Seks bak kata Mak Andeh umpama rasa macam nak berak
Tak boleh ditahan2
Sekali dah lepas maka memang lega yang teramat lega...macam lepas beban
Tapi macam saya ia bukan sahaja membawa kelegaan
Bahkan membawa kepuasan tahap *tak boleh nak cakap* **pengsan***
Bak kata suami saya, seks inilah antara nikmat syurga yang dicampak ke dunia untuk umat manusia merasa...
Nikmat syurga beb...
Macamanalah boleh nak kita terangkan nikmatnya....memang nikmat yang diluar jangkauan pemikiran manusia biasa
Fuhhhhh..panjang muqadimah saya...
Okay...sapa kat sini suami dia bagi dia sampai dia rasa yang dia tak boleh nak cakap apa rasa *nikmat* tu...
Dan yer...suami sapa yang pernah ada 3 isteri macam suami saya.....
Kalau ada, bagitau saya
Saya tak salahkan sesiapa dalam urusan saya
Cuma saya mungkin bernasib baik, dan mungkin tidak bagi sesetengah wanita (isteri) lain
Kerana apa yang saya rasa sebagai seorang isteri....yang menerima nafkah dari seorang suami...
Boleh buat saya lupa semua masalah
Boleh buat saya maafkan segala salah
Boleh buatkan saya sanggup korbankan apa sahaja
Boleh bikin saya penasaran.....
Katalah apa sahaja....tapi saya anggap itu nikmat Allah beri pada saya....
Itulah sebabnya payah benar saya nak tamatkan riwayat rumahtangga ini...
Dan itulah jawapannya mengapa pergaduhan sebelum2 ini berakhir dengan perdamaian
Dan kali ini pun kalaulah dia dekat saya tak fikir ia akan berlalu dalam tempoh 2 bulan
Mujurlah dia jauh di utara
Dan alhamdulillah walaupun dalam hati bergelora juga sekali sekala.....itu tak boleh dinafikan
Yang kadangkala membawa kepada rindu membara terhadap seorang suami
Sehingga air mata menjadi teman setia...rindu yg tak boleh diucap dengan kata2
Namun itupun berjaya saya tempuhi juga
Jangan bimbang jangan risau...sahabat
Nampak sahaja diluar bergelora, namun dalam hati masih gagah perkasa
Masih mampu dan berdaya teruskan hidup seperti biasa....
Sungguhpun saya kini berhubungan secara biasa dengan bekas pakwe tapi....
Percayalah yang ia hanyalah hubungan biasa
Yang tidak ada bersulam rasa cinta
Yang hanyalah sms semata
Bercerita tentang perkara biasa, tentang kerjaya dia dan saya
Cerita2 yang terlepas dalam tempoh 10 tahun ini
Belum ada disulami unsur2 emosi dan perasaan
Bila dia bertanya tentang kahwin pun ianya sekadar atas dasar kesian pada saya
Bukan lagi atas nama cita yang bersemi 10 tahun dulu
Malah sejarah cinta 10 tahun dulu kami berdua sedaya upaya tak mengungkitnya semula
Dan saya pun tiada rasa pun hendak menikahnya
Bahkan dia hari ini bukan lagi citarasa saya....
Cuma saya berhubung dengan dia kerana memang benar ada cerita...
Tapi cerita kerja
Sebab dia ada banyak maklumat...ada banyak cerita
Yang perlu dibongkar....kepada saya sebagai pegawai penguatkuasa
Kami bercerita tentang sepak terajang politik
Tentang siapa benar siapa salah siapa rasuah
Itu sebab saya dengan dia berhubung, kerana dia menyalurkan maklumat kepada saya....
Itu sahaja hubungan kami pada masa ini....
Dan kan saya dah cerita yang dia kaki kerja, tak reti duduk diam....
Dia juga kontraktor....sentiasa bersemangat bekerja....
Malah kalau saya tidak berjodoh dengan dia pun selepas menjanda ini tidak ada sedikit terkilanpun dihati saya
Sebab saya dan dia masing2 sudah ada kehidupan sendiri....antara kami dah jauh bebeza...
untuk itu, saya teruskan sahaja kehidupan saya.....seadanya, walau sebagai janda nantinya pun
Semuanya tetap sama. Ada jodoh saya terima, kalau beginis eterusnya, pun saya pasarah sahaja
Untuk itu, saya cuba mengikis semua kenangan2 lama,
Kalau ada depan mata lagi sakit hati dan jiwa
Antaranya adalah jam tangan yang saya pakai hari2
Jam itu, saya beli bersama pak haji
Jauh di Bahau
Beli dua, satu untuk saya dan satu saya belikan untuk pak haji
Untuk saya, brand Roscani
Untuk pak haji Seiko ker Orient tak pasti
Lagi saya pandang jam itu lagi sakit hati saya....sebab teringatkan dia
Maka satu hari tu (bulan lepas) saya beli jam lain
Bukan satu, tapi dua jam saya beli dalam satu hari
Dua2 saya beli di Seremban
Satu di kedai jam dan satu lagi di Jaya Jusco
Pada hari saya jumpa dengan Iza balik dari kursus di melaka
Ini jam Polo saya beli di jaya Jusco, murah bangat, jenis bangle, saya suka sebab ada 5 biji batu permata yang boleh bergerak berpusing sekeliling jam ni....

Jam kedua saya beli jenis Casio, 50% diskaun.....bertali kulit dan menyala di waktu malam, senang nak tengok.....hani pulak jam QnQ, dah dia berkenan sangat dengan jam ni. Sekarang anak dara ni takmo pakai jam kanak2 yanga da macam2 grafik/animasi tu, nak jam macam orang besar....jam ni pun murah jer tak melebihi RM30....
So, jam Roscani dah jarang muncul depan mata bila rasa nak tukar pakai baru keluar roscani tu.....lagi pandang roscani tu ada jer kenangan bermain diminda.....
Wasssalam
2 comments:
Tersembur air teh bila baca first line keluar analogy siap nama saya hahahaha....
Walaupun kehilangan "nikmat" bagai nak pengsan tu...trust me, there are many other "nikmat" yang tersembunyi dalam hidup ini.
Apa-apa pun, saya doakan Salwa menemui kebahagiaan yang hakiki dalam ertikata sebenarnya.
MA
MA, mujor you tak pakai gigi palsu, kalau tidak dgn gigi terbang!
Ya lah rezeki masing-masing. Semua tu ada hikmah Allah belaka.
Post a Comment