Tuesday, January 11, 2011

Jika ini penyudahnya part 6

Assalamualaikum w.b.t



Macam saya warwarkan dari awal,


memang tiada perasaan sudah!


Segala-galanya kosong, pada masa ini insyaallah


Tapi ada satu hal saya nak setel sebelum saya failkan


Sebab dah lama nak buat benda tu, maka saya kena lunaskan juga


Sebab hal ni sangat berkait rapat dengan keputusan nak failkan penceraian


dan hal itu akan saya setelkan weekend ni


Siap ambik cuti jumaat tu


Ayah hani akan turun khamis petang dari penang


Pastu petang tu jugak kami akan hantar dua beradik tu balik kampung


Kalau jadilah, tapi hani tak suka idea tu


Plan asal nak letak dia dua beradik kat rumah kawan saya di seremban


Tapi sebab yaya masih dalam proses peralihan saya bimbang pulak


Dengan sikap dia yang masih kuat makan tanpa kawalan saya khuatir menyusahkan orang


Pada masa sama saya terfikir kemungkinankah dia ni banyak cacing....


Sebab masa dia tidur saya terdengar perut dia berbunyi...kuat juga bunyinya


Dan sepatutnya dalam usia 3 + dia masih dapat rawatan rutin klinik...tapi takde pulak mak dia bagi buku pink tuuuu....musykil ni...


So, 3 hari ini adalah penghujung kepada ikatan ini.


Wish me luck!



Wassalam

2 comments:

oren said...

apa2 pun, semoga berjaya..

u deserve to have a more happier life..

take care..

dayangbest said...

Good luck akak!