Saturday, November 13, 2010

Cerita hal kereta semata-mata, kalau rajin bacalah!


Assalamualaikum w.b.t



Saat-saat macam ni....


Melihat insan lain dalam kereta suami isteri pun boleh datangkan kesedihan tau...sayu jer


Apatah lagi kalau pasangan tu suami isteri yang menampakkan kemesraan, macam semalam


Dengan suami yang siap berjanggut, cakap2 dan gelak dengan isteri dahlah kereta kancil so kedudukan memang rapat...


Macam berborak gelak2


Tapi mujurlah juga saya perhatikan kat area Putrajaya ni


Kebanyakan (tak semualah ni) suami isteri dalam kereta tak pulak menampakkan kemesraan


Rata2nya masing-masing buat hal sendiri


Kalau belah pagi, selalunya ada anak sama2 samaada anak yg baby atau hantar anak sekolah


Dalam kereta saya tengok semua diam dan masing2 memandang ke arah berlainan


Jadi masing2 memang termenung dan semacam memandang kosong


Jadi saya tak terasa apa sangatlah....


Pada saya, macam boring jer life diorang ada suami/isteri sebelah pun buat hal masing2


Sebab saya biasanya kalau ada suami kat sebelah jarang sangat kami buat hal masing2...


Mesti ada komunikasi, mesti ada cerita dan mesti ada gelak2, gurau senda


Yerlah bukan selalu pun kami dapat naik kereta sama


Tapi dalam keadaan sekarang ni


Mujurlah ada hani di sebelah


Dia akan kata, dahlah ammie tak payahlah sedih2


Walhal dalam ketika lain, bila saya sebut tentang ayah


Dia pulak yang sedih dan berkata, bila ammie sebut ayah jer sedih kakak tau


Rasa macam dah lamaaaa sangat tak jumpa ayah, rasa macam orang takde ayah


So, saya pulak tenangkan dua


Hani ada bercakap dengan ayahnya via hp baru2 ni yang mengatakan dia nak ke Penang


Dah bincang dua beranak dah....ayahnya kata 20 Nov akan datang ambil hani, hari pertama cuti sekolah tu


Tapi saya tak tau apa kaedahnya dia nak datang ambik hani...


Tapi terpulanglah, saya dah tanya hani berkali2 nak ke kampung dulu atau ke Penang


Hani pilih Penang, pastu baru nak ke kampung


Tapi saya dah cakap dgn Hani kalau ke penang ada risikonya


Samaada dia akan dimasukkan terus ke madrasah atau nak naik sekolah baru dia balik sini


Itu kebarangkalian yang ada....dan hani tak kisah atas dua2 risiko dia tetap nak ke Penang


Saya rasa dia rindu dengan adik2 dia tu....selalu sangat dah sebut nama sofiyyah dan Zubair


Yerlah dah selalu jumpa tiba2 lama tak jumpa mesti dia terasa...



Gambar2 Sentra Kena Langgar


Mula2 tunjuk yang melanggar kereta saya ni....nama wanita ni Nor Maini, 31 thn orang Kelantan. Ibu beranak 4, suami indian convert islam. Masa ni dia dalam perjalanan balik dari JPA hantar kuih letak kat kantin JPA nak ke rumah kakak ipar di presint 9. Saya ambik gambar muka takut terlupa wajah dia, mana tau dia lari ker....dengan lesen2 dia saya ambik gambar sekali...sebagai bukti...dia senyum sebab malu dan terkejut saya ambik gambar dia...






