Saturday, January 1, 2011

Catatan kenangan Yaya ~ Part 1

Assalamualaikum w.b.t


Nur Ruqayyah Bt Mohd Nasir @ yaya


Itulah anak baru saya ni. Ayah dia tu abang sulung saya, saya pula yang bongsu....


Nama jer anak baru, yang mungkin saya akan bela untuk tempoh lama


Bergantunglah pada keadaan mak dia


Tapi dalam hati saya tetap saya tak boleh nak terima dia


Macamana dulu saya bela dan jaga Zubair...


yang saya tetap tak boleh nak bagi kasih sayang sama macam saya kasih dan sayang Hani


Begitu jugalah dengan Yaya ni


Dalam hati tetap tak boleh terima dan sayang dia


Geram tau!


Saya rasa saya memang tak dilahirkan untuk menyukai budak kecik secara ekstrim


Kadang saya pandang dia dengan perasaan belas


Kasih mungkin kurang tapi kasihan yang lebih


Dia tak salah, dan dia tak berdosa apa pun


Dia mangsa keadaan


Tapi kehadiran dia yang tiba2 banyak mengubah hidup kami berdua


Yaya datang dengan pakej tau...yang saya tak alu-alukan


Dia ada lelah yang kronik


Dia pulak tak boleh kena marah...muka masam siap bebel bagai...cakap utara


Kadang dia cakap...hang ni awatnya?...depa2 ni nak kena ni...kelakar dengar pekat utara dia tu....


Pastu kalau kita dah mula cakap nada tinggi dia mulalah taknak pandang muka kita


Lagi buat kita geram dan rasa nak marah


Paling tak boleh tahan kuat makan tu...


Kuat makan tu okay tapi macam pelahap makan...


Dalam mulut ada lagi, membosa2, kat tangan dah ambil yang lain


Dan aksi dia tu menjengkelkan saya...(teruk rasanya nak jengkel dengan budak 4 tahun)


Apatah lagi anak saya, Hani jenis tak kuat makan


Dia akan makan banyak benda dia suka macam nasi + sup, Ikan goreng @ apa2 jenis mee..tapi taklah tunjukkan pelahap dia tu


Tapi makanan lain bagi dia biasa jer...ada dia makan....makanan ringan pun dia tak lahap, coklat setakat dia pandang jer...


Tapi Yaya (dan abang dia farouq) semua makanan pun dia lahap...


Yaya masi adalah kurang suka, tapi makanlah...


Mungkin saya agak nasi dah hari2 makan kot...dengan kicap jer, dengan lauk lain dia tak nak...ketam udang siap dia takut lagik!


satu yang saya perasan Yaya ni dia kalau dengan hani berdua berani cakap bukan2


Kalau dengan saya dia hormat sikit...


Dengan hani berani mengamuk....jerit2...


Saya bimbang juga nak marah (didik) dia sebab takut nanti emosi dia terganggu


Sebab apa saya perasan....dia akan berubah laku kalau saya marah sikit (bukan tinggi mana suara saya pun, cakap nada biasa jer, tapi ayat tu ayat marahlah)


Perkara pertama dia akan buat lepas kena marah adalah hisap jari


Yang mudah Yaya ni nak tido jer hisap jari, tak susah nak suruh tido


Sambil hisap jari dia akan ambil baju gentel2


Saya sekarang belikan towel muka tu bagi dia gentel...takde lah main ambil jer baju2 kotor ker apa. dah siap towel bersh


Jujurnya Yaya ni takde baju yang sesuai


baju dia semua baju yang tak senonoh...


Samaada baju tu kecik sangat macam dah kentol sebab baju size baby mungkin baju lama dia


Ataupun baju tu besar, tapi dah buruk dan fesyen tak boleh blah..


