tanya tak boringker....dia ajwab tak, seronok...


Cuma katanya Uztaz agak garang dan serius....petang tu ustaz tulis rumi di white board dan masing2 kena tulis semula dalam jawi...tu yang katanya agak susah sebab ayatnya sangat panjang...tapi saya agak dalam sebulan hani mesti dah mahir tulis jawi...setakat ni dia takde masalah baca jawi cuma mungkin sebelum ni peluang menulis tu agak kurang so dia payah sikit nak menulis apatah lagi bersambung2 setiap huruf....alhamdulillah saya hantar sekolah ni, harapkan KAFA masa darjah 1 tu lebih banyak tido dari belajar (ustaz KAFA tu memang suh budak2 ni tido kalau mengantuk)


Semalam saya tinggalkan dia kat sekoah dengan senang hati sebab tau dia suka sekolah tu....


Yaya pulak punya cerita....


balik hantar hani terus misi mencari sekolah untuk Yaya. beberapa hari lepas nampak banner taski/Pra Tahfiz ABIM di Sungai Merab Luar....


So terus terjah situ...first impression saya...fuhhh cantik dan elok sangat suasana sekolah ni.


Sekolah ni dalam kawasan taman perumahan dalam 100 meter dari jalan besar dari gate 1 menghala ke bangi....


Suasana sekitar nyaman dan rumahnya pun agak luas....berkembar dua rumah dalam satu pagar.


Terus ke pejabat dan bincang dengan guru situ, Ustazah Hilda, gitu gini dimaklumkan bahawa yuran bulanan RM230, dan jumlah tu memang dalam bajet saya sebab sehari sebelum tu saya memang dah hantar Yaya ke nursery presint 17 dengan bayaran RM230 sebulan juga.


Nursery tu sebelum ni, last year saya hantar hani, 2 kali seminggu hari yg takde KAFA tu tapi hani 3 kali jer nak pergi..sedangkan saya dah bayar RM350 pendaftaran dan bayar kos jaga hani untuk sebulan...agak rugi di situ, nak buat camana dia rela duduk rumah sorang2 dari duduk nursery tu...


Tapi bila fikir semula dari hantar Yaya ke pengasuh baik saya hantar terus ke Taski dan dia boleh belajar terus banding duduk saja dengan baby kat nursery tu...dengan bayaran yang sama pulak tu...cuma pendaftaran memang tinggi lah standardlah tu..


Saya tak terkejut bayar mahal pendaftaran Yaya ni, RM 1142 bagi saya masih okay lagi, sebab hani masa masuk Murni CDC Seremban duklu RM1300 pendaftarannya, dua tahun sekolah situ, pendaftaran dua ribu lebih.


Cuma bila Yaya ni saya fikir dua kali sebab bukan anak saya,kan....takut juga dalam hati saya ni...aku melabur banyak pastu at the end mak ayah dia ambik balik....membazir jer...


Yaya punyalah serobok tahu yang dia akan sekolah. Masa hari pertama hantar nursery tu pun dia dah okay dah, masa balik ambil dia bukan main bye2 dgn kawan2 nursery....saya ingat dia akan memberontak ker hapa ker...


yerlah tau2 jerlah Yaya ni mana ada keluar rumah....tak biasa jalan, takde ke mana-mana sepanjang hidup dia....hanya je rumah tok dia di Kulim...memang jenis budak yang kita tengok dalam rancangan Bersamamu tu...patut malu2, segan2, pasif...


Tapi dia sebaliknya pulak...tak taulah camana nak cakap, dia excited sangat....terus boleh sesuaikan diri....memang tak menyusahkan langsung, banding dengan Zubair pertama kali hantar sekolah Murni dengan Hani dulu..melalak2 tak hengat!


Walhal Yaya ni belum cukup umur pun 4 tahun, baru 3 tahun lebih..cakap pun ada pelat2 sikit...kira walaupun tak sayang sangat dia sepenuh2 hati saya, tapi jauh dalam hati saya kagum dengan semangat dan ketabahan dia, jauh dari mak ayah, adik beradik, terus duduk dengan orang yang dia tak kenal tapi dia selamba jer...apa nak sekarang dia tak malu na cakap...


Pagi tadi dalam kereta, dia duduk belakang...pastu saya dengar dia cakap sorang2...."yerlah yaya dah nak gi sekolah ni...yaya bawak beg sekolah tau..bla bla...." pastu saya tanya Yaya cakap dengan sapa tu...dia jawab.."yaya cakap dengan ibulah"...alahai kesiannya dia....mesti dalam hati dia gembira dan rasa nak share dengan ibu dia tapi yang dia mampu berlakon cakap sorang2 jer...ha'ah ek lupa pulak saya nak telefon kan ibu dia suh cakap terus...masa menaip ni baru teringat pulak!


Masuk kelas tadi terus duduk bersila, sopan sangat...saya bayangkan dia akan buat cam kat rumah, merayau sana sini, tak reti duk diam....tapi nampak gayanya patuh...saya panggil dia betulkan tudung, yerlah yaya pertama kali diperkenalkan tudung memang dia tak reti betulkan tudung biar jer tudung tu senget benget....saya pesan dengan dia macam2..comel jer dia mengangguk2 tanda faham..harap2nya takdelah dia tunjuk perangai bukan2 dia...


So, hidup saya akan sedikit sibuk tahun ni, mujur juga hantar hani dan yaya ni sejalan jer....pagi saya akan hantar hani dulu, pastu baru hantar yaya....balik pun sama ambil hani dulu, pastu terus ambil yaya....


