Tuesday, January 25, 2011

tak seperti dijangka

Assalamualaikum w.b.t







Jujur saya sangat bimbang





Bimbang dengan reaksi anda yang menunding jari





Menempelak





mengatakan saya macam2, mengatakan saya takde pendirian



Mengatakan saya bodoh barangkali



Dan saya membuka hati dan minda untuk dikata begitu,



Benar, katalah apa sahaja, memang saya tak daya, mengota apa dikata



Macam 'terpenjara'





Tapi hati memaksa juga mencatat di sini





selagi tak dicatat terasa meronta2







Saya tidak pelik



Kalau ada isteri yang sanggup bersabar



Bertahan dengan sebuah perkahwinan



Kerana isteri /wanita memang dicipta



dengan keupayaan bersabar pada tahap paling tinggi



Dan



Saya telah memilih



hanya untuk bertahan,



berdoa dan bersabar




Dan natijahnya



Biarlah saya tempoh segalanya



walau kadang pahit kadang manis


Kerana



saya memang telah immune



dengan derita dengan gembira



Dua2 perasaan itu seakan-akan takde garis pemisah pada saya



Rasanya seakan sama



Baik derita @ bahagia



Jalannya berliku juga pada saya



Saya tetap begini, sesekali dihubungi



Sesekali diziarahi



Memang saya sedih sekali...amat sedih dibuat begini



Tapi biarlah Allah ubat hati saya



Mungkin saya kurang disini, lebih disana



Allah tarik nikmat berumahtangga tak sama macam yang lain



tapi allah beri nikmat lain yang orang lain tak rasa agaknya?



Pada masa sama saya cuba jadi yg terbaik



takperlah......walau makan diri, walau merosakkan emosi dan jiwa



Saya rasa saya dah kebal dah...............................................................



Insyaallah ada hikmahnya barangkali



Apapun, kisah saya, hani dan yaya akan terus dipapar disini seperti biasa



takde apa yg berubah, cuma saya tak memfailkan penceraian,



pak haji juga tak menjanjikan apa2 yang manis2 untuk saya



Tiada bahasa bunga2 untuk berbaik semula



Perjalanan kami melayari dunia suami-isteri ini memang macam perjalanan yang gila.....xseimbang!



Tapi saya cuba belajar redha.....lagi dan lagi....biarlah sampai nafas saya terhenti....



Saya tak kuat sebenarnya.



dan saya ragu2 hala tuju saya sebenarnya jika perpisah...






Cuma yang saya tau, dengan adanya pak hj, dengan melihat pak hj, dengan berada dekat pak hj



walaupun dengan sms dia sebaris dua......dia mendekatkan saya dengan Allah....mengingatkan saya kepada Allah
Saya memburu redha alllah.....ini ujian sedikit sangat




Dan rasa dekat dengan Allah itu lain, berbeza rasanya.....



Dan saya perlukan itu....katalah apa sahaja,



Waima nak kata saya beri jawapan ini sebagai alasan semata2.....



Apapun, saya terima....kawan2 blog ini dekat sangat dihati



sayu dan sedih bila baca komen2 nasihat



Jujur dan memang ambil berat....saya tak rasa ada kawan di alam nyata yang saya boleh share semua ni....



Semuanya saya share di sini...terasa sayang dengan pembaca semua, berbeza rasanya dengan kawan2 alam nyata....



Sayang saya ni sampai terfikir nak buat gathering dengan pembaca blog ini.....nak jumpa face to face.....tapi masa, jarak dan komitmen masing2 berbeza.....mungkin satu hari nanti....insyaallah




Wassalam

5 comments:

Cool said...

Sy rasa punca rentak menanti belah ni.. bila Pak Hj pindah ke P.pinang, kalo tak mesti laluan utk berbaik tu luas.

Kak wa mmg kuat la!~

Ummi said...

ummi tak pelik lansung dengan keputusan wa, kalau itu yang di pilih dan kalau itu yang terbaik, teruskan wa,

macam wa kata, kurang kat sini lebih kat sana, mungkin ada benarnya wa, bukan semua orang akan dapat apa yang dia idamkan, tapi kalau dapat sikit pun bersyukurlah, bersyukurlah dengan apa yang ada

hak Allah untuk menentukan sapa yang tak adil atau adil, kita hanya manusia yang hina yang tak layak untuk menilai orang :(

Maryam said...

sori kakwa, saya jarang mengomen.. :)

u hv ur own perspective of life and u r the decision maker. whatever it is, saya tetap respect kak wa..

n now, by having yaya, saya rasa hidup kak wa lebih terisi berbanding sebelum ni. walaupun masalah yang berlarutan ni tetap sempat menyelit dalam fikiran. (saya takut betul masa lapang... hehe)

setakat benda-benda kecil yang berlaku pada saya (terfikir nak membahayakan diri tu kecik ke eh?) buat saya sedar, kadang-kadang banyak berfikir tu la menyebabkan things getting worse. padahal benda besar jadi tapi sebab fikir positif, benda jadi mudah.

insya Allah, kak wa, Allah always by your side. (lagu-lagu maher zain banyak heret fikiran balik pada ALlah..) dan saya sedar juga, yang jahr (perkara yang kak wa buka @ cerita di blog) adalah bukan semua yang dirasa dalam hati. ia cuma sedikit. yang sirr (rahsia dalam hati), Allah je yang tahu.

all the best for your life! :)
faiza 'azamta fatawakkal 'alallah...

oren said...

kalo itu yg terbaik, teruskanlah..sbb akak lebih tahu apa yg akak nak, apa yg akak rasa..

kami tumpang baca dan bagi komen jek..

payarumput21 said...

Salam Wa...

Alhamdulillah... Sabar tu jugak satu usaha... Hanya Allah saja yang tau hikmahnya.. Mungkin untuk masa skarang ni.. Itulah jalan yang paling baik.. InsyaAllah..