Ropol sana sini, belakang terbelah, kembang semacam, butang tercabut atau tali halus pakai emsti jatuh selalu


So, baju dia semua saya masukkan dalam kotak...


baju2 lama hani saya keluarkan semula


Tapi tak banyaklah sebab dah banyak bagi Sofiyyah dan banyak juga saya tinggalkan di stor di rumah seremban


Setakat ni baru belikan dia baju dua pasang dan panties...tudung dua


Kesian panties semua memang buruk giler dan koyak2 serta kuning2 warnanya


Bulan ni belanja bertambah


Sebab persiapan abang dia kat kampung tu saya juga kena buat


Dah belikan pakaian sekolah agama, sebab sekolah kebangsaan kebetulan mak dia ada bawa sepasang dapat bantuan katanya


Saya belikan dia pasang baju melayu untuk sekolah agama dan kasut


Serta siapkan yuran sekolah kebangsaan RM150


Yaya akan dihantar ke nursery kos RM130 sebulan, cadang nak hantar taski islam sebab tahun ni dah 4 tahun, tapi bimbang pulak susah2 hantar belajar tak sampai setahun mak dia ambil nanti...


Satu lagi perangai Yaya ni adalah suka mengopis..tau tak maknanya tu?


Suka menyelidik, buka sana sini, usik sana sini, masuk stor, masuk bilik along...



Ni memang mak saya dah pesan siap2 barang2 jangan ebrsepah...jarum2 simpan elok2....


Sah memang si Yaya ni lain banyak dari hani....tak reti dok diam, rumah kecik ni habis merayau sana sini usik sana sini....kejap jer kang bunyi benda jatuhlah apa lah....


Hani pulak, kat rumah bolehlah dia tahan dengan Yaya, dia layan yaya tapi bila bawak jalan, memang hani tak tahan


Yaya ni agaknya sebab jarang dapat jalan bila dapat leluar rumah tu


Jakun sikit...berlari sana sini


Macam tak tentu arah.....ke sana ke sini, berjoget bagai bila dengar lagu...suka sangatlah


Sampai hani tak terkawal


Merungut2 dia...


Susahlah jadik kakak ni ammie


Kenapa Yaya ni nakal sangat ni?


Dah kakak malas nak layan dia lagi, asyik lari sana sini jer


Ehhh, banyak benda nak citer, sebab banyak benda berubah dah dan hani apapun tetap gembira


Kat rumah dah banyak aktiviti dengan Yaya...main2 nyorok2..kejar2...dah dah tak bercakap sorang2 lagi...



Wassalam

3 comments:

Anonymous said...

Salam.
Wa, ina ada 2 anak je pun, ada 2 perangai...apatah lagi wa ambik anak org (anak sedara)... mula2 dpt Izzah (9 thn beza ngan athirah), mmg terkejut jgk... jauh beza perangai 2 org tu!! Masa awal2tu, mmg kejenya compare aje 2 org tu... tp bila dah lama2, alhamduliLlah, boleh atasi (tu anak sendiri tu). So, kalau ada niat nak bela anak angkat, mmg kena byk sabar, sabar & terus sabar.. selagi wa compare, selagi tu, x akan dtg perasaan syg tu. kalau x, wa akan buat sesuatu tu, org trg cakap "x hbs suk".... x sampai apa2, perasaan nak hantar kat mak ayah dia semula. Ina dulu, pernah gak, nak bela anak sedara (mak ayah dia bercerai)...x sampai seminggu pun, dah hantar semula.Ianya memerlukan pengorbanan yg amat2 tinggi & mesti kasih pd dia..

Zareda Norman said...

salwa
nak membela anak orang ni memang hati kena tulus ikhlas. bukan setakat kasihan sahaja.

sabarlah wa, yaya baru 4 tahun, masih banyak masa untuk mendidik dia dengan acuan kita. Selalulah tiupkan ubun ubun dia dengan doa, zikirkan selalu mudah mudahan lembut hati yaya dan menurut kata macam hani. InsyaAllah.

Irfa said...

salam kak wa..
maaf kalau komen saya ni tak sesuai.tp pada pendapat saya Yaya masih boleh dibentuk..baru 4 tahun.anak sendiri marah macam mana pun dia akan dtg pd kita balik..anak orang lain,apalagi macam Yaya yg dulunya sangat susah..lama2 dia pun bosan tengok makanan..masih baru lagi..maaf ye kak komen camni