Sebelum tu, ni saya ambik juga gambar merc 190E, yang telahpun selamat sampai ke Penang weekend last week masa saya ke Pahang, Along datang ambil di kuarters. Sebagai kenangan sebelum serahkan saya ambil gambar ni, tu bumper baru saya pasang RM850, saya tak cat sebab warna dia pun grey dan sikit lebih kurang dengan body...halal jerlah





Sangat sedap bawak keter ni, sungguhpun ada bunyi sikit sana sini tapi untuk pecut okay.... untuk berat masa bawak okay, untuk potong pun okay....dan sound system keter ni pun dah upgrade oleh doctor first owner keter ni, so bunyi memang sedap, dan kalau parking tempat panas, keter ni ada sun roof boleh buka so kepanasan cepat keluar....overall banding dengan sentra, untuk jarak jauh keter ni lagi best sebab dia 1.9 cc auto sedangkan sentra 1.6 manual...seat dia pun memang duduk jer kita dah rasa selesa, begitu juga tempat penumpang belakang, selesa dan luas banding sentra....so nissan takleh lawan lagilah R&D merc....yerlah merc dah lama di persada permotoran....





Dan ni lah punca menyebabkan bumper nissan saya belah belakang ni kena tukar seluruhnya. Sebab yang kaler putih klip penyangkut bumper ni dah patah. Kalau pasang semula dikhuatiri tak tahan lama. Kalau ketuk dan repair semula serta cat dia takkan sampai seribu kosnya. Tapi sebab bumper ni one set kena tukar maka dia jadik RM1,700++




Ni gambar keseluruhan kemek tu, masa ni mekanik Nissan Service Centre Balakong buat checking nak keluarkan quotation. Normaini ni langgar sipi dia nak masuk lane kanan dari lane kiri sekali jadi muncung iswara dia tak lepas so hentak bumper saya ni...tu sebab ada kaler biru serpihan cat iswara dia...bayangkan kalau dia hentak direct lagi kuat dan banyak kemek dia...ni lalu tepi sikit jer pun dah kemek macam ni....rapuh jugak nissan ni yer...





Tulah dah takde rezeki..ingatkan nak kekalkan body asal ni selama mungkin...yerlah saya memandu dah lebih 10 tahun, motorsikal, keter macam2 jenis dengan merc, kembara, satria, wira, MPV serena, kancil, keter pejabat everest tapi takde lagi pengalaman hentak kereta orang....Sungguhpun bawak macam2 keter belum ada lagi pulak keter yg saya bawak kena hentam kemek macam ni, sekadar scrath sana sini tu biasalah....kena hentam tak pernah lagi, menghentam pun tak pernah. Masa naik motor tu pernahlah....




Dengan kemek2 macam ni lah keter ni saya bawak ke Pahang-Trengganu. Dah takde pilihan, asalnya nak bawak waja pejabat tapi Dato' pulak nak pakai sebab mula2 dulu kami cakap nak naik kereta sendiri jer.... so dia nak balik cambodia dia suh officer kami tinggalkan kunci kat pengawal..malas lah nak contact dia kat cambodia nak bgtau kami ubah plan nak naik WAJA...tu yg redah sampai trengganu dgn sentra ni...




Sudahnya, saya terlepas first service dan second service, patut sampai seribu kena first service dan 2000 kena second service....tapi hari mula2 datang ambik quotation tu, service centre suh pergi balai polis buat report, dah sampai office malas pulak nak ke balakong semula sebab IO habis rekod statement kat balai dah petang, hani lak tertido2 kat balai, pastu nak suh miss sinar hantar, kerja kat office melambak2...esoknya nak hantar pun sama, tak lepas keluar pejabat meeting tak abis2...




Sudahnya dah hari jumaat hari yang nak bertolak tu, redah jerlah. Sampai kuantan nampak service centre nissan tapi kalau dah letak situ kami lak nak naik apa....tambah2 hati dah berkobar2 nak ke trengganu...so dengan perasaan sedikit kesal saya perhati jer meter tu bergerak samoailah ke putrajaya meternya dah menunjukkan perbatuan mencecah 2500++




Isnin pagi2 saya dah call Sjn Zamanhuri IO kes saya tu. Hai xde pulak, ambik no hp sekali tak jawablah pulak. Tunggu selasa, called dia baru ada, alhamdulillah semua dah siap. nak claim insuran kena sediakan beberapa dokumen, tu ygt kena tunggu hasil siasatan tu, so saya gi balai ambik salinan report yg disahkan, salinan report third party, scatch/scetch (?) plan tempat kejadian, gambar kereta yang kena langgar, hasil penyiasatan. DOkumen2 ni kena bayar RM16.00.




