Wednesday, November 3, 2010

sentra dilanggar orang

Assalamualaikum w.b.t

*entry ni telah diedit, banyak typo error sebab dua entry terakhir ni saya post thru blackberry, so kena kejar masa bill melambung nanti, broadband salah letak, tak tau mana.....tadi petang baru jumpa...hahahaaa saya terletak kat rak makanan office rupanya,...dan lupa terus!


Semalam pagi masa hantar hani sentra saya kena hentam dari belakang. Punyalah jaga2 dan hati2 masa memandu tapi ada pulak pemandu yang cuai.


Habis bumper belakang sebelah kanan kemek teruk. Mula2 bincang dengan perempuan tu katanya insyallah sanggup bayar.


Then saya ke servis center nissan di balakong kira2 quotation RM 1770. Yerlah rupanya tempat sangkut bumper tu patah. Dan scratch teruk kena buat painting semula


Pendek citer tukar bumper satu setlah. Mujur belakang sentra tu tinggi, yg langgar tu iswara. Depan dia rendah so tak kena lampu belakang


Saya tak deal dgn Nor maini yang langgar tu sebab dia nampak pucat dan baru sebulan dapat lesen. Saya deal dengan abang dia yang kerja di oerak.


Lepas bincang thru hp. Dia nak saya hantar kat bengkel kawan dia. Saya lak nak servis keter tu sebab dah 1000 km. Malas nak ulang alik lagi.


Lagipun sya taknaklah ketuk2 kalau boleh nak sama macam baru. Nak original bumper nissan dengan cat sekali. Sayanglah kan keter baru.


Saya selalu bawak merc ke office sebab sayang nak jemur sentra tu kat parking belakang tapi semalam konon nak hantar servis tu yg bawak sentra sekali kena hentam plk


So semalam kenalah gi balai buat report sebab nak claim insurans. Insurans dialah yang akan cover kos repair keter saya tu


Miss sinar cakap keter baru ada badi. Jaga macamana pun mesti ada jer benda berlaku. Tu yg geram tu 10 tahun bawak keter2 yg tak baru takdelak sapa nak langgar belakang. Ni barulah sesekali keluar sentra tu atas jalan dah kena hentam


Nampaknya selagi pak hj tak ambik merc tu saya terpakslah bawak. Bukan apa terasa letih nak uruskan hal keter dah. Biarlah sentra tu duduk elok2 kat parking kuarters ni


Parking pun satu hal gak hari tu tak perasan parking bawah saluran paip apa ntah kan macam2 paip berselirat bawah apartment ni sekali nak bawak lepas beberapa hari tak bawak tengok selambak kesan titisan air aircond kot macam air kapur stalactite/stalagmite tu.


Bawak gi car wash pun tak hilang mula2 tu terpaksa bincang2 dengan tokey tu sebelum bayar pastu dia usahakan pakai bahan kimia apa ntah barulah okay. Tapi dah ada scratch baru lak area selonggok air kapur tu. Tension jer. Walaupun harta dunia jer tp tak berbaloi betullah rasa, sebab berlaku masa keter kat parking bkn saya guna pun.


Patut ni nak guna secara rasmi jalan jauh jumaat ni, nak gi rumah miss conquer kawin di kuantan pastu nak ke trengganu jalan dengan miss sinar. Tapi dah nak kena masuk bengkel tak tau siap ker tidak.


Dato' pengarah saya dah bagi kebenaran bawak waja unit kami sebab urusan kebajikan peg kan tapi eksyen konon nak naik keter baru. Sekali sudahnya kena gaklah bawak waja tu.



Jumaat pagi kami bertolak berempat saya. miss sinar. hani dan housemate miss sinar. Hotel dah booking dah mungkin semalam di kuantan dan semalam lagi di trengganu.



Lepas ni, mula cuti sekolah nanti saya nak ke kuala ketil pulak. Nak ambik anak sedara yang nak tinggal dengan sya tu



Cadang nak bawak iza tapi bila cerita kat miss sinar dia pulak kecoh nak ikut. Mak saya pun hari tu ada buka mulut cakap nak ikut. Nak jumpa abang sya. Entahlah kalau bawak mak memang boleh tapi tak dapat bantu dari segi apapun setakat ikut jer. Dia pun letih nanti perjalanan jauh tu


Kalau bawak iza atau miss sinar at least boleh bantu tengokkan jalan, tengokkan budak2 tu perjalanan balik nanti. Boleh juga tukar driver


Projek lepas ni pulak nak gi jalan2 rumah kak nor di batu gajah. Cuti sekolah kot projek ni. Ingat tak kak nor andalusia yg duduk tumpang rumah sya masa saya mengandung hani tu. Banyak kali dan pelawa saya datang dr mak dia hidup sampai dah meninggal dah


Sekarang dia duduk berdua dengan maid dia. Semalam call dia, ada urusan rasmi dia pujuk lagi dtg.... siap plan ajak jalan ke cameron highland. Best bunyinya. Bolehlah kot bawak hani sebab last kami pergi masa dia kecik baru pandai jalan.


Saya kena isi waktu dengan aktiviti sihat sebab nak bagi jiwa happy dan hani pulak berkali2 saya dah suruh tel ayah dia tetap tak nak dgn alasan kakak rasa macam ayah dah tak wujud lagi.


