Sunday, January 2, 2011

Jika ini penyudahnya part 3

Assalamualaikum w.b.t



Jika nak baca dari mula, sila baca tajuk Jika ini penyudahnya part 1 dan part 2...


Malam tu dalam susah payah reverse kereta sebab kat depan dah tak boleh nak pusing sebab one way...


Membantutkan perbincangan dan ulasan dia terhadap suara hati saya tu...


Asalnya nak turunkan dia betul2 kat tepat jemaah berkumpul pun tak dapatlah sebab dah stucked


Saya diarah pak hj turunkan dia kat gerai pertama jalan masuk ke masjid sebab gerai kawan dia


So dia turun situ, saya nak turun bantu bawakkan tool box dan gergaji mein tu dia kata tak payah....


Susah payah dia angkat sendiri, tool box tu agak besar juga....mujur kawan dia cepat datang tolong ambik


Lepas dah setel bagi kawan dia barang2 tu, dia toleh kat saya, saya pun tanya dia;


"Abang ada wudhu' ker?'


Sebab dari surau tadi kan dia sedang solat masa saya ambil, so dalam kereta dia takde usik saya dan saya pun takde usik dia macam biasa....


Sebab saya dapat jangka selalunya dia nak jaga air wudhu', biasalah org tabligh kan nak ada wudhu' dari rumah....besar ganjaran pahalanya....


So dia tanya saya, kenapa?


Saya kata, nak salam abang.....


Saya turunkan cermin tingkap sebelah tempat duduk pemandu tu...


Dia hulurkan tangan masuk dalam kereta walaupun saya syak dia masih ada wudhu'


Saya salam dia dan saya kucup tangan dia agak lama dari biasa


Sebab masa tu dalam hati saya dan azam dah tulah kali terakhir


Saya akan jumpa dia sebagai suami isteri yang sah....dalam hati dah nekad!


Dalam sedih2 tadi, dalam hati saya sebenarnya ada rasa bersalah juga


Rasa bersalah sebab saya tak benarkan dia bermalam di rumah saya


Tapi saya nak hantar mesej pada dia bahawa saya tak semudah itu dilayan


saya ada harga diri


Dan saya tau mesej saya tu sampai


Sebab tu agaknya dia senyap dan diam jer masa dalam kereta


Berfikir kenapa saya boleh menolak pelawaan dia untuk bermalam di rumah saya


Sungguhpun, masa saya buat keputusan tak setuju dia nak bermalam di rumah saya tu saya tak sedar pun bahawa malam itu ada peristiwa penting


Sebenanrnya esoknya tu adalah hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 9 tahun...


Tapi itu tarikh pernikahan kali ke 2 di Melaka....nikah secara rasmi dan tarikh yang kami gunapakai secara sah...


Saya hanya sedar tarikh tu pada lewat malam tu, dalam perjalanan saya balik ke melaka...


Sedih sangat rasanya....


Bila teringat tentang tarikh tu


terbayang2 yang kami berdua sama2 buat persiapan perkahwinan


Sama2 membeli barang2 hantaran kedua2 belah pihak


Sama2 susah hati fikir macamana urusan dokumen nak nikah


sama2 fikir macamana nak cari duit nak setelkan hantaran 10k, nak beli barang2 utk dulang hantaran lagi


Sama2 nak fikir orang sebelah, adik beradik pak haji nak bersanggah kat mana


Bila dah setel semua, dua2 kami bertungkus lumus siapkan barang2 hantaran


bayangkan nak siapkan kotak transparent tu untuk dua2 dulang, rasanya berbelas2 dulang nak disiapkan


Bukan mudah...sebab idea pak hj yang nak buat sendiri


Beli kotak transparent, pastu tampal reben dan bunga


Masa tu saya sedang praktikal di BPR Seremban


So, malam2 kami berdua yang buat sama2


Tapi saya mengada lebih...bini muda asyik nak bermanja jer


Dia yang gigih buat banyak kotak tu...


Ada gambar2 rumah berselerak dengan kotak2 hantaran tu....


pak hj yang memang pandai masak, pandai juga kerja berhalus ni


Setakat tampal bunga2 reben kat kotak hantaran enteng jer bagi dia


Kagum gila saya dapat suami macam tu, masa tu lah...


Akhirnya siap jugalah banyak dulang hantaran


Untuk pak hj seingat saya, baju melayu, kasut, sejadah, apa lagi ek...ada saya catatkan dalam diary...


Untuk saya pun sama, kasut, handbag, sejadah, baju, ...apa lagi ntah...


tapi bila bawak balik kat rumah, banyak tambah lagi sebab mak saya kan orang melaka memang kaya dengan hantaran kuih bermacam jenis...


Abah pulak siap tempah kek dua tingkat lagi...


Saya memang tak ambil tau apa2 pasal persiapan kawin, saya balik pun sehari sebelum nikah....memang gamble habis....


Siap terkejut beruk tengok persiapan bilik dah lengkap dah....tggu pengantin (lama)


dalam pada tu bolehkan kami dua2 terlupa hal nak kena batalkan air sembahyang lepas nikah...


memang tak siapkan apa2 barang kemas pun...


Kesudahannya, lepas nikah kat masjid, masa nak batalkan tu, mujur pak hj sempat pinjam cincin adik dia, so pakai cincin adik dia jer masa batalkan air sembahyang...


Walhal mana ada batal air sembahyang pun...period masa tu lah...


Semua kenangan tu bermain2 dalam kepala masa saya drive balik melaka malam tu....


Sambil menangis mengenangkan nasib...


Lepas hantar pak hj tu sebenarnya saya terpaksa patah balik ke masjid eri petaling


Ada urusan tak selesai rupanya....


Wassalam

2 comments:

oren said...

kalo dh buat keputusan, biarlah tetap pada keputusan tuh..

dah nama pun kenangan, mmg utk dikenang..

tu jek nk cakap..

kakLuna said...

buah yg sudah busuk wpun saat ranumnya dulu sedap, manis, lemak, tetap juga tak boleh dimakan skrg