Lepas dapat semua dokumen terus ajak miss sinar ke balakong sebab balik nanti nak naik keter dia nissan saya tinggal, hantar kereta ke nissan service center dan tinggalklan keter situ. Kata diorang mungkin lepas raya haji baru siap. Lama gila. Yerlah sebab katanya, mula2 dia akan hantar tuntutan insuran ke RHB (insuran keter saya dr RHB) pastu dioarng akan datang siasat dan tengok kereta. Lepas keluar laporan baru nissan service centre akan order bumper baru, pasang dan cat pastu baru siap....




Dan sesuatu yang saya tak tau, yang sepanjang tempoh sentra tu tinggal, kerugian yang saya tanggung sebab takde kereta akan dituntut juga dari insuran third party. so tengoklah berapa lama sentra tu tinggal kat service centre, semua tu akan dikira...dan saya pun tak tau berap pula nilaian kerugian saya yang akan dibayar....kalau dapat seribu pun dah okay sangat..bolehler tampung kos saya nak pasang body kit...



Tinted dan Bodykit sentra
eh...dah berjangkit citer hal keter lak ni...lepas dapat sentra hari tu saya dapat juga baucer untuk pasang tinted. RM300 baucer tu...saya memang tak pernah ambik port hal2 tinted ni ingat baucer tu dapat tampung semua kos tinted saya gi pasang jerlah. Tu pun saya takde cadangan nak pasang pun...tapi syarikat tinted tu berkali2 call tanya bila nak datang...




Satu petang tu saya pergilah (hari yang sama dengan kembara saya rosak tengah jalan masa along bawak kat presint 16) sekali lepas dia terangkan jenis2 tinted ni baru tau ada macam2 jenis...terkejut beruk juga saya sebab yang harga2 dia tunjuk tu semua saya kena tambah cash..paling kurang pun dalam 400-500....gila ahhh....




Dalam hati malaslah nak pasang tinted...tapi lepas dia demo kan satu2 jenis tinted dan suruh saya rasa kesan daripada setiap satu tinted tu baru saya rasa perbezaannya dan taulah apa fungsinya tinted berkenaan.




Rupanya tinted ni bukan utk halang cahaya masuk jer tapi nak sejukkan kereta, nak bagi cermin tak pecah, nak bagi selamat kalau ada perompak ketuk atau cuba pecahkan cermin tingkap kereta...dan dengan kesejukan yang terhasil daripada tinted yang berkualiti ni akan memberi ketahanan kepada barang2 dalam kereta, dashboard akan tahan lama, masuk kereta aircond tak perlu banyak guna tenaga untuk sejukkan kereta, fabric kerusi tahan lama....pendek kata barulah saya tau macam2 kegunaan tinted....sungguh lah saya ni blur asalnya...




Tapi sekali lepas sessi penerangan tu barulah saya tanya harga...mak datuk...harga yang paling okay sekali dan sangat sejuk walaupun bawah cahaya panas (dia demo siap dengan lampu panas dan tangan kita dia letak bawah lapisan tinted) mencecah RM2,600, kalau tolak baucer saya RM300 masih kena bayar RM2,300.....tak tak memang tak mungkin saya gila nak bayar sebanyak tu...




kalau saya naik merc S class ker C class ker atau BMW 5 series ker, mungkinlah saya akan labur sebanyak tu, tapi saya naik sentra jer maaa....tu saya cakap kat cina tu....tapi dia kata ni pelaburan jangka panjang, kalau lepas ni u rasa nak tolak kereta ni, kalau u pasang tinted barang2 dalam kereta masih elok nampak baru...sumore u boleh jimat minyak tak perlu nak pakai banyak minyak nak panaskan aircond....jalan tengahari panas pun dalam kereta banyak sejuk......pelaburan jangka panjang tau....




Dalam handbag memang baru beluar RM1,500 cadangannya nak pasang skirting dan spoiler duit tu...dah minta SA nissan survey katanhya RM1700...so standby dulu RM1,500....