Tengok pada silibus tadika yaya ni tak jauh beza dengan MURNI CDC hani dulu. Mengaji guna Qiraati, pada saya sistem Qiraati ni lagi bagus dan cepat dapat mengaji banding dengan Iqra'...saya agak dalam usia 4 tahun ni yaya akan pandai mengaji dan baca..harap2lah..moga2 ALLAH bagi hati dia terang. tengok pada cara dia memang terang hati...doa makan semua dia dah boleh baca dah.


Yaya, sah akan jadi anak saya!


dan semalam juga saya dah called mak Yaya... Noorziah, nama mak dia...sebaya saya juga. Saya tanya dia sejauh mana dia serius nak suruh saya jaga Yaya. masa saya called tu mak dia tengah mengaji..alhamdulillah (saya ada bagitau tak nenek yaya ni pencen ustazah sekolah dan atok dia pesara polis, Ketua Balai) dan saya terangkan kat dia yang saya tak nak main2 jaga yaya ni...dan saya taknak saya dah usaha gigih dan bagi yang terbaik untuk yaya pastu mak dia ambik dia semuanya akan balik pada dulu.


Kalau betul nak suruh saya jaga yaya, saya kata saya nak jaga terus. Sebab saya takkan boleh sayang dia macam saya sayang hani kalau saya tau saya hanya akan jaga yaya untuk tempoh setahun jer...dan saya pun takkan didik dia sungguh2 sebab kalau didik betul2 pun at the end akan back to square..bila mak dia dapat dia akan sama macam asal lah...


So mak dia dah bagi kata pasti yang katanya kalau siti (ni nama kampung, dah tau kan)nak jaga Yaya, Nor takde masalah kalau yaya duduk dengan Nor pun Nor tak boleh bagi apa-apa...dia akan terbiar juga. Biarlah dia duduk dengan Siti, Nor pun ada perancangan nak duduk Kl, nanti Nor datanglah tengok...


petangnya saya ada sms dia bagitau perkembangan Yaya yang saya dah daftar sekolah...terharu dia...dia sms saya ucap banyak2 terima kasih....


"Takde apa yang dapat Nor kata cuma terima kasih banyak2 siti. Nor doakan agar yayah akan dapat ilmu di dunia dan akhirat. biarlah yayay dan hani rapat macam adik-beradik. terima kasih siti."


Pastu saya suh dia sebagai ibu doa untuk yaya, dan saya bagitau juga saya kata saya memang susah sikit nak sayang dia saya pun kena ambik masa sikit...tapi hani saya confirm sangat teramat-amat sayang kan yaya dah...pastu dia balas,


"Terima kasih Siti. kalau yayah duk dngn Nor dia xkan dapat macam duduk dengan Siti. Dah rezeki yayah. Nor doakan yayah terang hati macam hani senang dapat ilmu agama. moga dua2nya boleh menjadi tahfiz. Insyaallah."


Terharu juga saya baca...besar korban dia sebagai ibu. Mungkin dia dah fikir banyak kot....bukan senang seorang ibu nak lepaskan anak2 yang dikandung dibelek selama ni pada orang yang dia bukan kenal sangat. yang dia tau, hubungan persaudaraan tu mungkin akan mendatangkan kasih sayang...


lagipun, agaknya nak makan pun susah, nak beli pakaian apatah lagi. dengan rumah sewa asyik pindah randah....nak bagi pendidikan pun tak mampu. Dua anak dia pada emak dia tu mungkin dapat mengubat hati dia kalau dia rindu dengan dua yang ada kat sini....kata Nor dia memang rapat dengan yayah....


Tapi pada saya, yayah pun taklah rapat sangat atau sayang sangat dengan mak dia, sebab cerita2 yaya tentang mak dia adalah ~ mak selalu tibai dia, kat kaki, kat peha...mak selalu tidor, mak masak nasi dengan telur jer....mak tak belikan yaya susu mak takdak duit....


takde pulak yaya citer, mak dia cium dia, mak dia sayang dia....atau mungkin bagitau dia rindu....kalau tanya barulah dia bagitau dia rindu....


wah...dah panjang dah pun...nanti citer lagilah yer...

Wassalam

3 comments:

oren said...

besaq pahala bela anak yg dtg dari keluarga susah..

mungkin dia cerita mai tido, mai tibai kaki tu sbb dia nak compare ngan kesenangan yg dia dpt masa duk ngan akak..mana tau, kut kalo dia cerita sayang kat mak, kang akak hantar dia balik plak..pikiran budak, kadangkala susah nak jangka..

Pnut said...

Wa, semailah kasih sayang untuk yaya sebaik mungkin, besar pahala, dan harapnya dia akan jadi anak yang baik dan patuh, kasihan dia.

bertuah sebenarnya dapat membela anak lain, selain anak kita sendiri, wa fikirkan suatu masa nanti, kita dah tua berumur, takkan wa hanya nak berharap pada Hani seorang menjaga wa, kalau ada yaya, mungkin dia sama akan mengambil berat hal wa.

Tak ker bertuah??? saya pun teringin nak anak lagi, tp atas faktor kesihatan, mmg doktor tak bagi beranak dah, walau hati meronta nak anak lagi.

Pujuk hubby nak amek anak sedara yang emak dia ibu tunggal, nak jaga, tapi hubby tak nak... apakan daya..

Hanisumayyah said...

Oren...

Betul gak tu oren...maunya kalau dia citer best2 jer kat saya mesti saya geram jer kan..pandai gak si yaya ni bawak diri....

Pnut...

eh sungguh saya tak terfikir yang sampai tahap tu...yerlah harap2 dah besar nanti bolehlah harap...betul jugak nak harapkan hani semata2 tak tentu lagi, kita ni pun bukan sihat selamanya....alhamdulillah Allah hantar Yaya...