Tak taulah kenapa ego dia tinggi sangat sampai tak boleh nak call anak sendiri. Bukan susah call sekejap tanya khabar ambik ati anak.


Semalam hani kena muntah2 lagi. Dahlah masa tu dia duk sorang kat rumah. Bangun tido lepas makan call saya nangis2 bagitau dia muntah. Mujur tak lama lepas tu along balik. Saya sampai runah tengah muntah lagi. Saya masak bubur lepas makan bubur muntah lagi. Sudahnya smpai tido dia tak makan apa2 walaupun katanya dia lapar sangat. Tapi takut muntah lg dah phobia terus takut nak makan



Saya rasa saya nak sms jer dia. Bantai dan serang dia pasal sikap dia yg satu ni. Saya rasa takde apa kurang pun kalau dia call anak guna nombor saya. Takde heran der saya gatal nak jawab kalau no dia naik. Sah2 saya suh hani pick up.


Kalau camni lah perangai dia baik saya takyah bagi lgsg dia jumpa ayah dia cuti sek ni. Saya pun masih ragu2 apa cara hani nak ke penang


Dia sekeluarga balik sini atau stay kat sana cuti sekolah ni sya malas nak ambik port.


Entahlah. Ikutkan hati saya dah agak lembut. Bila kenangkan ramai kawan2 sekitar dialam nyata ni suh tangguhkan failkan penceraian dan cuba berbaik rasa nak sms jer minta maaf sure pak hj cair punya



tapi bila kenangkan kawan alam maya yg nasihatkan suh pilih bahagia cara sendiri serta merta rasa nekad nak bercerai. Yerlah kawan maya sebenarnya lebih tau apa yg berlaku sebab semuanya sya cerita disini. Yang diluar ni sekadar tau masalah sya on surface jer. Detail saya tak cerita.


So saya hormati sangat nasihat2 kawana2 blog ni dan sya cuab mengikutbya sedaya boleh. Terima kasih kawan!


Wassalam

6 comments:

Anonymous said...

Wa, x tau nak cakap apa, kesian kat awak... tp saya tau, awak mmg kuat...

Nak dpt ketenangan ( ni apa yg org bgtau & amal).. baca al-mathurat setiap lps subuh & lps solat maghrib.. AlhamduliLlah, Allah bg ketenangan kat saya. walau sibuk mcmana pun, jgn miss walau 1 hari pun.. kalau x leh solat, baca yg part2 boleh baca. Rasa malas mcmana 1x pun, baca jgk2.

Saya doakan wa diberi ketenangan dlm jiwa walau apa masalah melanda..

ina

Pnut said...

hani pun dah pandai terasa hati dengan ayah dia.. yang ayah dia pun tak kesah, maklumlah kat sana pun ramai dah anak dia..

tak per wa, pegi je jalan-jalan..happy-happykan diri sendiri, bukan tak mampu...

sorry to hear pasal sentra kena hentam belakang.. ralat betul, keter baru, budak opis saya ni pun baru 2 mggu amek alza, kena hentam, tapi report polis, dan claim insuran orang yg langgar dia, produa ganti bumper baru

oren said...

takde badi lah kak..saya pkai ok jek..calar balar yg ada tu sbb anak2 dok gesel ngan basikal diaorg..

pasal pak aji tu...

kalo saya lah, tak lembut hati kut..sbb bila ingat part dia buruk2 kan akak kat kawan..geram rasa...mmglah kawan kenal sapa akak, tapi tetap rasa sebagai lelaki matang (read: tua), patut taulah nak jaga maruah dan airmuka org..bukan tak tau, bini keja, org penting plak tu..sesedap ati jek nak burukkan org..

nih saya ckp kalo saya tau..akak mungkin tak..

keputusan ditgn akak..kami doakan yg baik2..akak happy, hani pun happy..

MOKCIK AZWA said...

Adoi la..keter baru kena langgar la pulak...ni mesti budak tu ikut rapat sangat. Memang betul tu insuran dia yang cover utk kereta Salwa dan hantar pi bengkel yang kita nak, bukan ikut bengkel dia.

Dunno what to comment about pak haji tu. But for me, kalau betul ada usaha nak berbaik2, takkan dari pihak Salwa saja. Dan jangan babitkan anak pulak...tak suka ibunya, jgn lah sampai tak hubungi langsung anak. Ni jadi macam kes AC Mizal la pulak...geram mokcik.

Macam Oren kata, mokcik pun tak bleh terima langsung kalau suami kita pi bercerita keburukan kita kat kawan kita sendiri..apa motif? Memang pelik.

Anyway, itu pandangan mokcik berdasarkan apa yang Salwa citerkan disini.

Nak ke Terengganu? Kalau sempat sudi2kan singgah. Tapi kena bagi tau awal2..bleh la prepare soto ker ape ke..kalu tak minum air kosong jer la hehehe

Cool said...

Mengomen kalo jadi kat saya dalam situasi kak wa..

Bukak lembaran baru. Hoping for the best!

Kira kalo berpisah.. banyak jugak kebaikan kedua belah pihak dapat..

dari kekal bersama.. tp hidup penuh prasangka.. penuh dendam.. x puas hati.

dayangbest said...

wah akak singgah kuantan bagitau laa saya
boleh saya belanja akak ngan hani makan :)