Tapi lepas dengar penerangan dia, rasa cam berbaloi jugaklah....sebab selama ni terbayang2 akan kepanasan selepas masuk keter yang berjemur di parking dan terbayang juga masa memandu panas2 terasa betapa panasnya tangan masa pegang stering....mana tau bawak sentra ni dengan tinted selesa gila....




Lepas membuat pelbagai sudut perkiraan, saya pilih yang kualiti no 2 baik....tak mampu nak bayar dua ribu lebih, kalau mampu pun tak sanggup lah setakat tinted jer....benda yang kita tak berapa nampak perbezaan dia...lainler ada perubahan apa2 pada fizikal keter macam skirting ker....




Tapi cina ni pujuk2 upkan sikit harga dia akan bagi cermin depan yang kualiti no 1 (memang tak panas sungguhpun tengahari terik, katanya) dan cermin kiri kanan yang kualiti no 2....total up semua RM1, 800....setelah ditolak baucer RM1,500....ngam2 betul dengan duit yg ada dalam purse, pandai sungguh Cina ni....




So end up saya 'terpaksa rela' bayar juga RM1,500 untuk tinted.....dan saya pilih kaler grey sama dengan kaler keter (kemudian baru sikit nyesal sebab kaler hitam lagi cantik, kaler grey cam tak banyak perubahan pun) tapi hasilnya walla.....




Memang kereta sangat sejuk....aircond buka pada tahap satu jer....kalau buka 2 akan sejuk gila, walaupun duduk dibelakang...perjalanan putrajaya-pahang-trengganu hanya buka aircond 1 tambah2 hujan pulak....pada tengahri panas pun keadaan dalam kereta tetap nyaman....




Miss sinar yang mula2 kutuk2 kata puan kena tipu ni....lainler brand aircool....mesti dia pow puan ni tengok puan sorang jer...mana ada orang pasang tinted sampai RM1,500....tapi sekali dia naik keter saya masa pergi trengganu baru dia tau kenapa sampai harga RM1,500 (RM1,800 lah kot kalau + baucer) memang nyamanlah...so mula2 menyesal banyak tapi lepas dah rasa nikmat bawak keter nyaman terasa menyesal sedikit jer...nyesal tu sebab dengan duit tu patut saya boleh pasang bodykit....tapi takper along ada hutang saya RM1,600 dah kalau dia bayar saya pasanglah bodykit..ataupun tengok berapa insuran bayar untuk kerugian sepanjang tempoh sentra kat nissan service centre ni mana tau cukup utk tampung sikit2..jadikler...





Sentra spoert macam saya ni ni kalau tak pasang bodykit, memanglah dah lawa....tapi kalau pasang bodykit dengan skirting dan spoiler memang terangkatlah lawa dia....majoriti sentra semua pasang bodykit nismo....memang kalau saya nampak toleh dua kalilah....kebanyakan saya tengok sentra ni cina yang pakai.....agaknya diorang suka sebab enjin nissan ni tahan lama....body pun banyak ciri2 keselamatan...pelaburan bijak jugaklah untuk org yg nak pakai lama...tapi minyak so far mmg save lah banding dgn merc dan kembara yg mentekedarah minyak tu (dah tentulah auto 1.9 kan..dan kembara 1.3 auto)




So, tak sabar nak tunggu sentra siap....sementara ni saya pakai semula kembara, masih taks edap pakai walaupun last week dah rentung RM1,000 sebab bayar lepas along bawak dan enjin mati tu..ikut hati nak bom jer bengkel si nasir tu....mulut manis cakap dah tip top...tapi hampas.....




Wassalam

2 comments:

Zareda Norman said...

salwa
ngeri dengar salwa spend ribu riban kat kereta ni.. tapi part tinted tu kak zar setuju sbb tinted kerata kak zar pun 1k++. tinted wind skreen lain belah tepi pun lain.. memang sejuk kerata, even kawan2 naik kereta kak zar pun ckp benda yg sama.. tak terik kena matahari sangat.. :)

kakLuna said...

saya rajin baca.. :)